|
UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by aziefa at 11-6-2010 11:07
ARKIB : 06/06/2010
Haji: Kena tunggu 14 tahun
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Jun - Senarai menunggu yang terlalu ramai menyebabkan individu yang mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) pada tahun ini perlu menunggu selama 14 tahun lagi sebelum dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel and Services Sdn. Bhd., Mejar (B) Mohd. Ramli Othman berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana kuota yang diperuntukkan Arab Saudi kepada negara ini hanyalah sebanyak 26,000 orang setahun.
"Ini adalah berita sedih kepada individu yang ingin mengerjakan haji dengan segera dan jika kuota tidak ditambah, mereka yang mendaftar pada tahun ini hanya boleh berbuat demikian pada 2024 atau 2025," katanya.
Beliau berkata demikian pada Pameran dan Persidangan Zon Perniagaan dan Pelaburan Muslim World Biz 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Mohd. Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk Perspektif Tabung Haji Terhadap Haji, Umrah dan Pelancongan Islam pada pameran dan persidangan itu yang dianjurkan oleh OIC International Business Centre Sdn. Bhd.
Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa kos mengerjakan haji akan terus bertambah setiap tahun berikutan peningkatan kadar sewa hotel dan pengangkutan.
''Mekah kini disenaraikan antara bandar yang paling mahal di dunia, contohnya sewa bas yang dikenakan untuk tempoh 20 hari adalah RM98,000.
''Bagi mereka yang ingin menyewa hotel berdekatan Masjidil Haram dan mendapat lain-lain kemudahan terbaik perlu membayar harga yang tinggi iaitu kira-kira RM166,000 seorang.
''Ini lebih tinggi berbanding kadar bayaran biasa yang dikenakan oleh TH iaitu RM9,980 seorang," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, tabiat sebahagian besar rakyat Malaysia yang suka membeli-belah masih tidak dapat ditinggalkan walaupun ketika mengerjakan haji.
''Adalah dianggarkan jemaah haji negara ini membelanjakan sebanyak RM100 juta setahun untuk membeli-belah ketika berada di Arab Saudi," katanya.
haa..tu dia..
Jenuh menunggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply HUSSAINTAHIR
salam.. maaf lambat reply coz internet problem..
sy banyak bertanya pasal ...
izza_dude Post at 10-6-2010 20:11 
good...its free...thanks fro the information
this will help pilgrim with kidney problem...
i am wondering why malaysia cant afford to provide dialysis service at hospital malaysia...eventhough it is costly to buy this machine ..i think TH should bear the cost...
it is their social responsibility
hope TH should think of providing this service at hospital malaysia..so pilgrim with kidney problem could perfom hajj..
sorry in my own perspective..this should not be a barrier for our pilgrim...
TH..pls consider this option... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, tabiat sebahagianbesar rakyat Malaysia yang suka membeli-belah masih tidak dapatditinggalkan walaupun ketika mengerjakan haji.
''Adalah dianggarkan jemaah haji negara ini membelanjakan sebanyakRM100 juta setahun untuk membeli-belah ketika berada di Arab Saudi,"katanya.
aziefa Post at 11-6-2010 11:05 
haha...
this is a good attitude of malaysia...shopping.....bagilah can sekali sekala pi haji... |
|
|
|
|
|
|
|
haha...
this is a good attitude of malaysia...shopping.....bagilah can sekali sekala pi haji...
HUSSAINTAHIR Post at 11-6-2010 16:12 
Betul tu..
Biar menyesal membeli dari menyesal tak membeli..
Kalau menyesal tak membeli..
Nak pergi beli terpaksa pergi datang jauh 8 jam oo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2242# HUSSAINTAHIR
sy suka cdgan nih..
maybe th akan implement pasal dialisis nih.. dua-tiga tahun nanti..
Insya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply HUSSAINTAHIR
sy suka cdgan nih..
maybe th akan implement pasal dialisis nih.. dua-t ...
izza_dude Post at 11-6-2010 23:55 
izza
if i am the board of director..dh lama i paksa suruh beli... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm tetiba jadi sedih sekejap
my sister ajak pi umrah ...
fuuh...ku semnagat...kalau ada rezeki insyaALLAH..
skrang nie focus nak pi haji 2012..another 1 yr plus...kena budget betul2 nie... |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu sedih hussain...
tindakan hussain itu betul...
kena dahulukan yang wajib dulu...
nanti bila dah lepas yang wajib, insyaAllah ada rezekinya nak buat yang sunat pulak tiap2 tahun.
Saya nak memaklumkan Ustazah telah selamat melahirkan bayi perempuan semalam. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Kak Rosputih dan Kak Mimi kerana menziarah Ustazah di hospital. Terima kasih juga kepada rakan2 lain yang telah mendoakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Mas916 at 13-6-2010 07:57
Reply 2242# HUSSAINTAHIR
HT.....semlm kursus haji saya pasal Kesihatan.....
mmg baik cadangan HT tuh......tp mungkin berlaku sedikit kesusahan ketika di Arafah dan Mina.....
pihak Saudi tak benarkan langsung mana2 pengendali jemaah haji buka klinik di Arafah dan Mina dan ini termasuklah pihak TH sendiri....
pihak TH terpaksa buka klinik secara sorok2...di dalam khemah. Dan semlm saya ada tgk 1 gambar yg ditayangkan....jemaah yg tgh drip air..., air yg digantung tu pun kena coverdgn towel.
mmg bole di bawa balik ke Mekah dr Mina utk dialisis....tp kesesakan lalulintas mungkin masalah jugak....kalau sorang 2 ok..lg kalau beratus, beribu?
dgn itu keluarlah fatwa ini
Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis
Tarikh Keputusan:
15 Dec, 2008
Tarikh Mula Muzakarah:
15 Dec, 2008
Tarikh Akhir Muzakarah:
15 Dec, 2008
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-84
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis. Muzakarah telah memutuskan bahawa: - Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;
- Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan
- Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.
wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2248# ustaz
tahniah ustaz... |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram
Tarikh Keputusan:
14 Dec, 2009
Tarikh Mula Muzakarah:
14 Dec, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah:
16 Dec, 2009
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.
Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam. |
|
|
|
|
|
|
|
kilang memproses al-quran...
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|