CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2501|Reply: 59

[Tempatan] Rugi RM1 bilion! Siapa nak ganti? Bantuan RM5,000 Tak Cukup, Saran Pampasan 100 Peratus

[Copy link]
Post time 7-4-2025 08:37 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Anggaran kerugian akibat insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang dekat sini, Selasa lalu mampu mencecah lebih RM1 bilion, sekali gus mencetuskan persoalan besar siapa yang akan menanggung pampasan kepada lebih 250 pemilik kediaman yang terjejas.


Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Emeritus Barjoyai Bardai berkata, jumlah itu merangkumi kerosakan fizikal kediaman, kemusnahan kenderaan dan pelbagai barangan rumah termasuk barangan elektrik, selain penurunan nilai hartanah secara menyeluruh di kawasan terjejas.


Katanya, setiap kediaman yang dibeli pada harga sekitar RM500,000 ke RM1 juta mungkin menanggung kerugian berlipat ganda apabila mengambil kira kerosakan kenderaan, perabot, peralatan rumah dan pembaikan struktur.


"Infrastruktur seperti pendawaian dan sistem paip juga dianggap tidak lagi boleh digunakan kerana menerima tekanan haba tinggi melebihi 1,000 darjah Celsius.


"Kos pembinaan semula infrastruktur, termasuk sistem paip dan saliran, turut menyumbang kepada angka kerugian yang besar.


"Malah, kemungkinan besar keseluruhan kawasan perlu dikosongkan dan dibina semula bagi memastikan keselamatan jangka panjang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.




Katanya, kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan segera RM5,000 kepada setiap keluarga terjejas, namun jumlah itu tidak mencukupi kerana anggaran kerugian minimum setiap keluarga mencecah RM100,000.


Menurut Barjoyai, kejadian itu bukan kemalangan atau bencana biasa, sebaliknya berpunca daripada risiko berkaitan infrastruktur perniagaan dan wajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab.


"Ia perlu satu siasatan menyeluruh. Sekiranya terbukti berpunca daripada kelalaian pihak tertentu maka hampir keseluruhan kos mungkin perlu ditanggung pihak berkenaan.


"Persoalannya kini, berapakah jumlah pampasan diperuntukkan dan siapa yang akan menanggungnya kerajaan atau syarikat?" katanya.




Beliau turut menyarankan pampasan diberikan 100 peratus daripada nilai hartanah, memandangkan insiden ini bukan bencana alam seperti banjir atau kebakaran biasa, sebaliknya berpunca daripada faktor teknikal dan pengurusan risiko perniagaan.


Tambahnya lagi, insiden berkenaan membuka lembaran baharu terhadap aspek ketelusan dan ketelitian sistem pemantauan projek mega seperti pemasangan paip gas sepanjang 1,400 kilometer (km) yang dilaksanakan.


"Sepatutnya ada kawasan penampan (buffer zone) yang tertutup dan tidak boleh diakses oleh awam. Namun, kita lihat lokasi ini seolah-olah terbuka dan mudah dicapai oleh mesin serta manusia.


"Perlu ada sistem pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan paip dan komuniti sekitar untuk jangka panjang," katanya.


Beliau berkata, insiden kali ini bernasib baik kerana berjaya dikawal dalam masa lebih tujuh jam, tapi ia juga mendedahkan kelemahan potensi risiko dalam kawasan penempatan moden negara.


Selain itu, beliau turut memuji kecekapan pasukan bomba dan penyelamat dalam mengawal situasi, namun menekankan perlunya pelan risiko yang lebih ketat bagi projek membabitkan bahan mudah terbakar seperti gas, petroleum dan elektrik. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 10:12 AM | Show all posts
itu la gunanya insurance ngok..
kau patut tekan company insurance untuk bayar pampasan..
bukannya tekan gomen untuk cover semua kerugian..
area piping tu siap pagar ada warning segala..
siapa yang ceroboh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayar RM200 setahun, mintak pampasan 1 biliyon ringgek, memang sampai yaumul akhiroh pihak insurans takkan cover.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:21 AM | Show all posts
tp masa beli naper tak check dulu kawasan sekeliling?

then if dah tahu menatang tu ada kat situ but you still proceed utk beli rumah kat situ despite the consequences then partially your fault also kan?

bukan tak sympathize, tp tu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 11:15 AM | Show all posts
gomen ler kena bayo pampasan RM1 billion ni

dulu tahun 2021

Abahcow PM parti (Pee End = Umngok 2.0) selamber jer hapus 80% utang penerockerzs yg jumlah RM8 billion tu

Abahcow nak popular di kalangan penerockerzs  

tak memasal tahun 2023 PM DSAI gomen MADANI kena bayar

utang yg hapus tu jadi utang negara

terpakse plak 30 juta rekyat Mesia kena tanggung utang penerockerzs tu  

amacam pensokong Pee End (Umngok 2.0)

bagus tak Abahcow
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 11:30 AM | Show all posts
Saya tengok di YouTube ada satu tempat laluan paip gas di gombak ada satu signboard bertulis dilarang membuang sampah dan membakar, tetapi di atas laluan paip gas itulah tempat orang membuang sampar dan membakar sampah. Mungkin  sekarang mereka yang tidak bertanggung jawab itu merasa takut, takut kejadian yang sama akan berlaku kepada mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2025 12:12 PM | Show all posts
Kenapa asik highlight rumah2 kat Putra Heights tu aje? Yg rumah2 kampung tu tak terjejas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 7-4-2025 04:12 AM
Kenapa asik highlight rumah2 kat Putra Heights tu aje? Yg rumah2 kampung tu tak terjejas ke?

Lokasi kejadian di Putra heights. Kan klu mentioned puchong orang tak tahu plak kes mana.

All include sekali la tu bila mentioned kes Putra Heights
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dah start saling menuding...
owner blh claimed insurans ke kalau camni??
yg buat rumah sendiri/umah habis byr kalau tak add on insurans tu jenuh laa termenung saje. ada insurans pun blm tentu dpt yg sepatutnya, takde lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 7-4-2025 11:30 AM
Saya tengok di YouTube ada satu tempat laluan paip gas di gombak ada satu signboard bertulis dilaran ...

Selagi tak terjadi kpd deme, deme takkan rasa tatut
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 01:37 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 7-4-2025 11:15 AM
gomen ler kena bayo pampasan RM1 billion ni

dulu tahun 2021

bagus lahtime abah korang kita takyah keje duk rumah membongkang buat tiktok kesana kesini techno remix
duit kerajaan mencurah trun dri langit... heavennya mcm duduk dlm negara kebajikan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 03:13 PM | Show all posts
The Peninsular Gas Utilization (PGU) is the longest pipeline in Malaysia. The 2,623 km (1,630 mi) pipeline transports sales gas to power sectors, petrochemical plants, and industries across Peninsular Malaysia, including exports to Singapore, with four entry points: Kertih, Pengerang, Sungai Udang, and Thailand. It is owned and operated by Petronas Gas Berhad on behalf of its holding company Petronas.
Phase II: West and South Peninsular Malaysia
Phase II, completed in 1992, extended the pipeline to the western and southern parts of Peninsular Malaysia as well as Singapore. Under this phase, three more GPPs were built. The construction of this phase originally began in July 1988.

Siapa hadir dulu di situ, gas pipeline ka Putra Heights?

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pipeline gas ni patut lalu hutan dan sawit jah apa brg lalu kawasan penempatan dekat 30-50meter, patut 100meter, atau developer/majlis tamak buat perumahan dekat kawasan berisiko
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pampasan 100% x mungkin dpt
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bina di kawasan tu, dari psikologi diambil kira tak?

Trauma mangsa mangsa tu macam mana...mana suara doktor²?

Semua benda kena diambilkira
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 7-4-2025 03:23 PM
Pipeline gas ni patut lalu hutan dan sawit jah apa brg lalu kawasan penempatan dekat 30-50meter, pat ...

Iols rasa sepatutnya lalu lautan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 03:48 PM | Show all posts
mcm2 bala lah kau bawak sial
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 05:17 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 7-4-2025 05:20 PM
pengecatbintang replied at 7-4-2025 11:15 AM
gomen ler kena bayo pampasan RM1 billion ni

dulu tahun 2021

Secara logiknya, pihak yang bayar pampasan adalah pihak yang ada duit. Kalau pihak tu tak de duit yang banyak, macam mana pihak tu boleh tanggung pampasan yang besar?

Kita tengok mana pihak yang ada duit yang banyak:

1) Government - Guna duit tax atau guna duit loan untuk bayar pampasan
2) Petronas - Government suruh Petronas yang absorb

Kontraktor yang gali lubang dan developer yang bina rumah kedai most likely tak boleh tanggung kerugian. Mereka hanya syarikat kecil. The most pun ... syarikat ini akan file for bankruptcy.

Tapi bila syarikat file for bankruptcy, masalah pampasan masih tak boleh diselesaikan. Jadi nak tak nak ... pihak yang berduit perlu pikul tanggungjawab untuk bayar pampasan.

+ + +

Preventive Measure

Bila dikaji dengan teliti ... pihak yang ada kesalahan paling besar adalah Petronas. Macam profesor ni cakap: "Kenapa kawalan keselamatan Petronas tidak ketat?"

Kalau paip gas melalui kawasan tidak ada manusia seperti gurun, logik la kalau pipeline itu tidak ada tembok / pagar berduri / sensor system.

Tapi apabila paip gas dibina disekeliling manusia, dan kawasan paip gas itu dibiarkan berada dalam keadaan terbuka, hanya dipacakkan papan tanda paip gas ... apa yang Petronas expect?

Petronas expect 30 juta rakyat Malaysia tahu bahawa di kawasan itu ada paip gas yang boleh terbakar pada suhu 1000 degree Celcius? Petronas expect 30 juta rakyat Malaysia tahu bahawa paip gas itu boleh menyebabkan kebakaran yang mencairkan kereta?

Kalau betul 30 juta rakyat Malaysia tahu tentang risiko di atas ... tidak ada walau seorang rakyat Malaysia yang sanggup duduk di laluan api itu.

Contoh terbaik, bakar diri sendiri. Kenapa sebahagian besar manusia tidak sanggup bakar diri sendiri? Sebab kita tahu apa risiko apabila kita bakar diri sendiri.

Di Malaysia, Petronas yang ada kepakaran dalam bidang gas termasuklah risiko letupan. Petronas yang perlu fight dalam isu keselamatan in the first place - termasuklah fight dengan developer, PBT, and state government.

Kalau mereka degil juga, dapatkan written consent. Jika berlaku letupan, suruh mereka yang bertanggungjawab because Petronas has done their part.

In the first place, ada tak Petronas memainkan peranan seperti di atas? Atau, Petronas membutakan mata melihat projek dibina berdekatan laluan api ini?

Atau, Petronas langsung tak ambil port pun apa yang berlaku sepanjang laluan api ini? Termasuklah projek pembangunan atau illegal encroachment.

Adakah Petronas take things for granted? Sebab Malaysia tak pernah berlaku letupan besar? Sebab belum ada 50 atau 100 orang awam yang mati kerana letupan daripada projek oil and gas?

Sebelum ni, memang sudah berlaku letupan dan kebakaran melibatkan facility Petronas. In fact, paip gas di Borneo pun pernah meletup. Tapi ia bukan di kawasan high density. So tak jadi isu nasional.

Kes lain pula melibatkan kilang Petronas. Contohnya, di Pengerang. Tapi kalau kilang Petronas yang terbakar, walau berlaku kematian sekali pun, people tak ambil port sangat. Sebab dah memang tahu kilang oil and gas berisiko tinggi.

Sekarang, isu ni jadi isu besar kerana malapetaka letupan gas berlaku di kawasan umum dengan kepadatan yang tinggi dan economic activities yang tinggi.

Cuma dalam kes ni, Petronas masih boleh feel a bit relief kerana malapetaka letupan gas ni tidak melibatkan kematian.

Kalau letupan ini berlaku pukul 2 pagi ketika keesokan harinya orang dewasa akan ke pejabat dan kanak-kanak ke sekolah:

1) Sebahagian besar rumah mempunyai penghuni
2) Mangsa sedang tidur lena
3) Rumah dan neighborhood berada dalam keadaan gelap
4) Mangsa berada dalam keadaan blur sebab mamai bangun tidur
5) Grill dan pintu berkunci kerana waktu malam
6) Grill dan pintu berada dalam keadaan panas sebab absorb bahang api
7) Mangsa tidak pasti ke arah mana nak selamatkan diri sebab gelap
8) Bomba pun susah nak selamatkan mangsa sebab gelap dan jumlah yang terlibat adalah ratusan / ribuan orang

Bertimpa-timpa masalah Petronas lately:

1) Bermula dengan masalah Petros
2) Harga minyak berada dalam fasa decline dan dijangkakan harga minyak terus menurun
3) Cabaran exploration semakin tinggi lalu profit margin semakin menipis
4) Masalah terbaru: Letupan gas yang melibatkan harta benda awam yang bernilai ratusan juta ringgit dan gangguan operasi untuk client Petronas yang terdiri daripada businesses yang bergantung kepada paip gas ini
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 7-4-2025 11:15 AM
gomen ler kena bayo pampasan RM1 billion ni

dulu tahun 2021

Mahiadin setan! Cepat la kojol!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 7-4-2025 03:23 PM
Pipeline gas ni patut lalu hutan dan sawit jah apa brg lalu kawasan penempatan dekat 30-50meter, pat ...

Asalnya mmg kawasan hutan dan estet pon...early 90 dah ada laluan pipe gas semenanjung...

Dah pemaju tamak tukar status tanah nk buat kawasan residen..PTG negeri pon terlibat sama...

Pembeli jadi mangsa..mmg nasib laaa...



Kat Melaka pernah jadi kes ni...pemaju nk beli tanah sekitar Depoh Pusat Peluru di Melaka..last2 pihak kem tunjuk impak letupan depoh peluru negara luar sebagai contoh...pemaju terus cancel nk buat pembinaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-4-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062169 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list