View: 1120|Reply: 31
|
[Dunia]
Wanita Dakwa Sebagai Pewaris Kerajaan Langit, Mahu Tuntut Harta Peninggalan Dari 17 Negara
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 6-4-2025 02:26 PM
Seorang wanita dari Indonesia telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas mendakwa dirinya sebagai pewaris kerajaan Surya Loka Langit dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Ratu Sedunia’.
Menurutnya, dia berhak mencairkan harta warisan di 17 buah negara termasuk Indonesia.
Dalam video yang tular, wanita ini mendakwa bahawa dia merupakan pewaris kerajaan Mataram Kuno, dengan gelaran tersebut dikembalikan kepadanya oleh Paduka Raja Ngahiang, Raja Bumi, dan Raja Lautan.
Saya merupakan pewaris kerajaan Surya Loka Langit sebagai kerajaan Mataram Kuno. Poletra sudah dikembalikan kepada saya oleh Paduka Raja Ngahiang, Raja Bumi, Raja Lautan,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut mendakwa bahawa warisan tersebut berasal daripada anaknya, yang mana telah menyerahkan berlian seberat 57 kilogram kepada Ibu Pertiwi pada tahun 1957.
“Dana dari Jerman Prasasti Dinasti itu dipegang oleh Jerman bersama kakak saya, Raja Wali atau Ratu Wali, puteri kepada Dewa Ngahiang.
“Pada masa itu, putera saya, John Kennedy, telah menyerahkan harta kepada Ibu Pertiwi pada tahun 1957. Perjanjiannya adalah berlian nyagut warna mawar merah, dengan berat 57 kilogram,” jelasnya.
Wanita itu juga sangat berani mengkritik secara terbuka akan dasar ekonomi Indonesia serta mendakwa bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Joko Widodo atau Jokowi tidak mematuhi peraturan antarabangsa berkaitan percetakan wang.
“Saya tidak mahu menandatangani urusan Jokowi dan SBY kerana mereka tidak mematuhi peraturan PBB. Mereka telah mengambil wang dan mencetak mata wang baru, kemudian meminta tanda tangan saya,” tambahnya.
Selain itu, dia turut mendakwa bahawa Amerika Syarikat telah mencetak mata wang melebihi had yang dibenarkan, sekali gus menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem kewangan dunia.
Pada akhir rakaman itu, Ratu Sedunia memberitahu, dia memilih untuk pulang ke tanah air setelah menyelesaikan urusan di beberapa negara lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg pulas puting wanita ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 6-4-2025 02:51 PM
siapa yg pulas puting wanita ni?
Nusaraya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu..bila nak duduk kt kerajaan langit?nape duk kt darat plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Bumi.
Raja Lautan.
Geografi derjah 4:
Keseluruhan bumi adalah merangkumi langit, darat dan lautan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah runding dengan balu ayah pin ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
I ol Ratu Family Mart jer.
Keturunan Jepun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cetak wang kena mintak sain dia. Gabenor Bank Negara Indonesia ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tp ok pe org mcm ni, org mcm ni la punca kadg aku rasa ok je hidop sbenornye, org mcm ni pon boleh hidop aman aman, knp kite tak boleh? gitoh. teruskan hidop anda anda anda |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan langit bijik diaaa  |
|
|
|
|
|
|
|
Dia belum jumpa kerajaan Atlantis dan kaum Amazon lagi tu. plaing2 tidak pun, kat langit tu pegi la jumpa Odin kat Asgard, ataupun jumpa Zeus ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Weols need this level of confidence once in a while in laif. |
|
|
|
|
|
|
|
Reta Ayoh Pin yang kena sita tu, ghasanya pi mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti ada ramai follower nya yg prcaya |
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 6-4-2025 08:06 PM
kerajaan langit bijik diaaa
Ayah Pin lupa kutip anak dia ke masa nk naik ke langit dulu tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|