a) pie omelette
b)
c) resepi Cheese & Mushroom Omelette
Bahan-Bahan:
8 biji telur ayam bersaiz besar
1 sudu besar susu cair atau krim
½ sudu kecil lada sulah
½ cawan cendawan butang (dihiris nipis)
½ cawan keju parut
½ cawan udang (buang kulit)
1 sudu besar kucai dihiris halus
3 ulas bawang merah kecil diracik halus
3 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
Cara:
Panaskansatu sudu besar mentega didalam kuali. Masukkan cendawan dan udang.Masak selama 2 minit. Angkat. Pukul telur bersama lada sulah, susu cairdan garam (perlu diingat keju agak masin, jadi kurangkan sedikitgaram). Panaskan 2 sudu besar mentega dalam kuali (api sederhana).Masukkan telur yang dipukul. Biarkan tanpa dikacau selama 1 minit.Taburkan keju parut, kemudian campuran cendawan, udang dan kucai.Biarkan sehingga masak (lebih kurang 2 atau 3 minit lagi).