|
Reply #213 zarina79's post
ina..nak pergi 16/4 ni ker? saya pun pegi hari yg sama..tido otel mana? mana tau boleh jumpa kat kuching..naik bot sama-sama ke kg seberang sg tu hehhe tak jumpa kat langkawi..kita jumpa kat kuching..
nak tanya..nasi aruk tu ada jual kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #220 tasha76\ catat
yesssss....tasha ko dah bg info yg sgt bguna utk kengkawan yg nak dtg n cari guide kat kuching nih..kalo bebaloi dgn rega n pakej so terima je la...
p/s : aku dh rasa letih sesangat nak jd tourguide prt tme...
bukan nak cari untung pun..lebih pd nak mmbantu kengkawan yg mlawat kuching |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #205 ita_comel\ catat
..relex laa,..masih berbulan2 lg tu...cuba cntact guide yg dcadang tasha
kalo xda gak nanti ler dai ambik cutiii...  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #220 tasha76\ catat
Tima kasih Tasha. Ita akan contact abg Rashid tu nanti. Tima kasih byk2  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #226 ita_comel\ catat
...kalo Ita je no hal nyer..kalo ada 10 org lg mcm ita, abis ler cuti tahunan dai uwaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Anah Rais rumah panjang tertua Sarawak
Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
mega@utusan.com.my

Generasi muda Bidayuh di Anah Rais menjalani kehidupan harian yang menarik adunan cara tradisional dan moden.
Generasi muda Bidayuh di Anah Rais menjalani kehidupan harian yang menarik adunan cara tradisional dan moden.
KEHIDUPAN di rumah panjang amat sinonim dengan negeri Sarawak. Anah Rais yang telah berusia lebih 200 tahun adalah rumah panjang tertua dan paling popular di negeri itu. Ia terletak di daerah Padawan, kira-kira 75 minit perjalanan dari bandar raya Kuching.
Anah Rais pernah menjadi kawasan panas semasa zaman konfrontasi dengan Indonesia memandangkan lokasinya yang amat hampir dengan sempadan Kalimantan. Bentuk muka bumi Padawan tidak banyak berbeza daripada Kalimantan iaitu bergunung-ganang dengan jurang dan cerun curam yang bertindak sebagai sempadan rasmi.
Perkampungan suku kaum Bidayuh yang terletak berhampiran Sungai Anah ini amat unik kerana tidak mempunyai satu kepercayaan tunggal. Sebaliknya, masyarakat kampung ini hidup dengan harmoni dengan pelbagai kepercayaan sama ada Muslim, Kristian, kepercayaan lama dan berfikiran bebas.
Seluruh populasi rumah panjang berasal dari satu leluhur (nenek moyang). Secara keseluruhan di Anah Rais terdapat 120 keluarga dengan penduduk lebih 1,000 orang.
Bagaimanapun pada hari biasa, jumlah penghuni kampung ini kelihatan sangat kecil memandangkan ramai penduduk Anah Rais telah berhijrah terutama ke Sabah dan Miri selain Semenanjung.
Penghuni Anah Rais juga menyambut semua perayaan dengan meriah terutama Pesta Gawai yang biasanya berlanjutan selama tiga hari. Keadaan menjadi lebih meriah apabila 90 peratus anak-anak rantau ini akan kembali bagi meraikannya.
Penempatan Anah Rais terdiri daripada tiga deret rumah panjang yang dinamakan Kupo Sebak atau kampung hilir, Kupo Terkan yang menempatkan ketua-ketua kaum dan Kupo Sijo, deret paling hulu yang dipisahkan oleh Sungai Semedang.
Menurut Ringin, salah seorang ketua kaum yang bertindak sebagai jurupandu kepada rombongan pelawat hampir 90 orang media dan pegawai Tourism Malaysia dari seluruh negara, antara keunikan cara hidup tradisi Bidayuh ialah peranan penting buluh.
Masyarakat Bidayuh amat mementingkan keseimbangan alam semula jadi kerana hidup mereka bergantung kepadanya.
Buluh sumber penting
Mereka menggunakan teknik istimewa yang dipanggil berunai untuk memotong buluh yang boleh dilakukan pada masa tertentu sahaja. Malah pokok-pokok buluh yang dipotong mesti ditanam semula.
Buluh yang memainkan peranan penting dalam hidup masyarakat Bidayuh digunakan dengan sangat berjimat. Jambatan-jambatan buluh yang tinggi dibina untuk menyeberangi sungai yang banyak terdapat di sekitar Anah Rais.
Lantai di seluruh rumah panjang diperbuat daripada buluh yang dibelah dua serta diganti setiap tahun. Buluh yang terpakai pula dikitar semula termasuk diratakan untuk menjadi hamparan tidur atau titiak.
Struktur rumah Anah Rais, menurut Ringin, amat kukuh dan mampu bertahan selama beratus tahun lagi. Ia diperbuat daripada kayu belian, sejenis kayu yang dilindungi dan cuma terdapat di Borneo malah ia sama sekali tidak boleh dieksport meskipun ke Semenanjung Malaysia.
Daun pokok rumbia yang dikeringkan pula digunakan sebagai atap rumah dan boleh bertahan sehingga enam tahun, juga dibaiki setiap tahun. Tetapi kini kebanyakan atap telah digantikan dengan atap genting atau zink.
Rumah kepala yang dipenggal
Seperti suku kaum Borneo yang lain, tengkorak adalah simbol kekuatan, kekayaan dan kejayaan. Lebih banyak tengkorak di sesuatu rumah panjang menandakan kampung tersebut mempunyai ramai pahlawan yang gagah berani.
Di perkampungan Bidayuh tradisional, tengkorak disimpan di rumah khas yang dipanggil Baruh atau Panggah atau rumah kepala.
Secara tradisional Panggah adalah simbol kepahlawanan, oleh itu orang perempuan tidak dibenarkan masuk ke rumah itu kerana mereka dianggap sebagai kelemahan bagi seorang pahlawan yang sepatutnya gagah.
Panggah yang menjadi pusat rumah panjang Anah Rais telah dibina sekitar 170 tahun yang lalu, malah kayu belian yang digunakan sebagai tiang seri masih kukuh walau dianggarkan berusia 230 tahun.
Di pintu masuk Panggah terdapat sebuah meriam kecil yang dihadiahkan oleh Sultan Brunei semasa pemerintahan Rajah Putih Brooke sebagai simbol persahabatan Kesultanan Brunei dengan Sarawak. Pada meriam itu terdapat ukiran dan pateri logo bertulisan jawi serta tulisan rumi yang bertulis Pieters eest Anno 756.
Kata Ringin, kepala-kepala yang dipenggal serta diwariskan dari satu generasi ke satu generasi asalnya disusun di satu para khas di tengah-tengah Panggah, tetapi kini semua tengkorak itu telah dikebumikan.
Panggah amat penting untuk upacara pemujaan semangat atau mukah yang merupakan upacara membuat persembahan makanan kepada semangat tengkorak.
Penduduk perlu mematuhi pantang larang yang ketat sebelum upacara itu termasuk tidak boleh ke sungai selama empat hari, empat malam dan semua ketua keluarga perlu berkumpul di rumah kepala sepanjang hari dan malam.
Biasanya upacara mukah dilakukan bagi mengalu-alukan keselamatan dan kepulangan para pahlawan selepas ekspedisi memburu kepala.
Bagaimanapun, bak kata Ringin, memandangkan tradisi memburu kepala telah pupus, kini tiada siapa lagi yang tahu cara menjalankan upacara mukah dengan tepat.
揔ami hanya tahu secara teori, jadi untuk elak bencana, ketua kaum tidak lagi berani melakukannya kerana bimbang melakukan kesilapan cara semasa memuja semangat tengkorak, |
|
|
|
|
|
|
|
masa pegi anah rais x de plak jumpa org pakai cam ni.. hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dainy at 11-4-2009 17:56 
yesssss....tasha ko dah bg info yg sgt bguna utk kengkawan yg nak dtg n cari guide kat kuching nih..kalo bebaloi dgn rega n pakej so terima je la...
p/s : aku dh rasa letih sesangat nak jd tou ...
abg dainy..jgn letih2 lg jd tourist guide..cian org2 semenjung nk p srwk..xtau jalan..(mcm lana) huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #233 lana_lang\ catat
Betu..betul...betul sgt2 tu Lana. Ita setuju sgt2 dgn Lana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #236 secretsmile81\ catat
pes hj manan tu aper aaa...konpius ler!!
kuih cincin tu...trademark kuching ker?
..pegi la pasar minggu satok..ko bole mcm2 kuih atau2 apa2 je kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #237 dainy\ catat
dainy............betol kata Mizz. pes hj manan brand popular laksa selain dari Liza. yg cap burung kita x pasti sapa yg buatnya. so these 2 brand mmg fully recommeded.
as for kuih cincin...........memang trademark for Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #239 dee556\ catat
ney kmek tauk,..masak2 tok org pompuan laa tauk..tp biasanya mmg kmek org dr zmn dolok lg molah laksa makei cap burung layang2 lebih pure...ada cuba nak lain tp x bestt
..wpun kuih cincin ya mmg ada tp x fofular mcm kat sabah yg rasanya lebih komersial n sedap lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|