CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Zif.Ahne

Koleksi kisah seram di klinik aku

[Copy link]
Post time 30-3-2025 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
More more more
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian keenam berlaku kepada seorang staf makmal, Abu dari klinik lain yang buat OT di klinik aku. Waktu kejadian sekitar pukul 9 malam. Waktu ini sudah tiada pesakit menunggu di dalam klinik. Hanya menunggu waktu klinik ditutup. Menurut seorang staf klinik, ketika melalui kaunter makmal, dia lihat Abu duduk di meja kaunter sambil tersenyum hingga nampak gigi. Aku pernah bersembang dengan Abu dan aku pasti Abu bukanlah seorang peramah, mukanya selalu serius, susah nak senyum. Jadi, bila dilihat tersenyum, staf tadi tegurlah,

    “Happy betul, sebab nak habis waktu kerja ke?” Tapi Abu masih kaku tersenyum. Staf itu terus beredar. Kelakuan Abu ini turut disedari oleh seorang akak kaunter pendaftaran yang berada bertentangan dengan makmal. Dari pemerhatiannya, agak lama juga Abu duduk tersenyum depan kaunter. Lalu akak tu pergi ke arah makmal, buka pintu dan masuk untuk bertanya khabar.

     Alangkah terkejutnya dia bila melihat Abu sedang terbaring atas lantai belakang pintu. Jarak pintu dengan kaunter ada dalam 6 langkah macam tu. Padahal sewaktu dia berjalan ke arah makmal, masih kelihatan Abu tersenyum di kaunter. Mustahil dia boleh terbaring tiba-tiba atas lantai. Akak tu segera panggil staf lain dan bawa Abu ke bilik kecemasan. Setelah diperiksa, tekanan darah Abu agak tinggi, mungkin menjadi penyebab dia pitam. Namun tetap tidak menjawab persoalan macam mana Abu yang tersenyum, tiba-tiba pengsan jauh dari kaunter itu. Bila aku cuba berbual pasal kejadian ini, Abu selalu mengelak.

*Pihak pengurusan klinik telah mengambil tindakan proaktif - memanggil perawat Islam untuk bersihkan klinik ini secara berkala. Namun kejadian mistik masih berlaku jarang-jarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2025 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Zif.Ahne replied at 29-3-2025 10:41 AM
Kejadian kelima. Minyak kasturi kijang biasanya digunakan untuk tujuan perubatan alternatif kerana b ...

Mana nak beli.minyak ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2025 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-3-2025 10:01 PM
Mana nak beli.minyak ni?

kat mydin ade
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2025 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Zif.Ahne replied at 31-3-2025 03:07 AM
kat mydin ade

Nak try pakai.. tgk org keliling ada bela saka ke dakk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2025 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-3-2025 01:50 PM
Nak try pakai.. tgk org keliling ada bela saka ke dakk..

berani betul..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zif.Ahne replied at 31-3-2025 08:34 PM
berani betul..huhu

Iols buat waktu siang.. ok kott..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Zif.Ahne replied at 30-3-2025 09:28 AM
Kejadian keenam berlaku kepada seorang staf makmal, Abu dari klinik lain yang buat OT di klinik aku. ...

Klinik ko klinik gov kan tt? Buka sampai malam eh ingatkan office hour petang by 5 pm lebih dah tutup?

Selamat hari raya tt, sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2025 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 2-4-2025 05:38 PM
Klinik ko klinik gov kan tt? Buka sampai malam eh ingatkan office hour petang by 5 pm lebih dah tu ...

klinik gov, kalau klinik dekat kawasan ramai penduduk, biasanya ada extended hour sampai malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian Ketujuh juga sewaktu aku OT. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9.20 malam. Aku sudah bersedia untuk pulang, kerana jika ada lagi sampel pesakit, staf kecemasan akan bawa ke hospital berdekatan untuk proses. Namun sangkaan aku meleset apabila telefon makmal berdering.

    “Zif, jangan tutup makmal lagi, ada sampel darah nak kena proses segera, emergency ni,” kata doktor yang bertugas.

    “Ok, darah dah ambil ke?”

    “Tengah nak ambil ni. Jap.”

    Aku menghidupkan kembali mesin analisis darah. Tak lama selepas itu, ada seorang pakcik menghulurkan tabung uji berisi darah dari lubang kaunter. Aku segera jalankan ujian dan serahkan keputusan kepada pakcik itu. Pakcik itu tersenyum seperti ucapkan terima kasih. Aku hanya balas senyuman.

     Krenggg..krengggg..

     Ah, telefon ni lagi.

    “Weh, boleh tutup dah makmal, sampel tadi tak jadi ambil. Pesakit meninggal.”

    “Tadi baru je aku run sampel pesakit, ada berapa orang pesakit kat situ?”

    “Kau membongak apa? Dah, keluar cepat, aku nak kunci bilik kecemasan ni.”

    Tanpa fikir panjang, aku tutup semua suis dan melangkah ke bilik kecemasan kerana pintu utama sudah dikunci. Dalam bilik kecemasan agak kecoh, ada nurse dan MA sedang uruskan pesakit yang baru meninggal di atas katil dan di luar pintu kelihatan saudara-mara pesakit sedang menangis. Muka jenazah belum ditutup ketika itu. Bila aku pandang wajah jenazah itu, memang sebiji sama dengan pakcik yang hantar sampel darah tadi, warna baju pun sama. Aku terkejut besar, tapi tak tunjuk sangat, tak nak mereka pula seram. Aku tak sempat berbual dengan MA tadi kerana mereka bergegas ke hospital.

    Esoknya aku cuba cari balik data keputusan darah pakcik tu namun tiada dalam sistem. Aku berhalusinasi ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2025 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zif.Ahne at 3-4-2025 12:45 PM

selamat hari raya kpd semua pembaca
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Zif.Ahne replied at 3-4-2025 08:58 AM
Kejadian Ketujuh juga sewaktu aku OT. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 9.20 malam. Aku sudah b ...

Alamak misteri. Pakcik tu meninggal sebab apa ko tau tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 3-4-2025 02:11 PM
Alamak misteri. Pakcik tu meninggal sebab apa ko tau tak?

sakit tua, kalau x silap ada mslh jantung dgn sesak nafas, mmg keluarga mangsa dah terlambat dapatkan  rawatan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by borne at 4-4-2025 09:07 PM

Kisah seram aku di hospital.  Pada malam itu aku meracau di rumah saudara lalu aku dibawa dengan ambulans ke sebuah 'hospital'.  Di situ aku dapati di bahagian ujung tilam sebuah katil ada kesan darah.  Di sebuah katil lagi pula ada seorang apek yang kesakitan di leher, seolah2 baru dipancung.  Aku mula syak sesuatu telah dilakukan kepadanya secara ghaib sehingga beliau rasa betul2 sakit di leher dengan mimik muka yang sedang menanggung luka parah yang bukan kepalang.  Tangannya mengoles2 keliling leher tapi pada pandangan mata aku tiada apa bentuk luka pun di situ.  Aku fikir kalau silap hemat mau apek ni mati sebab dia fikir dia dah kena potong kepala.  Sementara aku di situ aku nampak seorang berpakaian ala2 seorang doktor memegang dua batang tiub besar kerana beliau terlupa nak sorok dari pemerhatian aku.  Hatiku terdetik, mak aii berapa banyak darah aku korang nak ambik?  Aku diarahkan baring atas katil.  Aku kaget.  Aku memang nekad tak mau tidur tapi tewas entah kenapa.  Jeng3..

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
borne replied at 3-4-2025 10:52 PM
Kisah seram aku di hospital.  Pada malam itu aku meracau di rumah saudara lalu aku dibawa dengan amb ...

Sambung2 hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2025 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by borne at 9-4-2025 01:27 AM

Aku tidur dengan bermimpi sedang melutut di depan sebuah baldi dan ada seorang manusia lagi di depan baldi lain di sebelah kiriku.  Then just like that I felt the pain of something coming down on my nape, the back of my neck.  It was excruciating pain.  Remember that apek?  I felt the same.

Aku bangun keesokan paginya di sebuah wad yang asing bagi aku, khas untuk perempuan.  Aku bangun menggesel mata tapi lesung mata yang aku gesel itu bukan lesung mata aku.  Terlalu deepset sangat untuk mata aku yang sepet ni.  My soul tersilap cari tuankah?  Then aku boleh sense seorang 'puppetmaster' macam petik jari sort of realized dia terbuat silap & aku pun jatuh "boom" semula ke katil, tidur balik.  Aku bangun kemudian tu, raba2 balik mata aku & betul la kali ni aku bangun dalam badan aku.

Wad ni ada katil dalam 6-7 biji sahaja.  Berhawa dingin.  Tapi jururawat memakai unifom putih seperti hospital gomen.  Aku panik lalu aku lari meluru ke pintu.  Pintu itu tertutup rapat walaupun aku hentam sekuat hati.  Rupa2nya pintu itu pintu otomatik yang hanya boleh dibuka oleh sebuah suis di dalam nurse station.  Aku gelarkan pintu itu pintu ajaib sebelum ini, sebelum aku perasan modus operandi nurse apabila ingin membukanya.  Yang nak keluar tu akan berdiri di depan pintu, nurse lain yang akan menggagau menekan suis tersebut di station, ataupun kaunter la kita sebut ye.  

Aku diberi unifom hijau dan disuruh salin di dalam bilik air.  Bilik air wad perempuan itu ada dalam 3 pintu.  Jamban pun mungkin 3 pintu juga.  Tapi tak semena2 ada sesuatu ataupun 'seseorang' pergi langgar aku dalam tu.  Berdebup aku jatuh.  Ah sudah, dorang ni nak test reflex aku sebab nak jadikan aku superhero ke?  Aku hanya nak keluar saja dari tempat jahanam tu.  Tolong jangan babitkan aku dalam kerja2 remote sensing ni.  Aku memang tak mau jadi barua korang!

Bersambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
borne replied at 4-4-2025 08:54 PM
Aku tidur dengan bermimpi sedang melutut di depan sebuah baldi dan ada seorang manusia lagi di depan ...

panjang cerita ko ni...elok buka thread baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 27-3-2025 11:56 AM
Itu bukan pesakit

Itu penyakit
Pape pun cerita TT best
Dah lama takde yang kongsi cerita best2
Keep it up TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian Kelapan ni boleh aku katakan seram biadap. Berlaku ketika aku OT, dalam pukul 6 petang. Ketika itu perut aku memulas, rasa macam tak sempat lari ke rumah, jadi aku ke tandas klinik.

    Tandas klinik ini tidak begitu besar, cuma ada 4 kubikel berjamban. Aku tahu tandas klinik juga banyak kisah seram yang pernah diceritakan oleh staf dan pesakit seperti pintu tandas terbuka tertutup sendiri, penampakan ‘benda’ mencangkung atas jamban dan sebagainya. Tapi aku tiada pilihan. Ibarat telur dihujung tanduk.

   Aku pilih kubikel paling hujung sebab kubikel ni ada penyangkut seluar yang masih tidak patah. Sedang aku melunaskan kerja, terdengar ada orang masuk ke tandas dan masuk ke kubikel sebelahku. Masa ni aku tak fikir apa-apa yang pelik lagi.

    Proottt…prootttt…pretttt…!

    Wah, bukan main riang lagi kau kentut ye? Bunyi lepasan angin bertalu-talu dari kubikel sebelah cukup kuat, bersambung-sambung. Namun aku kena profesional, mungkin itu pesakit yang ada masalah pencernaan. Ketika itu aku dah selesai dan siap pakai seluar. Bila hendak buka pintu kubikel, bau busuk kentut itu menerjah hidung aku. Pergh, kau makan sampah ke apa? Busuk betul. Pintu dibuka, aku ternampak papan tanda ‘amaran lantai licin’ yang warna kuning boleh lipat tu, ada hadapan pintu aku. Pelik.

    Kubikel tandas ni berhadapan sinki bercermin. Jadi bila aku mengalihkan pandangan ke arah cermin, tentulah akan nampak pantulan ke arah kubikel sebelah kan?
Apa yang aku nampak? Pintu kubikel sebelah ni terbuka dan tiada sesiapa di dalamnya. Seingat aku, masa nak buka pintu tadi, masih kedengaran bunyi kentut bersahutan. Tapi sekarang, tiada sesiapa sebelah, 2 kubikel lagi turut kosong. Sah, aku kena ganggu ni.

    Ketika ingin melangkah keluar tandas, aku perasan rupanya setiap kubikel itu ada papan tanda sama diletakkan depan pintu. Tadi masa masuk, tiada pula papan tanda ni. Ada cleaner buat OT juga ke? Mustahil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Zif.Ahne replied at 5-4-2025 01:55 PM
Kejadian Kelapan ni boleh aku katakan seram biadap. Berlaku ketika aku OT, dalam pukul 6 petang. Ket ...

Dan takda nampak macam toilet dibersihkan atau akan dibersihkan? Tapi motif papan tanda kuning tu bersusun depan toilet?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.069230 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list