
TINJAU: Ricky semasa membuat tinjauan di lokasi.
SANDAKAN: Kerosakan pada jambatan konkrit di Batu 4, berhadapan dengan Indah Club perlu diberi perhatian segera.
Mantan Pemaju Mukim Karamunting, Ricky Voon berkata, tinjauan ke lokasi mendapati terdapat keretakan pada kemudahan itu.
"Kemudahan ini digunakan oleh orang awam dan pada bulan Ramadan ini, banyak gerai dibuka berdekatan dengan kemudahan ini.
"Ia sekali gus membahayakan pengguna sekiranya kemudahan itu tidak dibaiki segera," katanya.
Menurutnya, aduan mengenai isu berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.
|