CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 735|Reply: 32

[Tempatan] Awak yang selalu tumbuk cili guna lesung batu, ada fikir tak jiran dekat atas atau bawah rumah awak? Tular penghuni rumah pangsapuri saling berbalas nota, bergaduh tentang lesung batu

[Copy link]
Post time 30-5-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tular penghuni rumah pangsapuri saling berbalas nota, bergaduh tentang lesung batu
Baru-baru ini tular satu hantaran memaparkan kerenah penguni rumah pangsapuri yang bergaduh disebabkan rasa terganggu dengan tindakan jirannya.



Menerusi hantaran yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan salah seorang penghuni di rumah pangsa berkenaan telah meninggalkan nota yang ditujukan kepada jiran yang sering menggunakan lesung batu dipercayai untuk memasak.

Menerusi nota terserbut kelihatan si penulis seperti sudah tidak tahan dengan bunyi tumbukan lesung berkenaan memandangkan mereka hidup di rumah pangsa.

Minta jangan pentingkan diri dan ingat jiran apabila guna lesung batu
Malah si penulis juga meminta individu berkenaan untuk tidak mementingkan diri serta membeli alat pengisar yang tidak akan menghasilkan bunyi bising seperti lesung batu.

“Awak yang selalu tumbuk cili guna lesung batu, ada fikir tak jiran dekat atas atau bawah rumah awak?

“Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Don’t be selfish, blender murah lah dekat Shopee. Kita orang doakan awak sedar dan beringat akan hidup jiran dekat rumah pangsa ni.

“Beli blender jangan dok sedap je tumbuk cili guna lesung batu,” tulis salah seorang penghuni rumah pangsa itu

Nota itu bagaimanapun dibalas oleh seorang individu dan ia ditampal di satu permukaan yang dilihat seperti dinding lift.

Individu itu meminta agar penghuni berkenaan untuk berpindah ke kawasan perumahan lain sekiranya tidak boleh duduk berjiran.

Malah turut menyifatkan penghuni yang menyuruhnya membeli alat pengisar sebagai “lemah dan pemalas”.

“Kalau tak boleh duduk berjiran atas, bawah, kiri dan kanan, rasanya dah boleh pindah ke rumah banglo. Rasanya sebab tak ada jiran atas bawah kan.

“Tapi sekejap.. Lahhh! Tak mampu.. Kalau mampu tak duduk sini kan? HAHAHAHAHAH.

“Dari: Si lesung batu yang di ketuk banyak kali tetap teguh dan utuh.

“Kepada: Si blender yang lemah dan pemalas,” tulis individu berkenaan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 04:03 PM | Show all posts
miskin2 dok flet pun mesti ada kereta kan?


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 04:10 PM | Show all posts
So bukan hantu la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 05:10 PM | Show all posts
teringat la aku masa mula2 keje dulu aku sewa rumah flat mcm ni la sorg2. malam2 dgr jiran atas tu dok ketuk-ketuk lesung. so satu hari tu aku naik atas konon nak sound la jiran tingkat atas tu. udah jiran sebelah tu pulak tanya aku, awak cari sape rumah sebelah tu dah lama kosong takde orang huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah...lawak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak koranglah nak gaduh pasal menumbuk pakai lesung batu ke pakai blender
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 06:17 PM | Show all posts
boleh je nk berlesung batu
konsep dia alas lah tebal2 dngn kain
kuranglah impak hentakan dan bunyi

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols macam nak sokong acik lesung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 07:16 PM | Show all posts
semoga kaki kau kena timpa lesung batu tu - kemudian bengkak - kemudian bernanah - kemudian kena potong - kemudian laahhh ada kencing manis, merebak kuman tu naik smp ke paha - kemudian kena potong lagi - kemudian mati.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkias ke, atau memang betul bunyi tumbuk lesung?
Paatu ada bunyi kepedasan dan kesedapan kena sambal tak "tssss tsss sedapppp mmmm dapppp dapp tssss"
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 30-5-2025 05:10 PM
teringat la aku masa mula2 keje dulu aku sewa rumah flat mcm ni la sorg2. malam2 dgr jiran atas tu d ...

Aku nk off topic..

Aku dulu uni aku sewakan apartmen 4tgkt.setiap tgkt ad 4 buah rumah je. Aku atas skali, dan umah aku je ad penghuni. 3 lg xde. Housemate aku ad 5 org je mse tu. Nk msk mmg x la. 1 hari member aku dok tgkt 3 mrh². Dia kata korg hari² tumbuk sambal belacan. Mlm² pun tumbuk.lapo sgt ke. Aku cengang la sbb kitorg bkn jenis msk. Bli je sng. X kuasa. Pastu dia smbg lg, dah tu rajin plak kemas² umah.hari² bunyi tarik² . Lg la kitorg kejung dgr. Ble explain, member trus berubah muka. X brani dh tya apa² .
Btw, aku sendri dok sorg² dlm bilik pun slalu dgr kerusi kena tarik kt ruang tamu. Dr bwh celah.pintu,slalu nampak byg² mcm org buat keje. Ble buka pintu, xde ape pun. Tp buat bodo jela...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah takpela
Aman aman hidop bjiran pon boring juga
Elok juga la skali skala gadoh kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
saja nk cari gaduh ler tu.
masak pun belum tentu sedap
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:49 PM | Show all posts
kalo duduk rumah bertingkat, bunyi ketukan ke hentakkan ke apa ke xsemestinya betul2 atas kita. kalo rumah kita no 10 tingkat 1, kdg2 yg mengetuk tu bkn no 10 tgkt 2 tp mungkin no 9 atau no 11 tgkt 2 atau tgkt 3.
aku dah beberapa kali kena. xpayah ckp rmh flat ke apa la, bangunan ofis pun sama. tiba2 bunyi drill la ketuk la time meeting, naik atas tegur rupanya bkn unit atas kita, tapi unit sebelah. Selang 3 unit pulak tu.tapi bunyi mcm atas kepala je.
bkn semuanya sbb hantu, hantu pun tensen asyik kena fitnah.

yg reply nota tu xpayah la krg ajar sgt. Lapik la kain tebal daripada dok aniaya jiran2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jiran pun klu org tegur tu cer berlapang dada
tulis la sorry ke hape
oh lupa pprt kan hmmm lantak deme la
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 30-5-2025 05:10 PM
teringat la aku masa mula2 keje dulu aku sewa rumah flat mcm ni la sorg2. malam2 dgr jiran atas tu d ...

wah berani juga ko ni rupanya
baca kisah ko kat tered misteri tu mcm ala2 lemah gitu tak sangka yach

klu iols jgn harap la nak sound

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Psg Ultra-high sensitivity professional microphone .smbung amplifier ke speaker tala ke lantai
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:20 PM | Show all posts
Tapi guna blender dan lesung batu rasa masakan jauh lebih sedap menggunakan lesung batu. Saya juga menggunakan lesung batu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols yaqin akak lesung tu, salah sorang cikpors.

Ahai kak lesung savage.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 30-5-2025 06:17 PM
boleh je nk berlesung batu
konsep dia alas lah tebal2 dngn kain
kuranglah impak hentakan dan bunyi

Btol2...dolu2 kite pon alas ngan sokkabar, kalau x mak marah ckp sebatu org bleh dgr kite tgh menumbuk...

Skrg dah kertu, malas hahahahaha...blender jer...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071019 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list