CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ice_Q

[Hoyehh!! Kahwin] - All about Wedding Albums, Photography and Videography

[Copy link]
Post time 25-8-2009 07:41 AM | Show all posts
Thank you dear..!


Welcome...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2009 09:14 AM | Show all posts
359# rienafaiz

riena, tedroz tu bape harga pakej dia ye?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 10:07 AM | Show all posts
biler nk bukak balik thread baju pengantin / pelamin dgn andaman... maya suka cuci2 mata kat situ... kalo masuk thread barangan kecantikan, handbag, kasut etc .. tergoda susah nk kena beli plak.. tergoda baju and solekan pengantin bukan bole terus2 nk kawen... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 10:47 AM | Show all posts
363# miss_maya

ha'ah kan... nape kene lock ek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 11:13 AM | Show all posts
any recommended videographer x?yg harga agak berbaloi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 01:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ice_Q at 26-8-2009 13:57

Cuba korang tolong tengok. Website di bawah ni packagenya berpatutan. Tapi gambar takla cun macam pro..betul tak?

Kebanyakkannya ice tak berkenan tengok their photobook design, tapi yang tu kita boleh request ikut kehendak kita la kan.

So boleh tak korang tolong tengok mana satu yang gambar or teknik dia paling ok?

Website: http://jaiphotography.fotopages.com
or
Website: http://dahlia-images.blogspot.com
or
Website: http://www.mediakretif.com
or
Website: http://www.bobot-studio.com
or
Website http://www.chenta-photo.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2009 02:14 PM | Show all posts
364# nana82
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 03:01 PM | Show all posts
ice
yang bobot & chenta tu, ayu nampak gambar dia ambik ok la.. lagi pun dia buat promosi tu kan.. bagi ayu murah beno. yang lain tu ayu tak dapat nak tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2009 03:03 PM | Show all posts
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda
Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin


Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti
memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis
hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional
akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh
mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu
lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah
anda belanjakan?

Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik
berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak
maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang
bakal anda perolehi. Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan
pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama.
Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan
kepada seluruh proses selepas ini.

Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik
pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda
yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah
tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda
sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.

Sepanjang pengalaman saya sebagai jurugambar perkahwinan, saya
mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak
akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa
faktor penting yang lain.
Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang
dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan
kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?

Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang
masa yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang
mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah
yang besar. Lebih baik lagi jika anda boleh melantik seorang
pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. Maklumkan dengan
terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. Dengan
ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis anda akan
dapat dirakam dengan sempurna.

Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis
perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada
orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada
majlis perkahwinan anda, iaitu - bergembira!

Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas
pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar
sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula.
Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan
kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa
turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, "tetamu kehormat
sedang menunggu" atau "lepas bersanding nanti kita bergambar".
Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, saya akan
menjelaskan, "harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana
anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan
jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan
kelihatan letih dan sudah hilang seri." Sayang sekali jika saat
penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar
hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.

Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda
boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit
latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk
senyum. Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan
lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan
ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar
nanti. Anda juga perlu berlatih untuk 'posing'. Rujuk majalah untuk
mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah
menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.

Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil
masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini
termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan
sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin
kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda
disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikan kerana ianya akan
memberi kesan kepada kualiti gambar anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 03:12 PM | Show all posts
ice
yang bobot & chenta tu, ayu nampak gambar dia ambik ok la.. lagi pun dia buat promosi tu kan.. bagi ayu murah beno. yang lain tu ayu tak dapat nak tengok.
dahayu Post at 26-8-2009 15:01


Ayu..thank you..

package derang memang berpatutan (and banyak benda included dalam package tu).

Sebenarnya first choice ice ialah yg jaiphoto tu. Ni alternative web dia: www.flickr.com/photos/photoxtreme

Do you think he is better than bobot and chenta?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 03:22 PM | Show all posts
366# Ice_Q

ice, nana amik anyevent-photography untuk sanding.
untuk nikah, still mencarik lg
anyevent-photography ni nana tgk time album dia time pameran pengantin kat midvalley hr tu.
gmbr mmg lawa2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 03:26 PM | Show all posts
Nana, ice dah mintak quote dari anyevent. Memang photo dia sangat lawa..Cuma harganya melepasi budget. (budget sikit..kehendak banyak)..so bila total up benda-benda yg ice nak tu jadi overbajet..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 03:28 PM | Show all posts
370# Ice_Q

ice, dahlia ok gak rasanye.
nana lg suke dahlia kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 03:31 PM | Show all posts
Thank you nana for your vote
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 03:35 PM | Show all posts
Ayu..thank you..

package derang memang berpatutan (and banyak benda included dalam package tu).

Sebenarnya first choice ice ialah yg jaiphoto tu. Ni alternative web dia: www.flickr.com/photo ...
Ice_Q Post at 26-8-2009 15:12


tengok dahlia pun lawo.. hehehe... tapi harga ayu tak tau plak berapa...
flick ayu tak boleh buka la.. sayang ayu tak leh tengok...
ayu pilih chenta ice....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 03:37 PM | Show all posts
Ayu,

Dahlia harga sama cam yang lain (pakej yg ice sedang tengok ni).

Tapi dia takde kasi free outdoor and takde extra sticky album ke..or good freebies.

Chenta pun cantik juga kan..ishh..rambang mata den..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2009 03:39 PM | Show all posts
374# Ice_Q

ice, tq gak coz bg link. nana dah mintak quotation tuk nikah.
3 event rm2500. ok tu ice
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 03:41 PM | Show all posts
Ayu,

Dahlia harga sama cam yang lain (pakej yg ice sedang tengok ni).

Tapi dia takde kasi free outdoor and takde extra sticky album ke..or good freebies.

Chenta pun cantik juga kan..ishh..ram ...
Ice_Q Post at 26-8-2009 15:37


emmmmm ice try tanya tengok, tapi kalau kena tambah harga ayu rasa oce pilih chenta tu la.. lagi pun chenta tu harga dia berpatutan bagi ayu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 03:53 PM | Show all posts
378# dahayu

yup2... lawa gak chenta tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2009 03:54 PM | Show all posts
374# Ice_Q

ice, tq gak coz bg link. nana dah mintak quotation tuk nikah.
3 event rm2500. ok tu ice
nana82 Post at 26-8-2009 15:39


Sama-sama..yg anyevent tu dah total up, nana kena how much?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.152950 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list