|
sedih jac tak menang
tp ok lah Hady menang dari Mike n Mau yg muka overkonfiden tu
Fazura mesti bangga ex dia Asian Idol.....ihikks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #357 kEk_KeL@d|'s post
aku pun suka tgk Phong Vy
masa last tu dia lentok kepala dia kat Hady...so sweet |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Incanto at 17-12-2007 10:55 AM 
aku pun suka tgk Phong Vy
masa last tu dia lentok kepala dia kat Hady...so sweet
lawa phong vy ni senyum..tp aku xbapa suka sore dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa ada lagu Vietnam yg Phuong Vy tu nyanyi?? sedap plak dgr....  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Incanto at 17-12-2007 10:55 AM 
aku pun suka tgk Phong Vy
masa last tu dia lentok kepala dia kat Hady...so sweet
kannnnnnnnnn..............
so sweet, phong vy pun senyum jek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #367 yujin's post
ko ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #371 kumang's post
rilek la bro, emo sgt ni nape?
mcm jeles lak phong vy tu lentok kat hady
menang kalah adat pertandingan.
terima je lah dgn hati terbuka.
buat sakit otak je ko nak marah lebih2.
lain la klu ko pulun vote tapi tak menang gak.
ko vote tak?
aku tak de, so aku redho |
|
|
|
|
|
|
|
Apa khabar semua.
Terimakasih kepada semua yang mengundi Hady (secara rela atau terpaksa). Ramai peminat-peminatnya pun tidak menyangka dia akan menang walaupun itulah doa dan harapan kami. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat kami melihat Hady menjunjung piala.
Kepada yang bertanya mengapa Taufik tidak mewakili Singapura di Asian Idol, sebabnya ialah kerana beliau sibuk dengan promosi album Melayunya di Malaysia. Hady dan Taufik dari syarikat pengurusan yang sama. Taufik sudah agak popular di Singapura dan Malaysia. Memandangkan kesibukannya dan juga kerana ingin Hady mendapat pendedahan di negara lain, maka pengurus mereka menghantar Hady ke Jakarta. Amat bijak juga pengurus mereka dalam memilih lagu. Berserah dicipta dan ditulis liriknya oleh Taufik sendiri. Jadi tak secara langsung, tenaga dua idola Singapura dirumpun di atas pentas Asian Idol.
Ya, benar, kalah menang adat pertandingan. Janganlah bersifat menghina bila membuat ulasan. Kita harus sedar, kemenangan Hady adalah rezekinya dari Tuhan. Jangan pertikaikan lagi. Dan tidak semua orang Singapura yang kaya raya. Dari pembacaan saya di forum-forum Indonesia dan Malaysia, ramai juga yang mengundi Hady kerana mereka rasa Hady layak menang. Tidak benar juga jika dikatakan dia menang kerana ketampanannya, kerana semua peserta mempunyai raut wajah dan personaliti selain vocal yang menarik.
Mungkin kelebihan Hady ialah dari segi kelainan musik yang dibawanya. Dia tidak takut untuk lari dari "his comfort zone" dalam persembahannya. Banyak perkara yang boleh dibentangkan tapi bak kata pepatah, "rumah sudah siap kenapa pahat masih berbunyi?"
Kepada yang tidak berminat dengan Hady, redha sajalah, sebab sudah rezekinya disitu. Kepada yang minat, teruskanlah sokongan anda! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #376 MakAndak's post
mak andak,
abaikan je la post budak2 ni.
org tengah marah cam tu la jadinya.
aku suka jek dgn hady tu w/pun aku sokong jac.
suka sgt masa diorg wat duet.
klu diorg wat lagu baru duet kan best tp nak lagu jenis yg mcm mlm tadi la |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..aku ingatkan Jac leh menang..
mmg tak sangka plak Hady yg menang..
Juri2x pun bila ditanya, tak ada sorang pun sebut nama Hadi..
tgk2x, Hady yg menang...
tulah..kalau guna vote ni, mmg result dia unsangkarable punya lah...
Mike ngan Mau tu msti ingat depa dh nk menang dah kan??
especially Mike sebab dia kan Indo Idol...
msti dia ingat org Indon semua vote dia..
hehehehe....
tp nk wat cam mana..
dh rezki hady..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|