CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 2

[Tempatan] Gadis muda buka klinik gigi haram

[Copy link]
Post time 15-5-2025 05:19 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN – Seorang gadis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik pergigian secara haram, tahun lalu.

Tertuduh, Nur Hafizah Harun, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang bukan pengamal pergigian yang berdaftar di bawah Akta Pergigian 2018 (Akta 804) telah menjalankan amalan pergigian.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 62(1) Akta 804 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 62(3) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tidak berdaftar di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhimatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1) akta sama yang boleh didenda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada pukul 8.50 malam di sebuah rumah di Taman Nusa Intan di sini pada 6 Disember 2024.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Musfirah Musa menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua syarat tambahan.

Menurut Musfirah, jaminan yang tinggi penting mengambil kira hukuman kes itu yang berat selain faktor kesihatan.

Jelas Musfirah, klinik gigi secara haram itu diragui dari segi kebersihan selain berbahaya kepada pengguna dan orang awam di mana boleh menjadi punca penyakit berjangkit seperti Hepatitis dan HIV.

Peguam, A Partheeban yang mewakili tertuduh kemudiam memohon jaminan yang rendah kerana tertuduh akan dijamin oleh abangnya yang bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

“Tertuduh seorang penggangur dan tidak mempunyai sebarang pendapatan selain pihaknya bersetuju dengan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan dan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 Jun depan.
Sumber: Kosmo


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti banyak taik gigi kat lantai klinik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah ada kes macam ni ... kan... kat melaka... umur belum 20 dah berani buat benda macam ni... yg dulu org awam tolong bayarkan denda, tu la ada pelapis kebal undang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043198 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list