memang gaya mimi macam siti.. terimalah kenyataan.. lagi dia menidakkan dengan bagi macam-macam alasan dan siap bersumpah ngan nama Allah tu, lagi orang menyampah
Sesuailah mimie terkeluar klu mcm nie jadiknya...klu x nak terima teguran lebih baik jangan masuk reality show, masuk jer pertandingan karaoke...kesian plak aku dgn elly
MyStarz: Andy tersingkir kerana malas?
30-07-2007 03:42:50 PM
oleh WAHIDA ASRANI
PROGRAM realiti terbaru MyStarz LG meneruskan perjalanannya semalam dan kali ini peserta daripada Kota Kinabalu, Andy Adrian J pula yang tersingkir mengikut jejak langkah tiga lagi rakannya iaitu Mimie Aishah, Ahmad Aliff Afif Tirmizie dan Awang Jasmin Jaimin.
Membawakan lagu Tujuh Nafas yang dipopularkan oleh M.Nasir, nampaknya Andy perlu akur apabila keputusan penyingkiran pada malam.
"Semua orang pasti ada letak harapan untuk berjaya di dalam program ini. Terus-terang, memang saya tidak begitu puas hati kerana tersingkir.
"Tetapi, nak buat macam mana kerana nasib tidak menyebelahi saya," ujar Andy ketika ditemubual di dalam program Reflex, yang ditayangkan secara langsung di NTV7, sebaik berakhirnya konsert MyStarz LG, semalam.
Markah persembahan setiap peserta ditentukan oleh undian SMS sebanyak 40 peratus manakala selebihnya daripada penilaian juri pada malam tadi iaitu Patrick Teoh, Azmeer dan Azwan Ali.
Sudah lah tersingkir, pada program yang disiarkan selama sejam itu, Andy teruk pula dikritik hebat oleh Pengetua MyStarz LG, Farihin Abdul Fattah yang mengatakan peserta tersebut seorang yang 'malas'.
Farihin dikatakan marah dengan Andy yang mengambil sikap sambil lewa ketika sesi rehearsal yang dijalankan sebelum bermulanya konsert tersebut.
Andy dikritik hebat oleh Farihin yang mengatakan peserta tersebut seorang yang 'malas' (Foto fail The Star)
"Saya bukan malas. Sebenarnya, sebelum jalani rehearsal, kami perlu menjayakan sebuah karnival dulu. Dan sebab itu ketika petang sewaktu rehearsal diadakan, memang saya sangat penat," kata Andy.
Namun begitu, alasan 'penat' yang diberikan oleh peserta tersebut nyata mengundang kemarahan Farihin dan juga Azmeer sekaligus menjadikan keadaan di Sri Pentas 2, Shah Alam ketika itu agak tegang.
"Definisi 'malas' itu memang tepat untuk awak. Alasan penat tidak boleh diterima. Ini adalah pertandingan, awak tidak boleh beri alasan seperti itu," luah Azmeer.
Kritikan demi kritikan itu bagaimanapun diterima positif oleh Andy. Malah peserta tersebut turut berjanji untuk cuba memperbaiki kelemahan diri untuk berjaya di dalam bidang hiburan ini.
"Saya akan terus berusaha. Walaupun saya disingkirkan kali ini, saya masih akan teruskan perjuangan saya dan tidak akan sekali-kali berputus asa," ujar Andy.
Kini tinggal lapan peserta yang bakal bertanding merebut gelaran juara MyStarz LG.
Mereka adalah Hamiza Tasyha Bashir dari Kuala Lumpur; Rubisa Tiasin@Mimie (Kota Kinabalu); Rachel Wesley (Kota Kinabalu); Shaza Marina Azmi (Johor Bahru); Russel Curtis (Kuala Lumpur); Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri (Kuantan); Badri Ibrahim (Kuala Lumpur) dan Khairul Hizam Kaha (Kuching)
MyStarz LG membariskan komposer Farihin Abdul Fattah sebagai pengetua dan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Program ini mempunyai kelainan tersendiri di mana konsep idea asal adalah daripada penerbitnya sendiri, Jafni Abu Bakar.
Selain diberikan pendedahan latihan sebagai penyanyi, mereka turut terlibat dalam program kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.
Peserta juga akan diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta diberi pengetahuan menjaga penampilan diri (grooming) dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.
Selama 13 minggu juga, semua finalis akan mengikuti pembelajaran muzik di 'LG House' yang disampaikan sekumpulan pemuzik.
Mereka bagaimanapun tidak 'terkurung' di lokasi itu sahaja dan dikehendaki mengikuti modul pembelajaran yang telah disediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan selepas sesi belajar.
Rachel semakin menyerlah
Malam tadi, lima peserta daripada kumpulan pertama telah membuat persembahan masing-masing iaitu Hamiza Tasyha, Andy Adrian J, Rachel Wesley, Khairul Hizam Kaha dan Shaza Marina, di mana pada minggu hadapan, empat peserta yang masih kekal di dalam kumpulan tersebut akan digabungkan dengan empat lagi peserta yang layak minggu lepas dan menjadikan kesemuanya lapan peserta yang bakal meneruskan perjalanan di dalam program ini.
Persembahan semalam dimulakan dengan Tasyha yang membawakan lagu Itu Kamu. Persembahan yang dilihat cukup bertenaga, tetapi Tasya agak sedikit 'tenggelam' kali ini berbanding persembahannya minggu-minggu yang terdahulu.
Malah, Patrick turut merasakan persembahan yang dipamerkan Tasya pada minggu ini adalah yang paling teruk, berbanding terdahulu.
Hizam dan Shaza Marina atau Nina menyusul seterusnya dengan masing-masing membawakan lagu Naluri Lelaki dan Pasangan Yang Tepat.
Vokal serak-serak basah yang dimiliki oleh Hizam memang satu 'aset' buatnya, namun Hizam hanya mempamerkan satu persembahan yang 'biasa-biasa' saja.
Begitu juga dengan Nina yang dilihat mempunyai masalah 'pitching' yang agak ketara menerusi lagu yang disampaikannya. Sama ada pemilihan lagu yang salah, atau kurang latihan vokal yang mencukupi mungkin menjadi faktor perkara tersebut.
Meneruskan persembahan ialah Andy dengan lagu Tujuh Nafas dan Rachel menerusi lagu Di Bawah Pohon Asmara. Tidak dinafikan, persembahan Andy pada malam itu kurang menyerlah.
Walaupun mempunyai vokal yang baik, persembahan yang dilihat tiada kelainan dari Andy mungkin menjadi salah satu faktor mengapa dia tersingkir kali ini.
Berbeza dengan Rachel yang dilihat menunjukkan prestasi yang baik saban minggu. Peserta berusia 14 tahun ini mempunyai kekuatan dalam mengawal suaranya dengan baik.
Tidak salah dikatakan Rachel mampu memberi saingan sengit pada peserta-peserta yang lain.
Juara MyStarz, LG berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD berukuran 42" (kedua-dua tajaan LG) dan rakaman album dengan label antarabangsa.
Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel sementara penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaian ialah Rizman Ruzaini, ADIDAS (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.
LG juga menaja pelbagai alat elektrik keluarannya dan telefon bimbit model terbaru LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.
Peserta MyStarz LG tiada identiti?
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
IJAM (kiri), Nina, Tashya dan Rachel akan meneruskan perjuangan dalam peringkat seterusnya bagi merebut hadiah utama RM100,000.
--------------------------------------------------------------------------------
TIADA identiti tersendiri dan masih terikut dengan penyanyi sedia ada! Itulah yang boleh dirumuskan daripada hasil keseluruhan konsert kelima program TV realiti terbaru terbitan TV3 dan ntv7, MyStarz LG yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, petang Ahad lalu.
Sebahagian daripada lima peserta cuba memikat hati juri dan penonton dengan lagu yang tidak kena dengan diri mereka. Ada yang terikut-ikut dengan gaya penyanyi asal.
Misalnya peserta yang bernama Khairul Hizam Kaha, 32, atau Ijam, yang memilih lagu popular kumpulan Samsons, Naluri Lelaki. Pada dasarnya, lagu itu memang sesuai dengan jiwa Ijam. Dari segi kawalan vokal dan mutu suaranya, tidak menghampakan. Namun vokal Ijam ketika menyampaikan lagu tersebut ada sedikit persamaan dengan penyanyi utama Samsons, Bams.
Hal ini diakui oleh juri jemputan iaitu Azmeer. Malah Azmeer mahukan anak muda dari Kuala Lumpur itu berusaha mencipta dan mencari identiti sendiri jika mahu terus kekal lama dalam bidang seni.
Begitu juga dengan peserta wanita muda, Rachel Wesley, 14, atau Rachel yang berasal dari Sabah. Meskipun memukau dengan vokal yang hebat ketika menyampaikan lagu popular Jaclyn Victor, Di Bawah Pohon Asmara, namun Rachel juga dilihat seakan-akan cuba mengikut gaya nyanyian Jaclyn. Namun, Rachel juga wajar dipuji kerana berjaya mencari kelainan pada persembahannya.
Azwan Ali yang menjadi juri jemputan turut memberikan komen positif apabila mengatakan Rachel mampu berdiri dan ditempatkan dengan penyanyi wanita yang sedia ada jika terus berusaha dan memperbaiki diri.
Kurang tepat
Ada juga peserta yang mahu menonjolkan identiti mereka dan lari dari muzik yang klise dan popular. Tetapi, langkah itu dilihat sebagai satu langkah yang 慿urang tepat
Setakat nie belum nampak bakat2 yg betul2 outstanding (vocally) cam den pun buleh beat them (ha..ha..ha...) Yg den tgk cam ok is Badri. Si Emeer tuh...ala sore lum PECAH ler... Tapi maybe dapat merit sbb dia peserta termuda..hu..hu..hu...