CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35605|Reply: 5

[Tempatan] Resepi 40 tahun, sambal budu durian dikomersilkan

[Copy link]
Post time 19-2-2025 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Resepi 40 tahun, sambal budu durian dikomersilkan
Oleh Siti Rohana Idris - Februari 19, 2025 @ 4:23pm


Ibnu Sina Osman, bersama isteri, Che Norhafiza Che Razali, menunjuk sambal budu durian dibuat secara tradisional keluarannya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bunut Payong, di sini. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR.

KOTA BHARU: Enggan membiarkan resepi yang dihasilkan ibu sejak 40 tahun lalu hanya menjadi santapan semata-mata, sambal budu durian akhirnya dikomersilkan.

Penghasilan sambal budu durian yang diusahakan Ibnu Sina Osman, 40 bersama isteri, Che Norhafiza Che Razali, 36, dibuat secara tradisional tanpa sebarang mesin menjadikan resepi turun temurun itu tiada beza seperti yang diwarisi.

Menurut Ibnu Sina, sambal budu durian yang dihasilkannya secara serius sejak tujuh tahun lalu selepas ibunya, Che Hawa @ Asma Ali, 74, diserang strok dan sebelum mengambil keputusan untuk dikomersilkan dalam pasaran tempatan.

"Pada awal pembuatan oleh ibu, sambal budu durian tidak dihasilkan untuk jualan sebaliknya makan sendiri selain jamuan sanak saudara.

"Selepas mendapat pujian dari ramai yang mencuba, ibu mula menghasilkannya untuk jualan secara kecil-kecilan sebelum saya mengambil alih sejak 2018 lalu dan dikomersilkan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bunut Payong, di sini.

Ibnu Sina berkata, meskipun ramuan sambal budu durian agak ringkas iaitu budu, ikan rebus, isi durian, cili, gula, garam serta limau kasturi, percubaan untuk menghasilkannya dibuat berulang kali bagi memastikan rasa sambal itu menepati selera ibunya.

Katanya lagi, penghasilan sambal budu durian dibuat tiga kali seminggu dan sebanyak 150 botol dihasilkan untuk setiap pengeluaran.

"Boleh dikatakan kebanyakan ramuannya dihasilkan secara 'homemade' termasuk budu yang dimasak terlebih dahulu serta ikan yang direbus dan dicarik malah semua kerja itu dilakukan oleh kami berdua bersama dua lagi pekerja.

"Penghasilan sambal budu durian tidak mengambil masa yang lama iaitu sekitar 45 minit sehingga satu jam bergantung kepada kuantiti bahan serta tempoh adunan menjadi sebati," katanya.

Ibnu Sina berkata, dia tidak berdepan dengan stok durian terputus kerana bekalan sentiasa diperoleh dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sama ada secara biji atau yang sudah diproses menjadi isi durian.

Beliau memakmulkan FAMA turut memberikan bantuan teknik pembungkusan sehingga menjadikan pasaran sambal budu duriannya semakin meluas sehingga ke beberapa negeri lain.

"Sebelum ini saya sudah mencuba pelbagai cara pembungkusan namun gagal sehingga ada kejadian botol pecah disebabkan gas yang terhasil daripada isi durian meruap ketika dibungkus.

"Selepas menghadiri pelbagai kursus akhirnya teknik yang tepat diperoleh dan kini produk sambal budu durian ini sudah mampu dipos sehingga ke beberapa negeri lain," katanya yang menjual sambal itu pada harga RM13 sebotol.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 12:39 PM | Show all posts
ada2 masa boleh try...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambey budu poyok ?

Nama kampung nye
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bagi option tambah lagi satu ingredient as add on...
Belacan
Cencalok
Pekasam
Air rendaman setokin

Pilih!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 08:40 PM | Show all posts
Kalau makan ni, boleh tumbuh jerawat x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041238 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list