|
sejak sambung belajau nie... lama dah tak ngadap muka si jason nie secara live. wah... gue rindu sama lu, jason~ :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Hoho... I feel like a madman already. :lol
Aku juga bersekolah (kolej) namun sanggup jaga sampai larut malam untuk Latte at 8 - tapi yang tak bagusnya, bunyi tepuk tangan kekadang tak jelas didengar. Perlu tambah lagi mikrofon! |
|
|
|
|
|
|
|
wah,hari tue radhi and wife dtg.wife dier lawa gak.dah pregnant dah wife dier. |
|
|
|
|
|
|
|
wife dia seksi la... pakai menjolok2 biji mata... radhi lak cam eksen jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
24/2/2005 "If he'll pick his nose, she'll pick her nose" :D
Tetamu-tetamu:
1. Naz (pengacara Ringgit Sense TV3) - menceritakan kisah-kisah lalu, terutama pengalaman bersama Hannah Tan (co-host RS) dan Daphne Iking (ex-co-host RS sebelum Hannah). Temuramah ini diserikan dengan persembahan salah seorang peserta peraduan Wall's Cornetto Sing Your Heart Out, Matthew dari PJ yang menyanyikan sebuah lagu Adam Sandler (yang diedit liriknya) untuk kekasihnya yang tersayang.
2. Jackson Yogarajah (pakar bahasa gerakan badan) - menunjuk ajar selok-belok body language dan deceptive gestures (tanda sesorang sedang berbohong). Jason menguji kepakaran Jackson dengan menunjukkan beberapa keping foto (Charles & Camilla! ) dan sedutan filem di skrin dan menyoal apa yang tetamu dapat tafsir dari gesture-gesture yang ditunjukkan oleh gambar-gambar tu.
3. Cindy dan Blair (peluncur ais Disney on Ice) - memberikan butiran persembahan yang akan diadakan dari 3-8 mac di Stadium Bukit Jalil. Cindy memainkan watak Jasmine dari filem Aladdin, Blair pulak sebagai Gaston dalam cerita Beauty and the Beast.
4. Republic of Brickfields - menyanyikan lagu Generasi Mendung yang membawa mesej positif sebagai penutup tirai. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by scorpio_mmiv at 25-2-2005 04:12 PM:
Tetamu-tetamu:
1. Naz (pengacara Ringgit Sense TV3) - menceritakan kisah-kisah lalu, terutama pengalaman bersama Hannah Tan (co-host RS) dan Daphne Iking (ex-co-host RS sebelum Hannah). Temurama ...
hensem plak aku tengok Naz smalam....tapi dia ni cam ader gaya lelaki gatal jer....
and pasal walla...sing your heart out tuh....matthew ke nama dia?ape ape lah....dia bukan nyanyi kat kekasih la.....tu bini dia la..... |
|
|
|
|
|
|
|
^
sori....salah taip...bukan walla....tapi walls |
|
|
|
|
|
|
|
3/3/05 "My heels are alive with the Sound of Music..."
Drummer boy x hadir dan digantikan oleh brader nya Dino. Juga dimaklumkan Jason Lo ada seorang anak baru lahir; tahniah! 
Para tetamu:
1. Eric Leong (interior designer, pengacara Casa Impian)
Setelah beberapa musim rancangan CI BM anak Johor ni masih tak berapa fasih. Beliau menerangkan seba asa pasal kerjaya interior designer, dan memainkan sedutan video sehari dalam kerjaya Eric Leong yang membentuk keperibadian tu bagi tatapan penonton. :clap:
Sekarang dah sedar tak kaca mata Eric tu takde kuasa punya, cuma prop aje! :kerek:
2. Prof. Datuk Ibrahim Saad (pengurus pasukan bolasepak Malaysia)
Sebelum dan sewaktu temubual bersama Prof, ditayangkan sedutan pendapat orang awam yang ditanya mengenai mutu bolasepak negara dan apa yang wajar dilakukan untuk memperbaikinya serta nama berapa orang pemain negara yang diingati ramai.
Prof Ibrahim menerangkan pendapat beliau mengenai kelarisan bola sepak asing di negara, khususnya EPL, serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pasukan bola kita. Juga dititikkan kes halangan perhubungan yang aneh antara para pemain dan jurulatih - Bicskei dari Hungary jadi jurulatih mereka paham tunjuk ajar dan arahan beliau, tapi Alan harris dari England kemudi x jadi pulak! Tak caya lah... 
3. Jennifer Sewrick dan Jim Ballard (bintang persembahan teater Broadway Sound of Music)
(Jen sbg Maria dan Jim sbg Count von Trapp)
Seorang dari penonton di Starbucks dijemput ke pentas untuk menyanyikan lagu Do Re Mi yang tak asing lagi untuk peminat teater ni (dan filem 60an yang sama ceritanya), di hadapan kedua-dua pelakon itu, untuk memenangi 2 tiket ke persembahan tersebut yang diadakan di KL x lama lagi. :music:
4. KLPHQ - Kuala Lumpur Post-Harmonic Quintet (indie band)
Mengumandangkan sebuah lagu... er, "score", rather... yang takde tajuk, takde lirik, apa maksudnya? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
10/3/05 "Cats are useful for nothing"
Catatan: Dino "the Chelsea Boy" masih bersama Latte @ 8. Penonton di Starbucks SP masih tak suka Blues ek?
Para Tetamu:
1. Li'l Kev dan Fly Guy (bekas DJ hitz.fm)
Temubual disebelumi oleh pantauan luar menyoal orang umum meneka ke mana perginya duo yang dinamik ni... dan muncullah kedua-dua mereka untuk memberikan penjelasan. Mereka berjenaka pasal mereka ber-2 nak tukar jantina, lepas ni penjelasan yang serius plak: Setelah meninggalkan hitz.fm Kev pergi ke Timor Leste untuk kerja sosial (program belia), dan bekerja di sebuah kedai binatang peliharaan di Sri Hartamas. Fly pula sedang ... er, masih gatalkan wanita lagi :kerek: serta mengikuti perkembangan bola sepak.
2. Scott Kramer (penerbit eksekutif Force of Nature Concert 2005 for tsunami aid) & Tony Fernandez (dari AirAsia, pernah diundang ke Latte sebelum ni)
Taklimat mini mengenai konsert amal tersebut yang menampilkan 5 artis AS iaitu Backstreet Boys, Boyz2Men, Lauryn Hill, Wyclef Jean, dan Black Eyed Peas (Jason Lo meniru lagu mereka dengan suara macam bapuk), serta artis tempatan dan Cina yang masyhur.
3. Bau
Mempersembahkan lagu Wawa dari album Wajah Kita. Sebelum ni juara Wall's Cornetto Sing Your Heart Out diumumkan - Matthew dari PJ yang pernah muncul di pentas Latte memenangi hadiah utama iaitu kereta Smart Fortwo Coup |
|
|
|
|
|
|
badigol This user has been deleted
|
Originally posted by scorpio_mmiv at 4-3-2005 04:34 PM:
2. Prof. Datuk Ibrahim Saad (pengurus pasukan bolasepak Malaysia)
... Juga dititikkan kes halangan perhubungan yang aneh antara para pemain dan jurulatih - Bicskei dari Hungary jadi jurulatih mereka paham tunjuk ajar dan arahan beliau, tapi Alan harris dari England kemudi x jadi pulak! Tak caya lah...
Malaysian footballer memang batu dan bodoh sombong ... bukannya tak paham .. memang kaki bangku.
Yang prof. datuk ibrahim ni apa ke jadahnya prof ... english hancur berderai .. |
|
|
|
|
|
|
|
17/3/05 "If a dream is like real life, you can't execute it at all"
Headnote: Malam tu Rudy Pop Shuvit menjadi drummer ganti.
Para tetamu:
1. Serena C (DJ hitz.fm dan VJ hitz.tv)
Pertama kali muncul di hitz.fm pada malam alaf baru. Merupakan rakan sekerja Jason Lo. Antara cita-cita terdahulu beliau adalah nak jadi Mother Teresa, nak jadi angkasawan, nak jadi PM. Beliau mengaku sewaktu kecik berkelakuan tomboy. Juga mengaku suku dialeknya Kongfu (Cantonese) tapi x boleh cakap, Mandarin dan dialek lain juga tak leh...
2. Michael Schack (pakar dram Roland) dan Nick Cooper (pakar gitar Boss)
Mendemonstrasi produk-produk alat muzik terkini dan tercanggih ... menonjolkan 'bakat' alat-alat tu yang takde di gitar-gitar dan set-set dram lain spt buat bunyi selain gitar elektrik/dram. :clap: :music: RAWK ON BABY... or rather, "techno on"?
3. Blues Gang (band muzik yang lama ditubuhkan sejak 1978)
Menyembahkan 3 buah lagu lama (Lion Blues, Apo Nak Dikato, Mak Siti)
[ Last edited by scorpio_mmiv on 1-4-2005 at 05:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
24/3/2005 ""Science is no match for the Malaysian bomoh"
Headnote: Chelsea Boy kembali!
Tetamu-tetamu:
1. Sharifah Amani (pelakon utama Sepet)
Bertaklimat pasal filem cinta antara kaum ni, menceritakan bagaimana beliau dapat peranan dalam filem ni ... Amani merupakan adik kepada Aleya (hos MI) dan neneknya berbangsa Cina.
2. Selva Nagappan (penulis buku mobile Phone & SMS Etiquette)
Meerangkan isi-isi bukunya yang menjadi panduan untuk para pengguna telefon bimbit. Risau akan tabiat pengguna h/p tempatan yang dikatakan makin kurang menyenangkan...
3. Frequency Cannon (rock band, pemenang hitz.fm Blast Off baru2 ni)
Inilah band yang disertai Chelsea Boy! Mempersembahkan lagu Second Chance.
[ Last edited by scorpio_mmiv on 1-4-2005 at 04:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lawa betul sharifah amani masa kat latte.asal ah dier tak ajak ng choo seong skali. |
|
|
|
|
|
|
|
31/3/2005 "Dance Special"
Headnote: Sempena Hari April Fool Jason cuba menyampai dalam BM tapi x jadi. Omputeh mah...
Tetamu:
1. Bantus Capoeira Malaysia (troupe tarian Brazil)
Temubual dibuka dengan persembahan capoeira yang disertai oleh warga tempatan. Choreographer mereka menampilkan diri di atas pentas untuk mengulas tentang tarian ini, yang mereka katakan, asalnya sejenis cara berlawan yang bertopengkan tarian yang dicreka oleh hamba-hamba Afrika yang dikerah oleh penjajah Portugis ke Brazil. Si Jason ingat itu sejenis seni pertahankan diri! Menariknya ... Dan satu lagi tarian capoeira mengakhiri temu bual ni...
2. DJ Low dan Giler Battle Crew (breakdancing troupe)
Beliau sedang berusaha mengembalikan budaya breakdancing yang julung kali timbul di era 70an ini, di negara kita. Antara ahli-ahli Crew yang terdiri daripada 8 orang ni ialah B-Boy Junior yang berumur cuma 7 tahun! :clap: Temubual disisip dan ditutup oleh persembahan Crew ini.
3. the Times (alternative rock band)
Mendendangkan lagu Nostalgia Rock 'n Roll. Dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik untuk AIM2005. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nmi at 2005/3/28 12:09 AM:
lawa betul sharifah amani masa kat latte.asal ah dier tak ajak ng choo seong skali.
choo seong dah balik penangkan....? lagipun dia tanak terlibat dah kot... agaknyer la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Choo Seong bukankah orang Klang? |
|
|
|
|
|
|
|
choo seong orang butterworth... bukan klang... dia dah balik penang... |
|
|
|
|
|
|
|
7/4/2005 "Why are you brilliant?" - "I don't know."
Mesej dari Simple Plan untuk Jason Lo: "Shut up!" (Jangan endahkan diorang...)
Tetamu:
1. Mike Francis (penulis You Are Brilliant)
Seorang pencebur 'personal development' dari Australia. Juga merupakan peminat kelab bola sepak Inggeris Chelsea, sama dengan Jason, sehingga sanggup membeli jersi Chelsea di Petaling Street sebagai hadiah kepada Jason. Dua orang member (couple ler tu) audience di Starbucks dijemput naik ke pentas untuk disoal tentang 'brilliant'nya diri dan satu sama lain.
2. Dhol Federation
Dhol merupakan sejenis alat muzik tradisi Punjabi yang merupakan satu asas kepada muzik bhangra. Kumpulan ni tidak meninggalkan venue tanpa satu persembahan bhangra dhol.
3. Eric Wong (perancang pengebumian) :
Pekerjaannya jarang memberikan beliau sesaat pun untuk menikmati Six Feet Under atau mana-mana rancangan TV, tetapi dapat menerangkan perbezaan pengendalian mayat di drama TV dengan di realiti. Xin ku ni le, xian sheng. :solute: Tetamu ni pandai lawak jugak, meskipun seorang yang sering berurusan dengan saat-saat kepiluan.
4. Rebel Scum (kumpulan hip-hop)
Nama kumpulan dipetik dari dialog Star Wars. Mempersembahkan WMD dari album An Urban Distaste for the Concrete. |
|
|
|
|
|
|
|
14/4/2005 "Siti maafkan saya, saya orang bodoh"
Headnotes: Setelah mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada penganut agama Hindu, Jason berbuat lawak terhadap pemilihan Pope yang baru dan perkahwinan diraja UK. Dan Drummer Boy original kembali dari Australia!
1. Mahadzir Lokman (pemberita/pengacara TV/pengadil Malaysia's Top Host)
Seorang ahli krew TV3 yang terulung, muncul sewaktu TV3 dilancarkan di pertengahan 80an. Bekerja di TV3 selama 10 tahun sebelum berehat dan kembali bekerja di RTM. Fasih berbahasa Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis serta BM dan BI. Juga pengajar BI Siti Nurhaliza.
2. Mia Palencia (penyanyi jazz)
Mempersembahkan lagu Georgia On My Mind.
3. Adlin Aman (pelakon/'mamat LRT' dalam sebuah iklan pesanan masyarakat)
Inilah iklan pesanan masyarakat yang menjadi kontroversi oleh segelintir MP kerana menggambarkan orang Melayu sebagai kaum yang kurang bersopan. Adegan menunjukkan Adlin berlakon sebagai seorang pengguna LRT yang enggan memberikan tempat kepada golongan yang kurang upaya.
4. Vespertine (rock band)
Nama band dipetik daripada tajuk sebuah album Bjork. Mempersembahkan lagu Fever yang diiringi oleh nyaringan violin. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm nyer best gilerrr except 4 louis iskandar tuh
apek not bad jgk speaking
siap wat lawak ngan drummer boy..
hahah...mmg sakit perut aku gelak
pastu band plgueofhappiness mmg gerek sey...
aku suke giler arr band ska nih lps tgk latte smlm
hidup ska! |
|
|
|
|
|
|
| |
|