CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1495|Reply: 14

Julia Farhana baru tahu beraya tu apa bila dah kahwin dengan Che Hafiz

[Copy link]
Post time 7-4-2025 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Benarlah bagai dikata, perkahwinan mengajar banyak perkara baharu kepada setiap individu biarpun adakalanya tidak semua membahagiakan.

Itulah yang terjadi kepada pelakon Julia Farhana apabila akhirnya dia dapat merasai nikmat menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas berkahwin dengan suaminya iaitu Dr. Che Hafiz sejak dua tahun lalu.

Menurut Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin, 31, sebelum berkahwin dia tidak pernah beraya seperti umat Islam yang lain.

“Sepanjang hidup saya tak pernah rasa beraya itu apa. Ibu saya orang Sabah, bapa pula orang Itali. Saya pula membesar di Australia. Jadi saya tak pernah tahu sambutan raya itu macam mana.

“Hari raya saya dahulu cuma makan tengah hari bersama ibu dan adik-beradik. Lepas itu saya akan pergi bercuti.

“Bila sudah berkahwin baru saya dapat merasai macam mana sambutan hari raya Aidilfitri. Dua tahun lepas adalah raya saya yang pertama,” katanya.

  


Setiap kali raya, Julia akan pulang ke kampung halaman suaminya di Kelantan. Di situlah dia mula mengenal erti sebenar nikmat menyambut hari raya bersama sanak-saudara.

“Selepas solat subuh saya ke dapur lihat suasana sangat meriah. Baru saya faham inilah dia hari raya. Kami saling bantu membantu di dapur. Saya rasa sangat seronok.

“Keluarga suami pula sangat besar. Seminggu tu tak habis nak melawat saudara mara dia. Jika dahulu raya saya sangat relaks, tetapi kini saya sangat sibuk menziarahi sanak- saudara sebelah suami,” kongsinya teruja.

Ditanya tentang persiapan raya, kata pelakon filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang itu, dia bertuah kerana ibu mentuanya sudah menyediakan segalanya di kampung.

“Mentua saya sudah sediakan segala keperluan raya di Kelantan. Saya cuma perlu tolong apa-apa yang patut sahaja.

“Goreng ayam atau potong bawang. Saya terpaksa pakai ‘goggles’ untuk potong bawang kerana kita memasak untuk 30 orang makan. Jadi bayangkan saya kena potong bawang banyak mana,” cerita Julia panjang lebar.

  


Tambahnya juga, mentua ada menu istimewa yang disediakan di hari raya iaitu nasi ayam yang menggunakan resipi istimewa.

“Sekarang saya sudah mahir masak nasi ayam resepi ibu mentua.

“Dari segi baju raya pula, alhamdulillah tahun ini saya dapat tajaan daripada beberapa pereka fesyen. Saya pun tak suka membazir nak beli banyak baju. Selalunya saya akan kitar semula baju-baju lama.

  


“Suami pun seorang yang sangat ringkas. Dia pun suka kitar semula pakai baju-baju yang sudah ada dalam koleksi dia,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Julia baru sahaja tamat penggambaran program Property Hunter dan akan kembali fokus pada pelajarannya kerana bakal menghadapi peperiksaan pada bulan hadapan.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tercebik2 bibir kak Piyah kau baca sambil tengok video dek.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:35 AM | Show all posts
makin berlecak la ketiak Lupia baca news ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 10:21 AM | Show all posts
esok keluar la cerita bekasnya pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah merasa beraya, sekali beraya terus beraya di Kelantan mmg kejutan budaya lah.
Hensem ek husband dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 8-4-2025 01:35 PM

Aku pun suka kalau dapat beraya meriah pi beraya sampai mlm tp tulaaa baru la berbaloi pakai lawa2
Nih pi dua buah umah pastu memasing dah tak larat nk kata introvert idok ntahlaa


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2025 05:10 PM | Show all posts
Shayang replied at 8-4-2025 01:34 PM
Aku pun suka kalau dapat beraya meriah pi beraya sampai mlm tp tulaaa baru la berbaloi pakai lawa2
N ...

Akulah manusia yg 2 rumah dah penat tu.

Tapi aku make sure tiap rumah yg aku pegi tu lawatan dan perbualannya berkualiti haha.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ada something terselit kat gigi dia gambar 1st tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2025 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bahagia je laki ni sejak kawen dgn si julia ni. Mcm dua2 bole accept kekurangan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bahagia dan xde issue pun laki ni bile kawen dgn julia ni. Semoga kekal kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Xmas tak sambutkah?


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm lagi sekufu dgn lakinya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ohh baru tau she raised in Straya. Takde pun gebang upload foto location in aussie macam sorang tu, terpaling permanent resident bak kata acik poremer
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang baru reti sahur
Sorang baru reti raya

Kawenla korang, baru reti macam macam haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
It's official now yang si tiak lecah yang problematic sbb elok je nk masuk tahun ketiga julia ni dgn hafiz..meanwhile tiak lecah sorg mamu pun xmo lekat..if u know what I mean
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.073904 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list