CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34|Reply: 0

[Sabah] RM22,500 masuk akaun, lelaki didenda gagal jelaskan sumber wang

[Copy link]
Post time 13-5-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Gara-gara meminjamkan kad bank tanpa menyedari risiko perbuatannya, seorang lelaki dihukum denda RM100 atau tiga hari penjara selepas gagal menjelaskan wang RM22,500 ke dalam akaunnya.


“Saya tidak tahu meminjamkan kad bank kepada orang lain boleh menjadi kes yang berat,” kata tertuduh, Johnny Tamin.


Johnny, 33, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana memiliki wang tersebut yang diperoleh dengan curang dari pemiliknya iaitu seorang wanita serta gagal memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana beliau memperolehi wang tersebut.


Kesalahan tersebut berlaku pada 22 Julai 2024, kira-kira jam 4.30 petang di Bank BSN Pekan Putatan, Penampang.


Johnny didakwa di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Bab 80) Negeri Sabah yang boleh dihukum di bawah Ordinan yang sama, memperuntukkan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjara untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.


Dalam fakta kes, wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun tertuduh dalam tiga transaksi iatiu RM10, 000; RM10, 000; dan RM500.


Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri, manakala Johnny tidak diwakili peguam.


Tertuduh telah membayar denda.


Dalam kes berasingan, Mahkamah Sesyen menetapkan 21 Mei depan untuk mendengar kes membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang didakwa merogol seorang wanita.


Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh untuk Midrick Makales yang kesnya dibawa ke mahkamah hari ini untuk menetapkan tarikh perbicaraan.


Mahkamah dimaklumkan bahawa bapa Midrick gagal dikesan, walaupun sebelum ini keluarga diarahkan hadir bagi memaklumkan sama ada akan melantik peguam untuk mewakilinya.


Perbicaraan tertangguh dalam prosiding sebelum ini selepas peguam bela menarik diri pada saat akhir, manakala Midrick memaklumkan keluarganya sedang mengumpul wang bagi mendapatkan peguam baharu.


Midrick didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu pada jam 11 pagi, 13 Jan tahun ini di sebuah bilik sewa sebuah kedai di Lorong Buah Duku, di sini.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eugenie Meredith Gilbert mewakili DPP Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala Midrick tidak diwakili. - UTUSAN BORNEO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.038769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list