CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 16

[Tempatan] Fu Wa, Feng Yi pulang ke China selepas 11 tahun

[Copy link]
Post time 18-5-2025 12:54 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA- Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi selamat dihantar pulang ke China ‭setelah berada di Malaysia sejak 21 Mei 2014 bagi memenuhi terma perjanjian menerusi Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda.‬


‭Majlis mengucapkan selamat pulang kepada pasangan panda gergasi itu turut dihadiri‬ Menteri‭ Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad di Lapangan Terbang‬

‭ Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.‬


-Advertisement-

‭Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam satu kenyataan berkata, Malaysia telah memeterai perjanjian Projek Kerjasama AntarabangsaKonservasi Giant Panda bersama China Wildlife ConservationAssociation (CWCA), RRC pada 15 Jun 2012.‬


‭Katanya, projek itu melibatkan kerjasama antarabangsa Giant Pandas Fu Wa dan Feng Yi. ‬


‭“Sehingga kini, 20 negara di dunia telah dipinjamkan Giant Panda oleh China.‬


‭“Malaysia telah menunjukkan pencapaian luar biasa dalam konservasi ex-situ Giant Panda dengan kelahiran tiga ekor anak panda gergasi,” katanya.‬


‭Ketiga-tiga anak panda gergasi itu ialah Nuan di mana ia telah dihantar pulang ke China pada 14 November 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi pada 29 Ogos 2023 sebagai mematuhi terma perjanjian. ‬


‭“Kerjasama ini turut meningkatkan pembangunan kapasiti negara dalam bidang penyelidikan dan pengurusan spesies hidupan liar terancam.‬


‭“Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda dengan China diteruskan melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April lalu bersempena dengan Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia,” katanya.‬


‭Pemeteraian perjanjian baharu ini membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi ‬

‭baharu untuk tempoh 10 tahun dari 2025‬

‭hingga 2035. ‬


‭Malaysia dijadual menerima kehadiran sepasang panda gergasi baharu pada 2025. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Panda pun nak mati di tanah air juga. Semoga hajat tercapai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
So Zoo Negara dah takda panda ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 18-5-2025 01:41 PM

byeee fuwa fengyi..msti sedih daddy daddy nya..tp i lg sedih masa ank ank dorg balik dlu..lama kot si yiyi tu nl adapt ngn tmpt baru...
slmt bersara papa fuwa mama fengyi..tp yg sedihnya dorg dh xdpt jmpa ank anknya dh...kalau dia bersara kt shenshuping base leh intai2 dr jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 18-5-2025 01:26 PM
So Zoo Negara dah takda panda ka?

bln 8 nnti dpt yg baru...muda bergetah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 18-5-2025 05:41 AM
bln 8 nnti dpt yg baru...muda bergetah.

Aiya...Bukan rezeki anak2 nak tengok panda cuti sekolah ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye pandaz
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 18-5-2025 05:44 PM

Simbolik kan...tanda kekuasaan China.

China nak tengok negara tu jaga hubungan diplomatik sama macam jaga panda tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Fu Wa and Feng Yi ada current world record sebab beranak 3 ekor masa kat Mesia. Fastest conception of pandas outside China. Mesia boleh! Panda pun subur duduk ni tanahair
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahulu aku ingat panda ini kecik... Tengok real rupa nya besar... Tetapi aku suka red panda nampak cerdik... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:30 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 18-5-2025 06:28 PM
Fu Wa and Feng Yi ada current world record sebab beranak 3 ekor masa kat Mesia. Fastest conception o ...

maunya tak subur
duk dlm tmpt beraircond
sujukkk
hari2mau


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 18-5-2025 01:26 PM
So Zoo Negara dah takda panda ka?

Dapat ganti. Yang ini dah umur pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 18-5-2025 01:40 PM
byeee fuwa fengyi..msti sedih daddy daddy nya..tp i lg sedih masa ank ank dorg balik dlu..lama kot s ...

Eloklah tak jumpa, elak sumbang mahram jaga baka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 18-5-2025 06:28 PM
Fu Wa and Feng Yi ada current world record sebab beranak 3 ekor masa kat Mesia. Fastest conception o ...

Semalam kat TV menteri ucap tahniah pada panda atas kejayaan mengawan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 19-5-2025 08:30 AM
maunya tak subur
duk dlm tmpt beraircond
sujukkk

Tak la. Panda dia punya window untuk mengawan kecik aje. Usually diorang kena artificial inseminate baru boleh mengandung. Singapore 9 tahun tunggu tu pun artificial inseminate. Malaysia rilek aje sharp shooter seh Fu Wa
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-5-2025 12:40 AM
Semalam kat TV menteri ucap tahniah pada panda atas kejayaan mengawan


Kita punya panda caretaker ada sorang tu pemes kat China. Dia jaga baik panda tu. Sebab tu kot hepi ja mengawan di tanahair. Lupa sapa nama abang tu. Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-5-2025 12:35 AM
Dapat ganti. Yang ini dah umur pencen.

Abang ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047368 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list