CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2156|Reply: 18

‘Ya, saya dah bercerai 4 Mac lalu dengan Mas Idayu’

[Copy link]
Post time 5-5-2025 07:23 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Penyanyi dangdut, Mas Idayu sah sudah bercerai dengan suami yang juga penerbit eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 4 Mac lepas.


Perkara tersebut disahkan Muhammad Sufian sendiri ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


“Ya, kami sudah bercerai cara baik pada 4 Mac 2025 di Mahkamah Syariah Syah Alam.



“Tiada apa yang perlu digembar-gemburkan. Kami bercerai secara baik dan hubungan saya dengan bekas isteri (Mas Idayu) tetap baik,” katanya.


Sufian juga memaklumkan, dia akan tetap bekerja secara profesional andai bertembung dengan pelantun lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu.


“Industri ini kecil sahaja. Saya dan dia pasti bertemu di mana-mana acara. Tiada guna berdendam antara satu sama lain. Saya okey kalau perlu bekerjasama dengannya dalam mana-mana projek.


“Anggap sahaja antara kami jodohnya tidak panjang. Saya mendoakan yang terbaik buat Mas Idayu dan mengharapkan dia mendoakan yang sama buat saya,” ujarnya.


Terdahulu, Utusan Malaysia menerusi ruangan pojok mendedahkan Mas Idayu dan Muhammad Sufian tidak lagi hidup sebagai suami isteri.




Akhbar tersebut juga melaporkan pasangan tersebut tidak lagi tinggal sebumbung.


“Tentang tak duduk sebumbung. Begini, saya ada rumah di Rawang dan Mas Idayu juga ada rumahnya sendiri di ibu kota.


“Adakalanya (ketika masih suami isteri), saya pulang ke rumah saya dan dia pulang ke rumahnya. Itu sahaja dan tiada apa perlu dikecohkan,” katanya.


Mas Idayu atau nama sebenarnya, Masidayu Mesnun, 53, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Sufian selepas 15 tahun hidup menjanda pada September 2022. – KOSMO! ONLINE





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 07:43 PM | Show all posts
ada nampak mommy happi?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 08:17 PM | Show all posts
oh dorang kawin 2022 ye... rasa mcm baru je lagi dorg kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus aman2 je cerai kan
job jadi juri family duo still ada kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nk kata jgk sbb dh nmpk ms awl dulu lg
Tp tak pe lah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2025 11:34 PM | Show all posts
Jodoh tak panjang..yg penting aman2 je takde nak merentan bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah buat mereka. moga yang baik baik untuk kehidupan seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 08:09 AM | Show all posts
oklah tu try and error ...cerai dalam bulan puasa...mesti nak aman2 je tanpa kehadiran masing2 dah utk puasa dan raya kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MatDeghem at 6-5-2025 08:21 AM

Bang...cari calon isteri org biasa lah. Kamu pilih queen dangdut, singa malaya, sengol sengolan...susah nak maintain dan pelihara kan bang.
Ramai acik2 porem yg cantik, putih mulus...simple, humble...sedia jadi calon. Yg andartu, yg janda dan yg balu ramai....bang. pilih yg bersedia to walk one step behind you. Jadi suri rumah tangga sepenuh masa.



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:42 AM | Show all posts
dh 15 tahun tu single, patut kekal single jelar

mesti dah biasa single dah tu, tak biasa dah hidup berkongsi ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:46 AM | Show all posts
syirazee replied at 5-5-2025 11:34 PM
Jodoh tak panjang..yg penting aman2 je takde nak merentan bagai.

Belum lagi....tunggu bila job juri tu habis. Keluar segala caci maki
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sebelum ni duda dgn janda ke.
dok balik rumah sendiri. tp anak mas idayu dah besar pnjg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 09:14 AM | Show all posts
x panjang rupanya jodoh mereka hmmmm.. yelah setiap org di usia tua ni nak ada teman bersembang kongsi kisah suka duka.

x pelah, semoga berbahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 09:40 AM | Show all posts
sbb mami pegang mikropon terbalik ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah lama hidup single tetiba ada laki balik mcm kekok kot... Tak serasi gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 09:47 AM | Show all posts
Dah setakat tu saja jodohnya.
Moga masing2 temui bahagia masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 10:18 AM | Show all posts
Sapa wartawan kosmo yang tulis news ni? eja Shah Alam pun salah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2025 12:29 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 6-5-2025 09:40 AM
sbb mami pegang mikropon terbalik ke

hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-5-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.061899 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list