View: 731|Reply: 7
|
‘Saya bukan jenis bermewah-mewah’ Siti Hariesa
[Copy link]
|
|
KETIKA gadis seusia menggumpul busana, barangan kosmetik dan beg tangan berjenama mewah luar negara. Pelakon meningkat naik, Siti Hariesa, tidak pernah merasakan ia sebuah keperluan.
Bagi Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 26, apa yang nampak cantik di mata, itu yang dipakai walaupun sekadar puluhan ringgit harganya atau dibeli secara dalam talian.
“Benda paling mahal saya ada cuma telefon bimbit yang dibeli secara tunai. Harganya sekitar RM5,000 hingga RM6,000.
“Saya bukan jenis berbelanja mewah. Buat masa ini fokus saya hanya buat keluarga. Saya kongsi rezeki dengan mereka bagi membalas jasa sepanjang membesarkan saya selama ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Bagi pelakon Perempuan Itu, hasil kerja keras yang diusahakan selama ini turut disisakan bagi menabung membeli aset buat diri sendiri.
“Sudah tentu juga saya berusaha bersungguh-sungguh cari duit dan kumpul aset. Sekarang saya sudah sara diri sendiri, jadi itu satu perkara yang saya usahakan.
“Selain itu, ada juga saya fikirkan untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri,” ceritanya.
Beberapa kali naskhah lakonannya mula menjadi tumpuan belakangan ini bermula dengan Perempuan Itu, Senyawa, Calon Isteri Buat Suami dan terkini, Bru.
Gadis asal Johor itu mengakui adakala dirinya perlu beradaptasi dengan keadaan tubuh yang penat kerana menjalani jadual penggambaran yang padat.
“Bagi saya cabaran yang pernah dilalui sepanjang menjadi pelakon adalah berkaitan mental dan kesihatan, sebab adakala rasa penat.
“Penat disebabkan tidur tak cukup dan terlalu banyak menghabiskan masa bekerja di set penggambaran. Namun semuanya dipermudahkan Alhamdulillah.
“Mungkin ada masa rasa terbeban secara fizikal, tapi saya tekad untuk terus melangkah ke hadapan,” ceritanya.
Tambahnya lagi, memandangkan tenaganya sudah banyak dihabiskan untuk bekerja. Hariesa lebih selesa berehat di rumah sepanjang bercuti.
“Waktu cuti memang saya khaskan untuk diri sendiri. Tidak buat apa sangat pun. Banyak masa saya habiskan di rumah sahaja,” katanya.-UTUSAN

|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 30-5-2025 05:22 PM
Tak salah pon nk mewah mewah kalau mampu
Jgn naya org je
Kalau kita xpakai brg branded pon xmaksud kita less human huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tgk sheols tapi tolonglah bila bercakap jgn bunyi pelat campur aduk sangat.
Masa mula2 tgk drama perempuan ilmu hitam rasa bosan sangat. Tapi bila tv3 ulang tayang rasa best pulak tengok sheols dan chacha. Chacha tu dah mampu bawa watak berat. Kalau tak dulu2 asyik2 watak antagonis je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali pandang sheols ni mcm kakpam tapi versi lebih cantik dan menarik serta kurus.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-5-2025 03:29 PM
Sekali pandang sheols ni mcm kakpam tapi versi lebih cantik dan menarik serta kurus.
Heyyy i click sebab i pun nak sebut benda sama. Kuin kepam pun ada baju macam ni kan. Yg baju itam, tapi kuin pakai HAZABEDAH SANGAT . OKG pakai lawa je |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 30-5-2025 04:46 PM
Heyyy i click sebab i pun nak sebut benda sama. Kuin kepam pun ada baju macam ni kan. Yg baju itam ...
Hariesa ni sedap mata memandang. Kakpam tu separuh bogel yang menyakitkan mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok dia ni. muka cantik body hot fuhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-5-2025 03:29 PM
Sekali pandang sheols ni mcm kakpam tapi versi lebih cantik dan menarik serta kurus.
tak sangka jauh imaginasi chuols, tapi bila tengok balik meols setuju sheols kalau pakai seksi, nampak la menggoda. kakpam kalau pakai, mengucap kita
harap tak hauk macam kakpam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|