|
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Keistimewaan Air Zam-Zam
وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، إنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ يُشْبِعُكَ أَشْبَعَكَ اللَّهُ بِهِ، وَإِنْ شَرِبَتْهُ لِقَطْعِ ظَمَئِكَ قَطَعَهُ اللَّهُ وَهِيَ هَزْمَةُ جِبْرِيلَ وَسُقْيَا إسْمَاعِيلَ. [وفي رواية] وإن شربته مستعيذًا أعاذك الله فكان ابن عباس ذا شرب ماء زمزم قال: اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah SAW bersabda : "Air Zamzam itu adalah menurut niat orang yang meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk kesembuhan, Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau meminumnya untuk mengenyangkan, Allah akan mengenyangkanmu; jika engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, Allah akan menghilangkan dahagamu. Ia adalah hasil hentakan malaikat Jibril dan minuman yang diberikan Allah kepada Nabi Ismail."
Dalam satu riwayat lain, apabila Ibn Abbas meminum air Zamzam, beliau berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.” (HR Al-Hakim 1/473) Status Hasan.
Pengajaran:
1. Setiap amalan, termasuk ketika minum air Zamzam, harus dimulakan dengan niat yang baik.
2. Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa air Zamzam memiliki keberkatan luar biasa yang tidak dimiliki oleh air lain. Ia adalah air terbaik di muka bumi dari segi kandungan, keberkatan, dan fadhilatnya.
3. Air Zamzam mempunyai kelebihan bergantung kepada niat dan keyakinan orang meminumnya seperti mengenyangkan, menghilangkan dahaga juga menyembuhkan penyakit.
4. Ketika minum Air Zamzam disunatkan berdoa dengan permintaan yang baik seperti ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari penyakit kerana ia waktu yang diberkati.
21hb Zulkaedah 1446H
19hb Mei 2025
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|