CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: my-alja

glamour ke duduk obersee?

[Copy link]
Post time 16-12-2004 02:29 PM | Show all posts
rase glamour tuh idak le..
cume time mule2 sampai, excited sgt dpt jejak kaki kat negara org..
bile je kelas start, hw menimbun2, exam berderet2, result exam hampeh..
tiada lagi rase excited dlm diri..
glamour jauh sekali.. ape lah erti glamour kalo studies tak seglamour yg diharapkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2004 12:04 AM | Show all posts
takk glemer pon....pasal dok kat negara tak glemerrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2004 01:08 PM | Show all posts
Pendpt aku yg tak dok di obersi...
Aku tak pandang dok di obersi glemer but aku rasa cam best jek dpt peluang dok tgk tempat org.
Ada la gak sepupu2 yg study di obersi, dok di obersi, kawin ngan org obersi and hanya shopping di obersi.
So far, kalau diaorg balik kampung time raya, sepupu2 puak kampung nih (including aku la tuh!), kemain la melayan... alah cam org kampung la jugak!
But yg tak bestnya tuh, puak obersi nih cam kontrol semacam jek!
Berckp pun alahai... ala2 soft spoken gitu!:kant:
Tak havoc langsung!:lol
Aku (antara sepupu yg veteran) lak yg rasa cam bebudak!:cak:
Depa yg muda tuh lak kemain kontrol cam veteran.:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2004 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 18-12-2004 06:08 AM:
Pendpt aku yg tak dok di obersi...
Aku tak pandang dok di obersi glemer but aku rasa cam best jek dpt peluang dok tgk tempat org.
Ada la gak sepupu2 yg stu ...


Chaittt!! Cheq ni adalah golongan duk oversi yg still kecoh bila balik msia tau ... takde nak control
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2004 02:17 AM | Show all posts
Hari tu masa balik KL adalah pergi jumpa kawan kelas lama..diorang terkejut sebab I'm still the same person..tanya balik apasal you said like that? Ialah sebab you kawin mat saleh and stay in oversea...ish, mengarut betul diorang ni. Ada ke sebab dok kat luar negara kita kena berubah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2004 02:24 AM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 18-12-2004 01:08 PM:
Pendpt aku yg tak dok di obersi...
Aku tak pandang dok di obersi glemer but aku rasa cam best jek dpt peluang dok tgk tempat org.
Ada la gak sepupu2 yg stu ...


lol manusia ni macam-macam Tenko o... Tak kan kau tak tahu. Kalau macam aku dan Nadia ni mana pergi pun sama gak, merapu,tak de control! Macam Cali cakap, kawan dia tanya tentang dia masih macam dulu... aku pun ada juga orang cakap gitu. Tu yg. fikiran tak luas lah tu.

      Betul macam kau kata, glamour tu tidak, lebih beruntung ,iye lah. Dapat tengok tempat orang,'experience' bermacam jenis budaya , cuaca, topografi, dll. Pengalaman ni lah yg. menguntungkan dan menyeronokkan. Bila sekali ke luar, terasa nak ke luar lagi dan lagi dan lagi ke negara lain-lain pula. Tapi nak rasa besar diri tu, glemor-glemat tu tak de la.

      Ada juga orang yg. mungkin rasa besar diri, manusia ni macam-macam! Ada gak yg. ke KL pun dah rasa besar diri. Saudara aku ada yg. sangat sombong dan bongkak kerana  laki dia pangkat besar, tinggal di KL. Ada juga yg. tinggal di KL,balik kampung di Kedah,tak cakap Kedah, dan campur-campur cakap Malaylish di kampung..

      Pas tu kutuk pula aku yg. cakap Kedah ni. Maklumlah, aku ni orang kampung,kata pi lah...! Depa kritik aku kata aku cakap Kedah pekat. Depa gelak pulak tu. Apa yg. dimaksudkan dengan Kedah pekat pun tak tahulah aku. Aku cakap dialek kampung aku dan aku suka dapat bermesra semua orang. Bagi depa macam sesuatu yg. memalukan. Bila dengar aku cakap Inggeris dengan suami dan anak-anak, dah depa kata bunyi sebijik Mat Salleh pula. Kritik lagi... Macam aku kata sebelum ni, 'I don't give a damn what people say or think about me" Aku macam aku,mana aku pergi pun. Socially, I'm a nice person. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2004 02:59 AM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 18-12-2004 01:08 PM:
Ada la gak sepupu2 yg study di obersi, dok di obersi, kawin ngan org obersi and hanya shopping di obersi


      Kiranya bila balik M'sia tak beli apa langsung lah? Ataupun cuma kain baju tak beli di M'sia?  Bodoh bengong la depa ni!  Mak mentua aku beli sutera batik buat suit mini cantik kemain! Dia pakai pergi function geng lawyer-lawyer ni habih pakat tanya mana beli. Depa pun mau.

      Mak aku bagi songket hitam sulam benang emas kat dia, dia buat skirt sempit labuh pakai dengan designer blaus, mengancam. Pakai gi function yg. mana semua orang pakai pakaian top designer. Heran aku kenapa terlalu bangga barangan luar, dan hina{rasa low class) barangan M'sia,padahal kitapun banyak barangan cantik,berseni  dan berkualiti.  

      Aku biasa pakai kebaya (tempah di Sungai Petani pekan kecil)  pi tengok opera di Lincoln Centre, New York.( Bagi yg. tak tahu, Lincoln Centre memang tempat yg. prestigious di sini.)  Tiketnya mahal. Aku duduk pula depan centre, satu seat USD200 lebih. Aku pakai kebaya Malaysia, bukan designer punya. Waktu intermission, keluar ke ruang legar, jumpa kenalan keluarga mentua yg. hebat-hebat belaka,depa puji pula  baju aku.

      Aku ni Tenko, baju designer rege ribu  pun pakai, baju sale USD10 kat OLd Navy pun pakai. Balik M'sia mesti shopping pakaian sebab aku suka pakaian Somerset Bay dan East India Company. Ada kawan di sini pesan lagi suruh beli kat dia sama. Banyak kali di Florida dan NY ni pompuan Mat Salleh tegur aku tengah jalan, mana dapat baju aku. Dengan bangganya aku kata M'sia!

      Rasa aku, orang yg. macam kau cakap ni, diaorang ni seperti kaduk naik junjung. Kalau aku nak jadi cam tu pun boleh, tapi itu bukan peribadi aku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2004 03:14 AM | Show all posts
Originally posted by bbakar at 16-12-2004 02:44 AM:


thanks for ur sympathy. bagi bbak ni ler realiti hidup merantau bersuamikan orang asing.  diluah mati emak, ditelan mati bapa.  jasad di US, hati di kampung.  bbak dah sampai tahap fed-up (buka ...


    Ish, sedih pulak Mak belanga baca tulisan kau nih.  Kau kat mana di US ni? Teruk sangat ke tempat kau? Apa yg. kau fed up nya?  Sedih mak Belanga dengar saudara sebangsa,senegara tak seronok di sini. Kau rindukan sangat keluarga ke sampai berura-ura nak balik dok sana?  Tapi kalau kita tak bahagia di sesuatu tempat,tak sesuai, buat apa kita tunggu. Hidup di dunia ni bukannya lama, carilah tempat yg. sesuai dan membahagiakan. Buat apa buang masa, makan hati berulam jantung.
     Kalau tak sesuai, rasa susah, hijrah. Ni lah juga yg. Nabi kita buat waktu dulu, Allah suruh dia berhijrah ke Madinah apabila keadaan di Mekah terlalu terlalu teruk dan membahayakan. Selepas berhijrah, bermulalah satu titik permulaan yg. membawa kepada kemenangan dan kebahagiaan.

[ Last edited by belanga on 21-12-2004 at 03:19 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2004 08:40 PM | Show all posts
aku rase cambest untuk org yg x pnah pegi oberC cam aku
kekeke tapi bile pk balik cam korang
yerlaa bulan pertame tuh mesti bes gile
tapi bile dah lame x jumpe mak n bapak
dah lame x mkn nasik mak masak
menangis gak nak balik
kekeke tapi cambest jek pegi sane
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2004 05:52 AM | Show all posts
Originally posted by Robab at 24-12-2004 01:40 PM:
aku rase cambest untuk org yg x pnah pegi oberC cam aku
kekeke tapi bile pk balik cam korang
yerlaa bulan pertame tuh mesti bes gile
tapi bile dah lame x jumpe mak n bapak
dah lame x mkn nasik  ...


Kalau berjalan jalan sana sini memang seronok tapi bila dah menetap terus lain perasaannya ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2004 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 9-12-2004 11:11 PM:


      Tak yah nak tunggu derang explain lagi Adimus! Kau pun tahu sendiri.Samada derang ni otak bengap ataupun sengaja pura-pura.:bgrin:



lagi satu mungkin dah NYANYUK.........:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2004 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by Calim閞o at 11-12-2004 06:56 PM:
Betul tu, sayang tak reti berbahasa melayu,mintak-mintak anak Cali bolehlah bercommunicate melayu sampai besar nanti. Ialah kat rumah memang Cali cakap melayu dengan dia dan diselitkan bahasa peran ...



cali...

anak2 aku punya kes macam ni....
aku tak pernah cakap omputih ngan depa...(satu dua patah tu adalah)
aku bantai cakap melayu KEDAH lagi...
masa mula2 sampai sini memang depa cakap melayu...
tak lama lepas tu aku masukkan anak sulung ke sekolah, 3 bulan pas masuk sekolah pelan2 bahasa melayu dia ilang....masuk 6 bulan langsung takdak bahasa melayu tu...hingga kehari ini...tapi masih boleh paham very good...

bila bermain2 ngan adik tu...cakap omputih, siadik yang baru nak belajar cakap terus tangkap bahasa omputih ni, dan pastu aku masukkan siadik kesekolah....terus takdak bahasa melayu dia...

dan kesemua jiran dan kawan depa ni omputih dan bangsa asing lelain negara dan tentulah derang communicate in english....

tapi aku laki bini hingga hari ni masih ngan loghat utara aku bersembang ngan depa,........

MASIHKAH AKU BERSALAH, SEBAB ANAK2 AKU TAK BOLEH CAKAP MELAYU...??????
aku pernah bertegas.....aku takkan layan derang unless derang speak malay with me...dan pernah gak jentik mulut derang sebab degil tak mau cakap melayu...:bgrin:

tapi memandangkan kami akan balik malaysia for good tak lama lagi jadi aku taklah risau sangat.....

[ Last edited by alahai on 25-12-2004 at 12:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2004 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by bbakar at 14-12-2004 06:57 AM:
ye ke dok obersi glamer?  takde lah. apa nak glamer.  dok obersi macam dok msia gak le.  pagi-pagi kena bangun pergi kerja, balik keja kena masak, kena jaga anak, tiap bulan kena bayar bil itu, bil ...


sebenarnya bukan glamer dok obersi ni tapi kira BERTUAH....(kawan MY-ALJA ni silap guna ayat )
sebab bukan semua orang dapat ke obersi...
ikut tuah lah jugakkan...
kecualilah orang2 yang banyak pulus ni...


macam aku ni kalau tak kawin ngan laki aku ni...
terperok kat penang atau kedah je lah kot....:bgrin:
sebab aku kawin ngan dia lah aku dapat tgk.Jepun dan jugak US ni...
Reply

Use magic Report

dunia This user has been deleted
Post time 29-12-2004 11:58 AM | Show all posts
Bertuah, mungkin kot, semua orang boleh ke luar negara tapi bukan menetap di sana.. jadi bertuah sikit ajelah..

Glamour.. em.. walaupun menetap di luar negara, tapi kalau jenis yang terperap di rumah, tak berjalan-jalan kemana-mana, sama aje cam tinggal di malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2004 05:51 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by [i]Adimus[/i] at 9-12-2004 07:40 PM:


I agree!
I ni dah 18 tahun (and counting) duk oversea - jangankan nak lupa cakap Melayu - nak lupa cakap Melayu loghat Negeri pun tak boleh! My husband bukan orang Melayu jadi kat rumah meman ... [/quote]

Salam semua,

Dah lama baca forum ni tapi tak pernah participate. Selalu surf from one board to another. But when I read what Adimus wrote, I decided to write down s/thing.

Adimus, I am fr NS and I had a friend who migrated to UK about 18yrs ago. The last time we talked over the phone, she said, " Kau kono cakap ngan den cakap nogori, tak den tak faham." And when U mentioned U tak lupa cakap Negeri, U remind me of her. We all dah lama tak jumpa, infact we never met again after she left. She came back few times, and I talked to her just that one time. Apa khabar agaknya dia sekarang. Kalau U kenal kawan I tu, tell her that I miss her...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2004 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 2004-9-26 03:41 AM:
salam

pernah dengar kawan-kawan bercerita...dia rasa glamour sebab dok obersee?...me nak tergelak tergolek-goleklah jugak..apa yg glamour tu?..ada yg nak terus rasa glamour sampai tak mau balik  ...


mana ada glamour... biasa jer... :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


alamanda_alif This user has been deleted
Post time 30-12-2004 01:11 PM | Show all posts
apa yang glamer?? nothing at all sama je....tapi manda heran...kenapa melayu yang duduk obersea bila balik tak tahu ckp melayu ????
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2004 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by alamanda_alif at 30-12-2004 01:11 PM:
apa yang glamer?? nothing at all sama je....tapi manda heran...kenapa melayu yang duduk obersea bila balik tak tahu ckp melayu ????



bukan tak tau.......
tapi nyanyukkk  tu.........:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 08:26 PM | Show all posts
tak glamor pun aku rasa..rasa macam biasa je...aku lagi suka kalau orang tuh tak tau aku dok oversea...sembang macam aku dok kat malaysia je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2005 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by Lacoste at 6-1-2005 01:26 PM:
tak glamor pun aku rasa..rasa macam biasa je...aku lagi suka kalau orang tuh tak tau aku dok oversea...sembang macam aku dok kat malaysia je


Napa, kalau orang tu tau hang duk obersea, sembang tak mcm kat malaysia ke????:stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061143 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list