sekiranya si suami redha atas perbuatan si isteri untuk berpisah tempat tidur, maka hukumnya adalah harus. Namun, sekiranya si isteri meninggalkan si suami di tempat tidur tanpa redha si suami, maka hukumnya berdosa. Hal ini sebagaimana satu hadith, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda: إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَمْ تَأْتِهِ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ Maksudnya: “Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi.” Riwayat Muslim (1436) Justeru itu, dalam isu ini ia bergantung dengan redha di antara suami dan isteri. Terutamanya pada hari ini pelbagai faktor yang membawa ke arah sedemikian seperti perhubungan jarak jauh (pjj), penyakit berjangkit dan sebagainya.
Haahha gitu i bagi ceramah agama di pagi hari!
|