View: 695|Reply: 9
|
Tak lekang bergaya walau bergelar ibu, 6 selebriti wanita serlah pesona tersendiri
[Copy link]
|
|
GELARAN ibu bukan sekadar simbol kasih sayang dan pengorbanan, tetapi juga lambang kekuatan wanita dalam mendepani pelbagai cabaran kehidupan.
Di sebalik jadual padat dan tanggungjawab membesarkan anak-anak, beberapa selebriti wanita tanah air tetap berjaya mengekalkan penampilan bergaya serta menjadi inspirasi ramai.
Enam selebriti wanita tempatan ini membuktikan bahawa keibuan dan penampilan bergaya boleh berjalan seiring.
Sempena Hari Ibu, Majoriti senaraikan selebriti bergelar ibu yang memikat dengan gaya tersendiri:
1. Neelofa
Figura fesyen sejak awal kemunculan, Noor Neelofa, 36, kini tampil lebih sopan dan elegan selepas berhijab.
Meskipun bergelar ibu kepada dua anak, beliau kekal menjadi ikon fesyen muslimah dengan gaya moden, minimalis dan mewah.
Dari jubah potongan eksklusif hingga padanan tudung yang anggun, penampilannya sentiasa menjadi inspirasi ramai.
2. Zahirah Macwilson
Aktres berdarah kacukan, Zahirah Mac Wilson, 35, sering tampil mempesona dengan gaya feminin dan chic.
Selepas menimang cahaya mata lelaki, Zahirah tidak hilang sentuhan gaya.
Penampilan kasual bersama anaknya atau sewaktu menghadiri acara glamor membuktikan bahawa beliau mampu mengekalkan pesona sebagai ikon fesyen.
3. Intan Najuwa
Biarpun lebih sinonim dengan watak manja di kaca televisyen, Datin Intan Najuwa, 28, kini melangkah ke fasa kehidupan sebagai ibu dengan penuh gaya.
Gaya fesyennya yang ringkas tetapi classy menjadikannya pilihan jenama fesyen antarabangsa.
Penampilannya sering memperlihatkan keseimbangan antara elegan dan selesa, sesuai untuk ibu muda moden.
4. Yaya Zahir
Dikenali dengan gaya edgy dan unik, Yaya Zahir, 34, membawa nafas segar dalam dunia fesyen ibu muda.
Sejak kelahiran anak sulungnya, penampilannya tetap berani daripada warna terang ke siluet luar kotak.
Yaya bijak memadankan busana yang luar biasa dengan elemen streetwear dan sentuhan high fashion, menjadikan setiap penampilannya menonjol.
5. Fazura
Elegan, sopan dan klasik, tiga kata yang sering dikaitkan dengan gaya Fazura.
Sebagai ibu kepada Nur Fatima Aisya, Fazura, 42, kekal aktif dalam dunia hiburan dan perniagaan, sambil menjaga imej sebagai selebriti yang penuh gaya.
Beliau juga dikenali dengan gaya tudung bawal yang digayakan secara ringkas tetapi kemas, menjadikan penampilannya sentiasa manis dan bersahaja.
Sama ada dalam busana kasual harian atau gaun elegan di karpet merah, beliau sentiasa tampil mempesona dengan sentuhan peribadi yang sederhana namun cukup memikat.
6. Mira Filzah
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 32, terkenal dengan penampilan sopan dan manis.
Sejak menjadi ibu, Mira tetap mengekalkan gaya anggunnya yang feminin dan berjiwa muda.
Gaya tudung kemas, pilihan warna pastel dan fesyen mesra ibu menjadikannya contoh terbaik wanita moden yang bergaya tanpa berlebihan. — Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mira bergaya ke? Rasa mcm biasa2 je. Msh la bergaya dr acik tp idok ler mcm selebriti yg ada dlm list ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semua2 nama kat atas...aku paling suka intan najuwa....hahahaa...dia comel kecik geram je |
|
|
|
|
|
|
|
ikon fashion la konon... ujong2 hutang tak bayor... pi mengaji dulu tengok ayat paling panjang dalam alquran tu pasal apa  |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari ibu kepada semua ibu2 di dunia..anda awesome!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan cengkung ye. |
|
|
|
|
|
|
|
cubalah tunjuk artis yang jaga anak sendiri takde pembantu2 ni.. mcm elmy nadia tu ke.. ni tunjuk yg ada pembantu, maid ramai 2-3 org nak belek si anak, memang la boleh bergaya.. yang jaga sendiri ni, tudung pun senget2, anak cekau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Olumis replied at 12-5-2025 04:00 PM
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan ce ...
Takda, jahlop ngn ZM anak 2 yang lain semua anak sorang je |
|
|
|
|
|
|
|
Olumis replied at 12-5-2025 04:00 PM
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan ce ...
yes cengkung. ada yang spekulasi she makan hati ngan tok laki |
|
|
|
|
|
|
|
Olumis replied at 12-5-2025 08:00 AM
Dalam list ni ada tak ibu2 yang anak lebih dari 3? Btw, mira tu kalau jumpa irl sangat keding dan ce ...
Kannnn. At least 3 org baru la boleh nak kata hebat. Tapi dlm senarai ni rase nye yg layak zahirah je sbb anak 2 org dan dia mmg nmpak kemas cantik je. Jahlopa tu walau anak dua kdg nmpak kepam jugak bila berbungkus je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|