ni saya ambik dr komen org antar forum kat utusan malaysia 27 sept 2006
Peminat Faizal hampa 20 undian SMS dihantar terkandas
KESERONOKAN mengikuti program One In a Million (OIAM) baru-baru ini berakhir dengan kekecewaan apabila gadis bernama Suki memenangi hadiah wang RM1juta.
Saya kecewa kerana Faizal yang saya minati gagal memenangi pertandingan itu sedangkan jelas beliaulah yang layak bergelar OIAM. Saya memberikan Faizal 20 undian SMS pada malam itu.
Keesokannya saya menerima SMS pemberitahuan daripada 32728 yang berbunyi Sorry, your request has not been successful. Please try again later. Bukan untuk 1 undian, tapi 20 undian!
Saya percaya ramai lagi peminat Faizal yang menerima nasib ini. Tidak adil jika kegagalan sistem SMS 8TV menjadi punca kegagalan anak muda itu. Mungkin juga ada undian daripada peminat Suki dan Alif turut terkandas.
Saya tidak lagi berminat untuk mengundi sebarang pertandingan realiti kelolaan 8TV selepas ini.
Adalah lebih baik jika 8TV memikirkan sistem pengadilan yang lain, seperti 50% juri dan 50% SMS.
Dulu pun Daniel menang pertandingan ini, sedangkan jelas dia tidak layak berbanding Nita. Nasib baik Jac dulu berjaya menjadi juara kerana ketika itu peminat masih mentah dengan rancangan realiti TV dan mereka mengundi mengikut bakat yang ada. Kini tidak lagi.
? PEMINAT KECEWA,
Kuantan,
Pahang.
----------tu la, dah byk dah kebelakangan nih kita dgr perkara cam nih.....so, 8tv should take action to this problem |