CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 890|Reply: 9

[Tempatan] 'Rakam sebagai bukti, bukan untuk tular'

[Copy link]
Post time 5-4-2025 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sinar Harian
05 April 2025



JOHOR BAHRU - "Adik saya tak pandai berenang, dia cuma rakam sebagai bukti, bukan untuk viral (tular)."

Demikian kata Norhanum Sabtu, 43, kakak kepada Nadhir Sabtu, 20, lelaki yang merakam detik cemas seorang kanak-kanak lelaki yang hampir maut dibawa arus deras ketika hujan lebat di Kota Masai pada petang Jumaat.


Menurut Norhanum, ketika kejadian adiknya dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat sebelum terdengar suara meminta tolong.

Katanya, selepas mengambil sejadah dan menutup pintu kereta, adiknya terdengar lagi jeritan memanggilnya, ‘abang! angah jatuh dalam longkang!”


"Kejadian itu berlaku ketika hujan kira-kira jam 1 tengah hari. Air longkang juga sangat deras dan adik saya kata dia ada tegur kanak-kanak berkenaan supaya tidak bermain di situ.

"Ketika kanak-kanak itu terjatuh, adik saya tidak pandai berenang dan terus merakam situasi itu sambil meminta pertolongan.


"Adik saya ada hantar video itu dalam group keluarga dan dia dia juga cakap bukan nak viral, cuma nak ada bukti kalau betul budak itu lemas. Jadi, yang viralkan itu orang lain, bukan dia,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Jumaat, tular video berdurasi satu minit 35 saat yang memaparkan insiden berkenaan dengan seorang kanak-kanak (mangsa), dihanyutkan air deras dalam sebuah longkang.


Pada Jumaat, tular video berdurasi satu minit 36 saat di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki hanyut dalam arus deras tanpa bantuan dari sesiapa di lokasi kejadian.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lagi kanak-kanak lelaki, dipercayai abang mangsa, menangis dan meraung ketakutan, meminta pertolongan bagi menyelamatkan adiknya.


Video itu turut mengundang pelbagai komen daripada warganet yang mempersoalkan tindakan merakam video berbanding dengan membantu kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, mangsa berjaya keluar dari sungai berkenaan apabila dua penunggang motosikal berhenti dan membantu menarik mangsa yang sebelum itu sempat berpaut pada objek dalam longkang.

Mangsa kemudiannya naik ke atas dan berjalan kaki bersama seorang kanak-kanak lelaki lain pulang ke rumah kediaman mereka yang dipercayai berada di sekitar kawasanan berkenaan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2025 03:46 PM | Show all posts
Rakam untuk bukti ko tak cuba menolong ka dik?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2025 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rileks...
1.dia.... panik....
2.dia...tak reti berenang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 6-4-2025 01:23 AM

Alhamdulillah selamat. Pdhal ujung longkang tu hala ke sungai lebar, arus deras dan air warna kuning. Meols igt dah hanyut ke sungai sbb dah tak dgr suara bdk tu jerit dari dlm  longkang. Mmg yg rakam tu jerit2 mintak tlg kt org lalu lalang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik pelik tempat main
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku mak budak2 tu, siap dua2 aku sesahkan.
Menyusahkan org betul. Gatal main hujan ehh? Meh sini aku benamkan muka kau dalam baldi air beso. Nak sgt kan?? Lepas2 ni kalau tak trauma, taktaulah. Kalau degil lagi, taktaulah nk ckp anak apa. Setan2 mcm ni, hasil jimak cemana la ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 5-4-2025 11:49 PM
Kalau aku mak budak2 tu, siap dua2 aku sesahkan.
Menyusahkan org betul. Gatal main hujan ehh? Meh si ...

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 6-4-2025 07:49 AM
Kalau aku mak budak2 tu, siap dua2 aku sesahkan.
Menyusahkan org betul. Gatal main hujan ehh? Meh si ...

Ha semalam baru first time baca/nengok pasal budak ni kat berita tv3.  Kata yrngah jalan ke rumah pak sedara tiba2 jatuh longkang.  Eh punya jauh longkang dr jalan kau boleh tiba2 terjatuh.  Mmg patut disesah dua ekor ni.  Yg ambil video tu betullah dia x tau berenang kang dgn dia2 sekali ke alam bazaar.  Eloklah dia ambil video suruh budak2, ni tengok ulang2 sampai migrain gatal sgt nak main air longkang tengaj deras mcm tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 6-4-2025 07:49 AM
Kalau aku mak budak2 tu, siap dua2 aku sesahkan.
Menyusahkan org betul. Gatal main hujan ehh? Meh si ...

Jimak berdiri tak baca bismillah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah dah dia tak pandai berenang kang tak memasal dia meninggal plak
Dah byk kes org baik meninggal sbb cuba tolong org degil keras kepala yg lemas kat sungai la kat laut bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-4-2025 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.638525 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list