|
CERITAKU CERITAMU............. meh ler sembang2.....
[Copy link]
|
|
Reply #219 cintajc's post
bestkan.....terasa nyaman jer...
segar dan kita pun akan sentiasa sihat.......
klu kat KL ni jgn ler harap nk mcm ni......berjerebu tu ada ler..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #223 cintajc's post
JC dah ada anak2 ke?
atau expecting?
 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintajc at 14-9-2008 10:22 AM 
ok...kalaulah u all ada anak2 yang masih kecil, apa yang u all nak ceritakan pasal cita2?adakah u all akan biarkan anak2 ni tau pasal cita2 di sekolah,atau u all akan terapkan sedari kecil lagi?m ...
kalau yang belum kawin boleh jawab ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum........

slmt pagi kengkawan...........
cmne pose ari nih........? rasa ok x..?
dh rncg nk bbuka apa ek ari nih...? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm...... geng2 tido peh subuh tadik dh mangun ek....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku skrg ngh wt keje... tapi xleh tahan nk masuk porem nih....
last2 guna 2 laptop skali... 1 tuk wt keje 1 lg tuk porem... huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #230 nefertari\ catat
huhuhu..... xjadik kuar lagik....
aku tido....... mangun2, dh kul 9 pg..... dh maleh nk g......
so, esok jer la aku g cari kt kedai2 computer kt tmpt aku nih MP4 tu...
aku nih kalo cuti2 mmg maleh nk jenjalan... kecuali kalo ada sbb yg penting.... kalo blih nk lepak2 jer kt umah.... bila dh pose nih, btmbh2 maleh ler... |
|
|
|
|
|
|
|
satu cerita yg kutitipkan khas utk diriku dan sumer kengkawan...... semoga dijadikan pengajaran....
SELEMBAR BULU MATA
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.
Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."
"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."
"Silakan", kata malaikat.
"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata". |
|
|
|
|
|
|
|
thnks putri hanglipoo,..
good infoo,..  |
|
|
|
|
|
|
|
ni plk kisah wali Allah......... meh sama2 kte susuri kisahnya........
Rabiatul Adawiyah dan cinta
Rabiatul adalah seorang wanita yang paling warak dan zuhud, wanita yang mendapat taraf wali Allah. Tidak berlebihan bahawa Rabiatul adalah wanita yang paling cinta dan taat pada Allah Rasulnya yang pernah hidup selepas contoh teladan dan ikutan Ummatul Mukminin. Selama lebih kurang 80 tahun kehidupan Rabiah senantiasa penuh dengan zikir kepada Allah, anggota tubuhnya kurus kering kerana, malamnya penuh dengan tahajjud dan munajat, siangnya penuh dengan puasa dan majlis ilmu dan hikmat. Makanannya cukup dengan sepotong roti kering, sekadar pengganjal perut, kadangkala jika Rabiah terlalu miskin dengan harta dunia, masih ada orang yang menyangka bahawa Rabiah menyimpan harta di rumah gubuk yang sudah reput itu.
Suatu malam yang sunyi senyap di kala kening dan dahi Rabiah sedang sujud di hadapan Allah, sambil air mata bercucuran membasahi tikar sembahyangnya, terasa olehnya ada seseorang menceroboh masuk rumahnya. Kemudian Rabiah segera selesai dari solatnya, dan diperhatikannya gerak geri orang lelaki dewasa itu. Namun setelah lelaki itu keliling berpusing-pusing dalam rumah kecil itu, tak nampak barang yang hendak diambilnya.
Kemudian pencuri itupun bergegas hendak keluar, dan ketika itulah Rabiah itu berkata, "Jangan pergi sebelum mengambil sesuatu".
Lalu pemuda itu menjawab, "Apa yang harus saya ambil, satu bendapun tak ada di rumah ini!". Lalu Rabiah berkata, "Ada! Ambillah kendi yang berisi air itu dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk, dan solatlah dua rakaat".
Mendengar itu, pemuda tadi terus pergi mengambil kendi yang berisi air lalu berwudhuk dan solat sunat di rumah itu, kemudian Rabiah pun solat, dan dalam solatnya Rabiah berdoa agar pemuda itu mendapat hidayah dan petunjuk. Tidak terasa oleh pemuda itu hari pun sudah masuk subuh, dan beliaupun solat subuh, dan bermulalah taubat dalam diri pemuda itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #233 CahayaAina\ catat
tq......
hi aina.....
long time no see.......
ke mana mghilang.....?  |
|
|
|
|
|
|
|
ni satu lagi yg aku dpt kt blog yg cantik adunan infonyer........ bukan citer tp warkah......
utk tatapan bersama.... khusus tuk kaum adam........
meh pakat2 baca luahan hati yg ditujukan oleh HAWA utk ADAM nih...... semoga dpt dijadikan pedoman bersama......
Dariku HAWA, untukmu ADAM...
Bismillahhirrohmanirrahim...
Didoakan semoga kalian beroleh selamat, dibawah lindungan payung rahmat ALLAH s.w.t, amin..Adam, Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, teman mu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku "buruan syaitan". Adam, Maha Suci Allah yang mentaqdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman, inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari satu waktu. Adam, Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi aku risau, gundah gulana menyaksikankan tingkahlakumu. Kau sejak dulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara. Adam, Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita". Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalam redha tuhanku dan tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Jalan-jalan, pasar-pasar, bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi realiti dan hakikatnya kini, Hawa telah berbuat lebih dari patut. Adam, Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu," katamu. Aku ibu dan aku guru pada anak-anakmu. Tapi sekarang, di waktu yang sama, aku ke medan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba. Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara.
Apa kau sekarang ini tidak lagi seperti dulu? Apakah telah hilang kasih suci mu terhadap diriku? Adam, marahkah kau jika kukatakan "andainya Hawa yang terpesong, maka Adam yang patut tanggung". Sebab apa Adam? Ramai orang berkata jika anak jahat, emak bapak tak pandai tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tak pandai ajar. Adam kau selalu berkata, "Hawa memang degil tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu. Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. Apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi s.a.w terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh buat kaum Hawa? Adam, kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sepuluh nafsumu satu. Aku, akalku satu, nafsuku beribu!!! Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku keranaku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya. Aku kini hampir tenggelam. Adam, tolonglah.!!
Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyangku pada setiap waktu. Akanku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahjud bersama mu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami al-Quran, imamku. Kau ajaklah aku untuk baca Yasin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat. Adam, akhirnya ajarkan aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa akan sabar menanggungnya..... na'uzubillahhi minzalik.
Sekian. Wassalam.
Daripada,
Hawa temanmu......
* Dunia kini sepi tanpa kedamaian hakiki ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #225 nefertari's post
Boleh ajerla jwb...kalau ada anaknla,camna nak citer pasal cita2 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #238 cintajc\ catat
hehehehe..... lama dh aku nk guna avvy nih........
tapi takut korang gelakkan aku........
aku tgk comey jer rasa kasih yg wujud antara 2 makhluk yg bbeza spesies tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #237 cintajc\ catat
hehehehe...............
ni pandangan org yg xde anak ek.......
kena pupuk minat mmbaca dr dlm rahim lagik..... siibu perlu sering mmbaca ketika mngandung... selain mmbaca alQuran (ni sudah semestinye...)..
dh lahir... ibu kena bg buku2 yg sesuai tuk kanak2.... permainan yg mmbina minda.... kalo nk anak ko jadik doktor, contohnya.... belikan prmainan doktor2 kt dia... buku2 tntg sains... yg sesuai dr zaman kanak2 hingga ke zaman dia ke bangku sekolah..... dedahkan dia tntg perubatan yg sesuai mengikut umurnya... lama2 dia jadik minat ler...
tapi jgn ler paksa.... bila dh besar biasanya, dia mgkn ada cita2 sendiri...... tapi kalo ko bg dia byk media yg blih dia guna tuk blaja... mmg ler dia akan minat nk explore........ cthnye komputer.... student aku even yg x tau mmbaca pun di usia 14 tahun tuh pun gila ngn komputer..... hehehehe...
tu ler yg aku leh merapu ptg nih.... nnti ada idea aku smbung lagik ek..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|