|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Episode 79 - Summary
Jasmin berlari masuk kedalam dan meninggalkan Hazel sendirian untuk bercakap dengan Oliver. Hazel suka sekali Oliver telah bersusah payah untuk membuat cookies khas untuk kakak Jasmin nya dan menjemputnya masuk kerumah mereka. Jasmin terkejut bila Oliver dapat masuk dan Hazel membiarkan mereka berdua untuk berbincang tetapi Jasmin mula bersikap sombong. Dia menghalau Oliver dan Oliver terpaksa mengikut kemahuan Jasmin. Namun dia tidak terus pergi, hanya menanti diluar rumah agar dia dapat bercakap dengan Jasmin.
Di dalam rumah pula Jasmin tidak senang duduk kerana Oliver masih belum pergi lagi. Bila Yolanda muncul dia jadi excited melihat cookies yang dibuat oleh Oliver ada diatas meja dan terus memakan nya. Jasmin rasa kempunan juga bila melihat ibu tirinya makan hampir kesemua cookies tersebut. Lepas itu dia hanya memerhatikan satu keping cookie yang tinggal. Jasmin mengenang kembali perangai Oliver semasa mereka masih belajar lagi. Jasmin serba salah, dia masukkan semula cookie itu didalam kotak dan menjengah sekiranya Oliver masih diluar lagi.
Oliver masih menunggu. Dia mendapat akal untuk dapat bercakap dengan Jasmin. Dia mula menelefon. Di dalam rumah, telefon berdering dan Yolanda yang jawab. Yolanda menyerahkan telefon kepada Jasmin dan berkata ada seorang bernama Stephen di talian. Dengan segera Jasmin mendapatkan telefon bila terdengar nama Stephen.
Jasmin: Hello Stephen. How are you?
Oliver: Tengok tu, kalau Stephen bukan main cepat lagi kau jawab telephon...tapi aku lepaskan kau sekarang...
Oliver merayu agar Jasmin memaafkan segala kesilapannya.
Oliver: Kalau aku terpaksa memikat kau semula, aku akan lakukan...because my live will not be complete without you Jasmin..
Jasmin: Just go home.. I don't want to talk to you.. just go home..
dan Jasmin meletakkan telefon. Akhirnya Oliver pergi dengan kesedihan dimatanya dan sementara itu Jasmin mula tersenyum.
Karri kini tiba dirumah keluarga Ynares dan menanyakan Ivan dari Roden. Roden sedang berbual di dalam telefon dan tidak tahu dimana Ivan berada dan bukankah tadi dia dan Ivan berjanji akan berjumpa, tanya Roden semula. Roden meneruskan perbualan tetapi dia terdengar Karri merungut mungkin Ivan pergi berjumpa Nea lagi. Roden terkejut bila mendengar nama Nea disebut oleh Karri.
Ivan baru keluar dari restaurant dan menghantar kawan baik Nea, si Vonnie. Vonnie pula asyik menyatakan terima kasih nya kepada Ivan kerana mengambil berat tentang kawannya. Ivan masuk kedalam kereta dan hampir pergi bila dia ternampak ada orang menjual fishball lalu dihadapan nya. Dia teringat hari bahagia dimana dia dan Nea dapat keluar berjalan, pertama kali dapat menikmati fishball, dan menaikki kereta kuda...jelas Ivan tersenyum mengenangkan kembali.
Jasmin telah membawa Nea untuk melihat persembahan Hazel di bar. Hazel menujukan lagu pada dua orang paling special padanya...kakak Nea dan kakak Jasmin nya. Sambil menyanyi, ketiga-tiga mereka memeluk antara satu sama lain.
Jasmin dan Hazel yang mula sampai ke rumah. Mereka terkejut melihat satu banner besar digantung diluar rumah. Tulisan berbentuk message.."AKU PASTI BERJUANG UNTUK KAU...KAU BERJUANGLAH UNTUK AKU" Jasmin tersenyum kembali dengan perbuatan Oliver itu.
Karri masuk kedalam bilik Ivan dan mula mengeluarkan segala yang terbuku dalam hatinya kerana Ivan tidak memberikan perhatian kepada nya tetapi telah pergi ke restaurant Nea. Ivan menerangkan yang Nea tidak ada disitu jadi dia perlu ambil alih menjaganya sebentar. Karri mengingatkan Ivan bahawa dia adalah seorang President pada sebuah syarikat yang besar dan sepatutnya dia tidak melakukannya. Ivan meminta maag dan cuba bermesra agar kemarahan Karri reda.
Jasmin masih merasa resah dan tidak dapat tidur. Begitu juga dengan Oliver yang asyik memerhatikan cellphone yang berada di tepi katilnya. Cell phone Jasmin berbunyi dan dengan segera dia membaca text message dari Oliver...
message: I just want to wish you good night...and a sound sleep.. and hopefully there'll come a day you will be at my side...supaya aku akan jaga kau semasa kau tidur...
Cell phone Oliver pula yang berbunyi kali ini tetapi dia hampa kerana yang keluar hanya lah text message dari Zsazsa yang dia tidak nanti-nantikan.
Bila Jasmin terjaga dia terkejut mendengar suara orang ketawa di dapur. Suara Oliver dan Hazel sedang berbual dan ketawa. Hazel dan Oliver keluar dari dapur bila mereka terserempak dengan Jasmin. Hazel asyik memuji Oliver depan Jasmin yang Oliver pandai masak. Akhirnya hazel meninggaljkan mereka berdua. Jasmin juga turut mahu pergi tetapi oliver telah menahannya.
Jasmin: Kau tahu apa yang sakit sini, macam aku pulak yang jadi orang jahat kerana menyusahkan kau.
Oliver menolak dakwaan dari Jasmin. Oliver hanya mahu mereka berbaik semula walaupun sebagai seorang kawan. Oliver juga merayu agar Jasmin bekerja semula di kedai buku.
Oiver: Baliklah ke kedai buku yang jadi harapan kau tu..kau tahu kenapa aku buat kedai buku itu? kerana aku tahu itulah yang jadi cita-cita kau..
Jasmin agak terkejut dengan kenyataan Oliver.
Oliver: Walau aku cuba lupakan kau (this time Jasmin sudah mengalirkan air mata) kesemua tindak tanduk ku...kesemua fikiran ku..semua tertumpu pada kau..jadi walau kau membelakangkan aku..janganlah pada harapan kau yang aku cuba sedaya upaya untuk membangunkannya hanya untuk kau...aku akan tunggu Jasmin.
Oliver menanggalkan apron dan terus pergi...Jasmin tinggal sendirian dan justeru itu air matanya terus mengalir... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 80 - Summary
Oliver merayu kepada Jasmin untuk bekerja semula di kedai buku dan dia juga menyatakan kenapa dia mendirikan kedai buku tersebut kerana dia tahu itulah cita-cita Jasmin selama ini. Oliver meneruskan walaupun Jasmin melupakannya tapi janganlah dia lupa pada harapan nya dan dia akan menunggu kehadiran Jasmin. Flashback semasa mereka disekolah, segala usikan sambil Jasmin menangis dan tersenyum.
Yolanda dan Roden pula keluar on a date. Yolanda bukan main lagi bergaya. Dia mula membuka cerita dan mengata bermacam-macam tentang perangai Nea. Yolanda juga berkata Nea menuduh nya mencuri wang hanya kerana dia ada sedikit wang....sudah tentu dia perlukan wang untuk membeli panty. Terkejut Roden mendengarnya. Dengan segera Roden mengeluarkan duit dan memberinya kepada Yolanda. Tanpa segan silu Yolanda menerima pemberian itu sambil berkata "segan betul". Roden pula assured her supaya jangan segan kerana apa yang dia ada anggaplah kepunyaan Yolanda juga. Yolanda bertanya lagi seperti orang yang sudah berkahwin. Roden menjawab masa nya sudah hampir bagi mereka bersama semula. Yolanda tersenyum lebar dan tidak lama selepas itu dia memberikan Roden satu ciuman di pipi.
Zsa zsa singgah ke office Oliver yang ketika itu sedang sibuk bekerja dan memberitahunya bahawa ramai applicants sudah memohon untuk mendapatkan position Jasmin. Oliver mengatakan yang Jasmin akan balik semula dan tidak lama selepas itu, Jasmin pun muncul. Oliver berhenti bekerja dan berdiri serta menegur Jasmin yang datang balik untuk bertugas semula.
Jasmin sedang mengatur sesuatu diatas mejanya dan Oliver asyik terhendap-hendap untuk melihat Jasmin dan akhirnya dia mendekati kekasih hatinya itu. Oliver mengucapkan terima kasih kerana Jasmin sanggup balik bekerja. Jasmin menjawab kerana dia mendengar nasihat kakak Nea nya bahwa sekarang susah nak cari kerja jadi dia perlu menyayangi kerja nya. Ada sesuatu yang Oliver hendak katakan tetapi Stephen muncul tiba-tiba. Dia menghampiri Jasmin dengan segera dan tidak memperdulikan Oliver. Jasmin menawarkan secawan kopi untuk Stephen sebab Oliver menyibuk saja disitu.
Mereka sedang menikmati coffee tetapi Stephen tidak mengalih pandangannya dari Jasmin dan berkata "you're so beautiful"....Oliver terdengar kata-kata itu dan dengan segera memotong perbualan Jasmin dan Stephen agar mereka boleh memulakan meeting.
Zsazsa memanggil Jasmin ke stockroom. Just because mereka berjaya menyain contract dengan Stephen, tak semestinya dia boleh menjadi ratu disitu...sebab itu dia menyuruh Jasmin membersihkan kesemua buku dalam stockroom itu. Oliver sempat memandang kearah Jasmin bila dia terdengar kata-kata Zsazsa.
Oliver pula yang mengemas buku-buku dan bila Zsazsa ternampak dia memarahi Jasmin kerana membiarkan Oliver yang bekerja. Jawab Oliver dia tidak kisah at least padanya dia oleh exercise sekali.
Oliver masih di stockroom sambil duduk dan makan. Jasmin muncul dan menegur Oliver yang sekarang bukan waktu rehat kenapa makan dengan segera. Patutnya orang lain boleh ikut segala rules & regulations of the company....inikan pulak president nya...lalu pergi dari situ. Oliver hanya tersenyum sambil penuh mulutnya dengan makanan.
Jasmin sudah hendak pergi tetapi dihadang oleh Oliver. Dia mahu menghantar Jasmin pulang. Jasmin menerangkan satu perkara, dia balik semula ke kedai buku kerana kata Oliver dia hanya mahu berkawan sahaja. Oliver berkata sudah tentu ok sekali menjadi kawan so kawan boleh menghantar kawan. Tetapi pada Jasmin yang kawan juga boleh menolak. Oliver pula menjawab yang dia masih boss kepada Jasmin dan dia mengarahkan agar Jasmin mengikutnya masa balik supaya mereka mempunyai masa untuk berbincang tentang business. Lagipun dah lama Jasmin tidak datang kerja, lalu Oliver mengambil bag Jasmin dan menyuruh Jasmin mengikut nya ke luar.
Mereka sudah memasuki kereta dan Oliver dengan cara tersendiri bertanya lagi sekiranya Jasmin mahu meningkatkan lagi level of friendship, so bila agaknya. Jasmin seperti biasa geram dan berkata yang dia ingatkan mereka akan berbincang tentang business rupanya Oliver cuba mempermain-mainkan dia. Jasmin mahu pergi tetapi Oliver menghalangnya sekali lagi. Jasmin perlu menjawab soalan nya dahulu dan kata Jasmin which literally means "kakukan diri kau dulu baru aku jawab!!" Oliver pun menurut perintah dan dia membuat kaku.... Jasmin mengambil bagnya dan terus pergi, Oliver masih mengakukan diri....(adoi!!! hahahaha!!)
Nut pula sedang menyaksikan video yang diambilnya semasa Hazel mendendangkan lagu "I Will Be There" di bar...disini dia menangis dan Nut berkata yang dia tiak akan berhenti menyayangi Hazel.
Jasmin datang awal ke kedai buku...dia berjalan-jalan dan lepas itu dia ternampak Oliver yang sedang tidak sedar diri diatas lantai dan bibirnya sudah berbuih. Jasmin menangis dan cuba menyedarkan Oliver sambil merayu yang dia masih menyintai Oliver. Tiba-tiba Oliver pun bangun, dia hanya berlakon. Dia memberitahu Jasmin yang kata-katanya tadi tidak boleh ditarik balik. Jasmin begitu geram sekali sambil menampar, memukul-mukul Oliver dan tidak mahu dipegang oleh Oliver sambil terus menangis. Kenapa Oliver suka membuat seperti itu dan dia tahu yang Jasmin menyayanginya dan Oliver berjanji tidak akan melakukannya lagi...mereka tersenyum dan akhirnya berdakapan... |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin best citer ni. sampai xleh miss...
bestnye oliver dan jasmin dah berbaik semula kan... |
|
|
|
|
|
|
|
tue arr..memang best...yg paling ate suka bila oliver dah kembali kepada perangai lamanye....hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hai anne...michily...salamat sebab masukkan screencap...dgn citer tuk beberapa ep...puas aku nunggu korang masukkan akhirnya dapat gak aku menengok sambungan citer nie...huhuh citer nie makin best arr....
suka sebab oliver dah baik ngan jasmin...
tapi aku sedih sebab ivan baik semula dgn karri...huuh baru je suka nengok ivan dgn nea...tup2 karri kacau daun...hehehe
video takde lagi ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babyface76 at 5-9-2005 05:37 PM
hai anne...michily...salamat sebab masukkan screencap...dgn citer tuk beberapa ep...puas aku nunggu korang masukkan akhirnya dapat gak aku menengok sambungan citer nie...huhuh citer nie makin best ...
Video ada la baby tp aku x sempat pastekan kat sini...last week sibuk renew insurance dgn road tax...:cak: so terlepas dlm 10 video...anyway anne dah minta ada adik tu tolong burnkan utk anne...so episode 62 sampai 70 terpaksa la ko tunggu dulu ek....haaaaaaa lupa lak nak gtau ko yg last week anne dgn hana tgk citer she's on duty kat KLCC..Best giler...lawaks giler...Tp yg lawaknye ada lebih kurang 8 ke 10 org aje yg tonton cerita tu pagi sabtu lepas..akakaka..biasa arr...mana ada org rajin nak bgn pagi2 tgk wayang melainkan diorang tu fansnye...akakaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|