CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 7

[Tempatan] Lagi kes kena gigit anjing di Port Dickson

[Copy link]
Post time 7-5-2025 07:17 PM | Show all posts |Read mode


PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera akibat digigit anjing dalam kejadian di Taman Lukut Makmur, di sini, petang semalam.


Mangsa, Wan Ahmad Wan Endot berkata, dia dikejar anjing ketika mahu masuk ke inap desa disewa rakannya.


-Advertisement-

“Anjing tu berada di hadapan pagar inap desa, tiba-tiba sahaja haiwan itu kejar dan gigit di bahagian kaki.


“Disebabkan kecederaan ini, saya telah pergi mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan diberikan suntikan terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan,” katanya ketika ditemui di Taman Lukut Makmur, di sini, hari ini.


Ujar Wan Ahmad, dia baharu sahaja seminggu menetap di inap desa berkenaan bersama enam lagi rakan-rakannya memandangkan mereka bekerja sementara di kawasan Stesen Janakuasa Jimah East Power.


Menurutnya, sebelum menetap di inap desa itu, pemiliknya telah memaklumkan terdapat banyak anjing di kawasan taman tersebut serta banyak juga kes penyewa dikejar binatang itu.- KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 07:37 PM | Show all posts
tembak jela anjing2 liar yg berkeliaran ni... dekat taman iols pun nk jogging pn kadg takut2 sbb ad anjing liar
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishhh payah la bila kena gigit
Somi dah kena dah sikit jer luka
gi sime darby kena 200 cuci sikit jer
Vaksin rabies kena ratus2 jugak kat pantai hospital ulang 5x kot
Ni dah buat aduan kat mp sepang takde pun tindakan kutip strays kat depan mcmc ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:44 AM | Show all posts
dagusengett replied at 7-5-2025 11:16 PM
Ishhh payah la bila kena gigit
Somi dah kena dah sikit jer luka
gi sime darby kena 200 cuci sikit je ...

mp sepang memang, buat kerja ala kadar...

i'ols pernah buat aduan anjing liar kat taman..siap tunjuk gambar anjing2 ni berkumpulan.. dia jawab aduan berasas, tapi dah buat operasi tiada anjing dapat ditangkap..

anjirr nya, ntah betul ke tak dorang buat operasi tu..ke sekadar cakap atas kertas
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dkt pantai cahaya tu berkeliaran eh anjing2 liar.
Iols sempat amik gambar pastu report dkt mppd punya
portal aduan. Diorg jawab akn ambil tindakan.
Next 2 months, iols dtg lagi.
Hampeh makin banyak je anjing.
Kata nak ambil tindakan.
Lembab punya majlis perbandaran!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku duduk negeri sembilan. Memang part hanjeng ni payah la. Kat kawasan perumahan aku ni banyak kali report. Staff majlis datang tengah hari buta.. dah tentu la anjeng2 tu pi tido kat kawasan semak2. Tak kan la berkeliaran depan rumah orang. Budak2 nak main taman pon takut. Sampai 1 hari tu anjeng gila rembat budak2 yg je sampai taman permainan. Nasib baik la ada jiran tengah park kereta, terus panggil budak2 tu masuk rumah & tutup gate. Ada rakaman cctv. Budak2 tu memang x provok pon. Terus hantar video kat MP & bagitahu nak upload kat facebook. Esoknya pagi2 orang majlis datang tangkap. Aman la sekejap 3-4 bulan. Ni datang pulak anjing ntah dari mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2025 02:26 PM | Show all posts
roti coklat. setel.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:35 PM | Show all posts
kat tempat kitorang, sebab kan majlis perbandaran sorang tak dapat control anjing liar, lepas tu banyak pulak, membahayakan penduduk setempat

Iols tak tau sapa, tapi someone dok bagi anjing ni makanan beracun. kitorang lak yang jenuh kena tarik bangkai anjing ke tepi jalan. busuk. lepas tu biawak pulak yang kenyang

mula2 orang tanam, lepas tu dah kerap sangat, diorang baling je bangkai anjing tu ke sungai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.167209 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list