View: 175|Reply: 0
|
'Balik Kampung' antara 3 lagu wajib hiasi Aidilfitri walaupun tiada perkataan ‘raya’
[Copy link]
|
|
MASYARAKAT dunia khususnya yang menyambut bulan Syawal bakal meraikan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Kehangatan sambutan perayaan itu kian dirasai ekoran persiapan serta hiasan lampu ketupat dan koleksi baju Melayu sudahpun memenuhi ruang legar pusat beli-belah negara ketika ini.
Paling dinanti-nantikan, lagu raya juga sudah mula dimainkan di corong radio tempatan bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.
Bagaikan trend, penggiat seni tanah air khususnya bergelar penyanyi berpusu-pusu menghasilkan lagu raya dengan versi dan penyampaian moden khas buat generasi kini.
Biarpun dibanjiri karya-karya baharu, halwa telinga pendengar bagaikan sudah terbiasa didendangkan dengan lagu raya malar segar nostalgia era terdahulu.
Namun, tanpa kita sedari tiga lagu ikonik ini sebenarnya bukan dihasilkan untuk perayaan tersebut, tetapi masih tersenarai dalam lagu pilihan masyarakat menjelang Aidilfitri.
1. Balik Kampung
Cukup popular dalam kalangan pendengar, lagu Balik Kampung nyanyian seniman lagenda Allahyarham Sudirman Arshad ini asalnya didedikasikan khas buat golongan pelajar yang pulang ke kampung bagi tujuan mengundi pilihan raya.
Menggambarkan keriangan penuntut di perantauan ketika musim cuti, lagu tersebut dicipta bertujuan menyemarakkan lagi tanggungjawab belia untuk turun mengundi sebagai rakyat Malaysia.
Penerbit dan komposer lagu itu, Allahyarham S. Atan sebelum ini pernah menjelaskan perkara itu namun menyambut baik sokongan peminat yang lebih menghargai karyanya dalam bentuk perayaan Aidilfitri.
2. Selamat Datang Sayang
Biarpun bergelar penyanyi rock tanah air, Datuk Hattan, 60, atau nama lengkapnya Mohd Shukri Shahabudin turut tidak terkecuali menghasilkan sebuah lagu raya.
Namun, Selamat Datang Sayang yang tersenarai antara lagu hit Aidilfitri ini dikatakan tiada kaitan dengan sambutan Aidilfitri.
Melihat kepada bait liriknya, jelas tiada sepatah perkataan ataupun ayat ditujukan kepada sambuatn tersebut.
Pun begitu, lagu berkenaan sering kali menjadi simbolik perayaan kaum Melayu itu ekoran ia kerap dinyanyikan di bulan Syawal.
3. Halaman Asmara
Lagu duet Awie dan Ziana Zain, Halaman Asmara merupakan antara karya rock yang menjadi siulan ramai hingga ke hari ini.
Sekali lagi, sebuah naskhah tanpa perkataan 'raya' dijulang sebagai sebuah lagu popular menggambarkan suasana Aidilfitri.
Merupakan lagu ciptaan komposer Allahyarham Loloq dan penulis lirik Johari Salleh, karya agung era 90an itu menjadi lagu tema OST filem Sembilu 2 (1995).
Walaupun berkisahkan percintaan pasangan sejoli, segelintir pendengar menganggap ia sesuai dijadikan sebagai lagu raya yang sehingga kini masih malar segar di corong radio. — Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|