CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 6

Muat naik perkongsian sedih, Shuib, Watie lalui fasa kehilangan?

[Copy link]
Post time 13-5-2025 01:51 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah seolah menyampaikan khabar duka selepas berkongsi mengenai seorang ibu kehilangan anak.


Menerusi perkongsian di Instagram, Watie turut memuat naik paparan gambar seorang ibu yang menangis ketika melihat bayinya berlalu pergi sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.


“Saat kehilangannya. Dia adalah luka yang tak bisa aku benci. Aku masih ingat hari itu, waktu itu, jam itu aku kehilangan seseorang yang amat aku sayangi. Mulutku ikhlas tapi hatiku hancur.


“Memang kehilangan itu tidak membunuhku, tapi sesuatu dalam diriku mati hari itu,” katanya.


  


Dalam masa sama, isteri kepada pelawak itu turut meninggalkan tanda hati yang retak dan emoji sedih serta tanda pagar ucapan Hari Ibu untuk dirinya sendiri di ruangan kapsyen.


“11 Mei 2025 #selamathariibumummy,” tulisnya.


Menyedari perkara itu, Shuib turut meninggalkan komen berbaur reda dengan ketentuan takdir malah sempat menitipkan kata-kata semangat buat isteri tercinta.


“Selamat Hari Ibu, Mummy. Insya-Allah, Allah Maha Baik, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Daddy sayang Mummy,” komen Shuib.


Meskipun tidak memberitahu sebarang perincian mengenai perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendakwa pasangan itu baru sahaja melalui fasa kehilangan anak.


  


Malah, ada juga yang menitipkan kata semangat dan berharap Watie tabah menghadapi segala ujian di ruangan komen.


Terdahulu, timbul dakwaan dalam kalangan netizen bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ pada perut Watie.


Bagaimanapun, sehingga kini Shuib mahupun Watie tidak mengesahkan khabar angin itu sebaliknya meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka.


Terdahulu, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.


  


Shuib sebelum ini berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan,4.-UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 06:19 PM | Show all posts
Ni klu aku maki kata aku takde simpati pulak. Ko nak suruh netizen berspekulasi ko gugur ke acikk oiiii huh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Soeb ni upah reporter ke.. apsal byk betul news psl dia dan keluarga À
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
meols dengarr she bukan first time kehilangan.dulu she berani menghilangkan apa yang terjadi hasil perbuatan terkutuk now tragedi kehilangan pulak.
benar la kifarah itu pasti
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah kalau betul..lps ni sudah2 la sampai luar dlm nak bgtau…
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 13-5-2025 07:28 PM
meols dengarr she bukan first time kehilangan.dulu she berani menghilangkan apa yang terjadi hasil p ...

Dgn lelaki mana. Soip gak ke.
Terus terang je la mokcun dh alang2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2025 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hari tu komen perut bini kata mkn byk ke simething like that

xpe lah
ada byk hal2 utama, negara dan donia yg rkyt nk amik tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072360 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list