CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 19

Scha Alyahya rasa tak layak bergelar selebriti, arwah ibu yang hantar masuk Dewi Remaja

[Copy link]
Post time 28-3-2025 11:46 AM | Show all posts |Read mode


Hampir dua dekad bergelar anak seni, rupanya Allahyarham ibu pelakon dan pengacara Scha Alyahya merupakan individu bertanggungjawab pencetus perjalanan kariernya dalam bidang seni.

Menurut Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, ibunya iaitu Allahyarham Junainah Hashim yang menghantar borang penyertaan untuk aktres itu bertanding menerusi program Dewi Remaja 2005/2006.

Bersyukur menjadi juara pertandingan berkenaan, Scha sendiri tidak sangka mampu bertahan lama dalam industri seni selepas meninggalkan karier sebagai pramugari.

“Saya pernah jadi pramugari sebelum ini. Bila sudah dapat apa saya nak, saya berhenti.

"Tapi bila ibu saya tengok saya tak buat apa-apa, dia yang hantar borang untuk masuk pertandingan Dewi Remaja 2005/2006.

“Saya masuk dan menang, Alhamdulillah. Awalnya saya rasa diri macam tak layak tetapi rezeki tertulis dalam bidang ini.

“Saya teruskan juga dan 19 tahun kemudian masih di sini, itu berkat doa ibu saya,” katanya.

Scha berkongsi perkara itu menerusi program YouTube Wardah Heart to Heart with Dayah Bakar pada Rabu.

Berkongsi lanjut, kata Scha, setiap kali menerima tawaran berlakon, arwah akan membaca skrip diberikan sebelum aktres itu membuat keputusan menerima atau menolaknya.

Tambah pelakon yang popular dengan drama Awan Dania itu, kehilangan ibu seakan membuatnya sudah hilang tujuan hidup.

“Bila saya dapat skrip, ibu saya yang akan baca.

"Bila ibu dah tak ada sekarang, saya rasa satu kehilangan besar dalam hidup.

“Semasa ibu saya meninggal dunia pada Disember tahun lalu, itu perkara  paling saya takut kerana rasa macam hidup ini sudah tidak ada tujuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, meskipun Scha masih bersedih, pelakon itu berkata dia dalam proses untuk maju ke hadapan.

“Saya bukan cuba untuk move on tetapi kena move forward. Itu yang saya sedang cuba lakukan,” jelasnya.

Untuk rekod, Allahyarham Junainah meninggal dunia pada 7 Disember tahun lalu di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Punca kematian arwah tidak pernah didedahkan, bagaimanapun Scha pernah berkongsi ibunya sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis akibat masalah buah pinggang.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2025 12:43 PM | Show all posts
muka dia sama macam arwah. ada darah cina ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting iols layan Awan Dania 1 dulu sbb dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag: muka dia sama macam arwah. ada ...
mak Sheolz Cina. Bpk dia melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2025 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka scha, kulit licin, kurus, tinggi lampai, pakai apa pun cantik terletak je. Cuma sekarang dia sudah tak relevant, berlakon pun tak best, perwatakan kaşar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 5-4-2025 09:42 PM
mak Sheolz Cina. Bpk dia melayu

Scha ni anak saudara penyanyi 80an Syed Sobri & Sheril Aida.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dayah bakar ni apa talent dia ek

Nk kata lawa hauk
Nk kata bijak xnmpk pun
Nk kata have2 pun tidak
Nama pun kg.com
Krik2 sgt boleh smpi jadi host
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 6-4-2025 01:15 PM
Dayah bakar ni apa talent dia ek

Nk kata lawa hauk

Dayah ni bukan ke anak datuk, uia laws dulu, dia mmg banyak masuk pertandingan pengacara dulu yang pencarian nona, 3r  if tak silap, dia mengacara kelam kabut sikit, tak rilex, pastu hyper semalam je konon happy go lucky yuck ew Sgt.. Better lah fiza sabjahan mengacara, teratur je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
BTW nape scha berhenti jadi FA AA dulu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 6-4-2025 01:31 PM
Dayah ni bukan ke anak datuk, uia laws dulu, dia mmg banyak masuk pertandingan pengacara dulu yang ...

Oyeke.
So berbekalkan lesen anak datuk ke
Oh laws ek..tp nape mcm xde ghoman org bljr laws pun kalau hosting simple pun kucar kacir
Aku just tau dia ni sbb ada kisah kawen military n terpaksa pjj/berangkut skali lakinya posting ke OZ tu jela pun
Tp mmg dia ni xsesuai langsung wujud dlm industry.
Nway thanks sharing ya

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggi sangat ke darjat artis @ selebriti ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Scha ni byk jadi duta ke sbb xtvt seni lain mcm tk nmpak sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 6-4-2025 01:31 PM
Dayah ni bukan ke anak datuk, uia laws dulu, dia mmg banyak masuk pertandingan pengacara dulu yang ...

Iols pun tak minat tengok dayah mengacara, macam try hard dan kelam kabut. Iols kenal dia pun sebab dia obses sangat dengan tok laki tentera dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 6-4-2025 01:54 PM
Tinggi sangat ke darjat artis @ selebriti ni

Dah ade orang buka thread kita orang layankan jelah. BTW tinggi scha ni 170 cm, dia juara Dewi remaja tahun around 06/07. Korang tahu tak dia sekolah mana dulu, orang sg petani kan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Scha maintain kurus je tak kecut pun, ala La Charlize theron msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Xrelevant dh scha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 6-4-2025 01:15 PM
Dayah bakar ni apa talent dia ek

Nk kata lawa hauk

Tak berkenan sebab merasa diri paling di sayangi oleh laki askar dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Scha ni pakai apa pn cantik. Terletak elok je
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Scha ni still tgh bersedih.. sbb tu apa2 yg dia ckp skrg ni mesti syahdu pilu rindu kat mak dia.. mesti mak dia pun ada tinggalkan nasihat2 utk dia sblom ni.. buatkan dia lg sedih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.060646 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list