CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 3

[Tempatan] HKL diiktiraf antara Hospital Terbaik Dunia 2025

[Copy link]
Post time 14-5-2025 11:31 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima pengiktirafan sebagai salah seorang sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista.


HKL memperoleh skor 84.97 peratus sekali gus meletakkan fasiliti kesihatan itu berada kedudukan keempat dalam kalangan 49 Hospital Terbaik Dunia di Malaysia.


Meskipun berada keempat, namun HKL merupakan hospital kerajaan yang menduduki tangga pertama dalam senarai tersebut dan disusuli Pusat Perubatan Universiti Malaysia, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Putrajaya.


Senarai itu dikeluarkan oleh Newsweek merupakan majalah berita mingguan berpengaruh yang berpusat di New York City, Amerika Syarikat manakala Statista sebuah syarikat teknologi maklumat dari Jerman yang menyediakan platform statistik dalam talian.


Pengiktirafan berprestij ini adalah hasil daripada penilaian bebas dan telus berdasarkan parameter utama berikut cadangan dan penilaian daripada rakan-rakan profesional perubatan, metrik kualiti hospital dan pengalaman pesakit


Hospital Kuala Lumpur atau HKL dahulunya dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur, telah ditubuhkan pada tahun 1870 dan kini telah berusia lebih 150 tahun.


Berkeluasan 150 ekar di pusat Bandaraya Kuala Lumpur, HKL merupakan hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan.


HKL menawarkan perkhidmatan perubatan cemerlang sejak penubuhannya sejajar dengan misi dan visi sebagai sebuah fasiliti penjagaan kesihatan awam.


Hospital itu berperanan sebagai pusat rujukan kebangsaan bagi pelbagai bidang kepakaran dan sub-kepakaran, pusat latihan dan kemahiran bersasar bagi pelajar perubatan siswazah dan lepasan siswazah dan salah sebuah pusat penyelidikan klinikal utama Kementerian Kesihatan. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 02:21 PM | Show all posts
HKL memang terbaik. Layanan nurse dengan doktor semua baik2, nurse pula jenis yang ikhlas menolong, tak buat muka bila kita minta tolong, takde ayat2 pedas. Serius, penah warded sminggu kat situ tahun 2023, walaupun building lama tapi layanan memang the best
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ni rabun masa sekolah rendah.
Dapat surat dari sekolah, suh refer ke hkl check mata.
Details ya doktor tu check mata iols.
Terus kena pakai spek lepas tu.

Situ banyak doktor pakar.
Mmg lama masa menunggu tp puas hati
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 05:19 PM | Show all posts
The success story utk HKL for me utk 2 kes kenalan yg survive buat pembedahan kepala akibat pendarahan dan salah seorang tu dah berjaya pulih dlm masa 3 bulan dan kes tu berlaku tahun 2011 so skrg hampir 14 thn sudah. Sorry to say kalau buat di hospital lain belum tentu akan berjaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.077935 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list