CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

MYSTARZ LG

[Copy link]
Post time 3-9-2007 12:24 AM | Show all posts
cite nih dh abeh ke lom?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 08:19 AM | Show all posts

Reply #241 irie^nad's post

blom. next wk finale.
smlm nyanyi biasa2 je.

aku suka la dgr sore afif tu tp sayang tak de rezeki dia.
sore besar mcm shawalgak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:31 PM | Show all posts
tashya tu tak pandai nyanyi pun. Rubisa kalau buat betoi boleh jadi juara tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 04:02 PM | Show all posts

Reply #242 renee's post

aku stuju ngan ko..
aku klu diberi pilihan aku nk dia juara...
dia ni byk dh cuba nasib rancangan realiti ni tp smua xlps..
mystarz ni je dia dpt masuk..AF xlepas coz dh kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 07:45 PM | Show all posts
aku suke suare RUBISA...
aku nk  

5th - IJAM
4TH - TASYA
3RD - RACHEL

naib juara n juara....
xkisah...yg penting anatar RUBISA/BADRI...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 09:06 AM | Show all posts
bg aku...tasya la suara plaing x sedap...camner bleh lepas masuk MYstrz nie?? sbb dier ader kelainan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2007 09:33 AM | Show all posts
Lima finalis MyStarz berentap rebut RM100,000!
03-09-2007 11:58:34 AM
oleh WAHIDA ASRANI  


SETELAH hampir 13 minggu 'pencarian' bakat MyStarz LG berlangsung, kini program terbitan TV3 itu akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada lima finalis akhir ini iaitu Rubisa Tiasin@Mimie, Badri Ibrahim, Rachel Wesley, Khairul Hizam Kaha dan Hamiza Tasyha Bashir akan dinobatkan sebagai juara pada peringkat akhir program itu yang akan berlangsung pada hari Ahad, 9 September di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bukan sahaja berjaya merangkul gelaran juara, tetapi pemenangnya juga bakal membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD berukuran 42" (kedua-dua tajaan LG) dan rakaman album dengan label antarabangsa.

Rubisa, Badri, Rachel, Ijam dan Tasyha berjaya mara ke peringkat akhir MyStarz LG, menewaskan tujuh peserta lain iaitu Shaza Marina Azmi, Russel Curtis, Ahmad Aliff Afif Tirmizie, Mimie Aishah, Andy Adrian J, Awang Jasmin Jaimin dan Mohd Emeer Iskandar.

Badri, Ijam dan Tasyha terpilih berdasarkan markah persembahan masing-masing yang ditentukan oleh undian SMS sebanyak 40 peratus manakala selebihnya daripada penilaian juri pada konsert mingguan.

Rachel dan Rubisa pula terpilih menerusi pusingan wildcard di mana semua peserta yang telah tersingkir diberi peluang bertanding sekali lagi untuk merebut dua tempat ke peringkat akhir.

"Semua finalis yang akan berentap pada peringkat akhir nanti memang mempunyai kekuatan tersendiri dan kita tidak nafikan, mereka ini memang layak sampai ke peringkat tersebut jika dilihat daripada bakat masing-masing.

"Pada final nanti, kita akan cuba tampilkan sedikit kelainan berbanding apa yang disaksikan pada konsert mingguan. Setiap finalis ini nanti akan mempersembahkan dua buah lagu di mana salah sebuah lagu itu nanti mereka akan berduet dengan penyanyi jemputan.

"Kita juga masih mengekalkan format pemarkahan dan undian seperti biasa dan pada malam itu nanti, empat orang juri akan menilai persembahan setiap finalis. Setakat ini, dua juri yang kita sudah confirm ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Patrick Teoh," ujar Pengurus Produksi Hiburan, Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Fadzliniza Zakaria.

Peringkat akhir MyStarz LG nanti akan disiarkan secara langsung di TV3 pada jam 6 hingga 7.30 petang. Tiket-tiket percuma juga boleh didapati di wakil LG di Plaza Low Yat, Sungei Wang, Bukit Bintang Plaza dan Sunway Lagoon.

Bagi memudahkan penonton untuk menyaksikan sendiri konsert akhir tersebut di PICC, perkhidmatan shuttle bus disediakan sebanyak enam buah yang akan melalui laluan Precint 8, 9, 10, 11, 16 dan Putrajaya Central (ERL) ke PICC.

Bas-bas tersebut akan mula beroperasi pada jam 4 petang pada hari tersebut.

Dalam pada itu, malam tadi lima finalis MyStarz LG telah menjayakan showcase khas bagi mempamerkan persembahan mereka buat kali terakhir sebelum ke konsert akhir nanti.

Persembahan berkonsepkan 'santai' itu menampilkan sedikit kelainan di mana lima finalis tersebut berduet dengan rakan mereka lain yang telah tersingkir dan persembahan mereka tidak dinilai oleh juri profesional.

Tasyha memulakan persembahan dengan berduet bersama Russell menerusi lagu Come Together dan Help, diikuti dengan Rachel yang muncul membawakan lagu Di Bawah Pohon Asmara bersama Mimi.

Persembahan diteruskan dengan Rubisa yang berduet bersama Nina menyampaikan lagu Keliru. Ijam pula mengambil alih pentas dengan gaya tersendiri melalui lagu Salsabila bergandingan dengan Afif.

Showcase malam tadi diakhiri dengan persembahan oleh Badri bersama-sama dengan Awang dan Andy menerusi lagu Sedang Ingin Bercinta.
  
Ijam juga turut membawa pulang DVD Micro Chocolate Audio kerana berjaya memenangi cabaran menulis lagu yang dianjurkan baru-baru ini.

MyStarz LG membariskan komposer Farihin Abdul Fattah sebagai pengetua dan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Selain diberikan pendedahan latihan sebagai penyanyi, mereka turut terlibat dalam program kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Peserta juga akan diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta diberi pengetahuan menjaga penampilan diri (grooming) dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.

Selama 13 minggu juga, semua finalis akan mengikuti pembelajaran muzik di 'LG House' yang disampaikan sekumpulan pemuzik.

Mereka bagaimanapun tidak 'terkurung' di lokasi itu sahaja dan dikehendaki mengikuti modul pembelajaran yang telah disediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan selepas sesi belajar.

Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel sementara penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaian ialah Rizman Ruzaini, ADIDAS (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.

LG juga menaja pelbagai alat elektrik keluarannya dan telefon bimbit model terbaru LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.

Komen finalis:


Badri:

"Setakat ini, saya memang sedang giat buat persediaan. Latihan memang kena buat dua kali ganda berbanding biasa. Pada konsert akhir nanti saya akan bawakan lagu Perpisahan dan medley lagu-lagu Datuk M.Daud Kilau, mungkin juga Datuk sendiri akan jadi artis jemputan untuk lagu tersebut."

Rubisa:

"Tentang persediaan, saya pasti semua peserta juga sedang buat latihan rapi untuk buat yang terbaik pada konsert akhir nanti. Saya akan bawakan lagu berentak jazz nanti dan buat masa ini saya sedang fokus pada sususan muziknya."

Ijam:

"Terus-terang, saya sendiri tidak berapa pasti di mana kekuatan saya sehingga dapat mara ke peringkat akhir. Tapi, mungkin juga terletak pada suara 'husky' saya. Malam itu nanti saya akan bawakan lagu Jangan Ada Benci dan Khayalan. Kemungkinan salah satu lagu itu nanti akan saksikan saya berduet dengan Elyana."

Tasyha:

"Saya akui, untuk sampai ke tahap top 5 ni memang seksa. Sebenarnya masuk ke top 12 pun memang sudah cukup baik. Setakat ini, saya sedang berlatih untuk dua buah lagu yang akan saya bawakan iaitu Mentera Semerah Padi dan Harder To Breathe. Kalau tiada masalah, mungkin Gerhana Ska Cinta akan jadi artis jemputan untuk salah satu lagu itu nanti.

Rachel:

"Saya memang ada juga rasa tercabar sebab empat finalis lain semuanya sudah ada banyak pengalaman, sedangkan saya masih muda dalam bidang ini. Tetapi, itulah cabaran untuk saya dan saya akan lakukan sebaik mungkin pada konsert akhir nanti."
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 10:12 AM | Show all posts
tv3 nie gler apa wat final masa tgh maghrib...x sensitif  tul la diorg nieee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 03:14 PM | Show all posts
tasya tu paling aku tak setuju dia boleh gi final.. dah la muka tak de commercial value.. pengganti ELLA???? apa la juri tu bagi komen macam tu?
rambut minah tu paling aku tak puas ati la.. macam mana rambut atap rumbia boleh masuk TV? dah la macam jantan!! mesti golongan pengkid ramai vote dia ni.. pandai strategi gak minah/mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 03:31 PM | Show all posts

Reply #249 samssi's post

a'ahhh..tashya suara x sedap..meluat giler aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 04:26 PM | Show all posts
tanya sikit bole. apsal budak emeer tu tak de masa konsert ari ahad ari tu.kalau tak silap le.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 09:38 AM | Show all posts
Emeer dah terkeluar..sebab tu dia tak der.

Wah Badri cukup berani untuk mencuba Perpisahan! Hopefully he can do a great job! All the finalists have different personalities with different genre in music, which is very good for the competition.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 07:29 PM | Show all posts
da sampai akhir dah..tp rancangan ni tak menonjol langsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 12:28 PM | Show all posts
wang tunai jerk pun sikit jerk kan

RM100 ribu

aku rasa biasa2 jerk dorang nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 10:32 AM | Show all posts
wata raser lagu badri n izam akan jd best kot
kekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #254 Syd's post

100USD kan? banyak tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2007 03:26 PM | Show all posts
tak kisahlah saper yg menang...tapi asalkan jgn budak tashya tue, suara hancur nak mampus blh2 masuk final...aku rasa masuk top 12 pun dier tak layak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by farah_fanz at 8-9-2007 03:26 PM
tak kisahlah saper yg menang...tapi asalkan jgn budak tashya tue, suara hancur nak mampus blh2 masuk final...aku rasa masuk top 12 pun dier tak layak...


aku setuju dgn ko...
suara hancus gila...
x paham aku cmner leh terlepas ke finall :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by mumra at 5-9-2007 04:26 PM
tanya sikit bole. apsal budak emeer tu tak de masa konsert ari ahad ari tu.kalau tak silap le.


sbb dier nak upsr kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 06:22 PM | Show all posts
cantik gila si RACHEL nie....merembes aku tengok...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.087697 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list