CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 9

[Jenayah] Sampai 2 Kali, Lelaki Pergi Tendang Kucing Masuk Longkang!

[Copy link]
Post time 5-5-2025 07:55 AM | Show all posts |Read mode


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dengan sengaja menendang seekor kucing jatuh ke dalam longkang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram @iamparitbuntar, kejadian didakwa berlaku di Jalan Besar Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Perkara itu berjaya dirakam oleh seorang individu yang menyedari perbuatan lelaki berkenaan semasa dia sedang berada di dalam kereta.

Bukan sekali, sampai dua kali tendang kucing masuk longkang

Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki berbaju hitam itu secara tiba-tiba menghampiri seekor kucing yang sedang duduk berdekatan longkang.

Dia kemudiannya menolak kucing itu dengan menggunakan kakinya sehingga haiwan terbabit terjatuh ke dalam longkang sebelum berlalu pergi memasuki sebuah kedai makan.

Selang tidak lama kemudiannya, dia sekali lagi berjaya dirakam menendang dipercayai kucing sama jatuh ke dalam longkang.
Ramai kecam, mahu pihak berkuasa segera tangkap si pelaku

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang menganiaya haiwan berkenaan.

Kebanyakan orang juga berasa marah melihat perkara itu dan berharap agar pihak berkuasa segera menangkap si pelaku untuk dikenakan hukuman atas perbuatannya itu.

Ada juga individu yang berpendapat bahawa lelaki terbabit mungkin orang kurang upaya (OKU) mental kerana manusia yang normal tidak mungkin akan berbuat sedemikian.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Pulau Pinang berhubung video tular ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2025 01:45 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 07:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 07:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 07:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg sakit hati sangat dengan kucing tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2025 12:07 PM | Show all posts
Kucing ni irritating esp kalau ko memang tak suka kucing. Selain suka meminta2 kekadang siap naik tangan atas peha bila ko tak beri perhatian. Disamping itu dia juga suka gesel2 kat kaki tak kira siapa. Unless ko memang pencinta kucing, kadang2 rasa macam nak sepak tapi rasa ja lah, tak lah sampai betul2 buat.

Belum lagi terpijak tahi kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-5-2025 12:07 PM
Kucing ni irritating esp kalau ko memang tak suka kucing. Selain suka meminta2 kekadang siap naik ta ...

kucing kalo ada akal dia xkan buat mcm tu.. lainla manusia ni berakal.. patut manusia la lagi bijak kawal emosi tu.. kucing tu berhak hidup sma mcm kita.. kita sama2 kongsi apa yg ada kt muka bumi ni dgn makhluk lain.. kita ni pun menumpang je kt muka bumi ni.. bumi ni bkn hak kita semata2.. jgnla bersikap kejam ngan hewan dia x tau apa2, dia x gi sekolah mcm kita..kdg2 manusia ni ada akal tp letak kt lutut. dia pikir dia ada keistimewaan sbb tu dia rasa dia bole menzalimi makhluk lain..pdhal dia pun satu masa nanti akan hilang dr muka bumi ni.. sama la cam kucing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 06:16 PM | Show all posts
ekselen replied at 5-5-2025 03:01 PM
kucing kalo ada akal dia xkan buat mcm tu.. lainla manusia ni berakal.. patut manusia la lagi bija ...

OK tq. akan ku ingat kata2 ini.
fyi, walau pun aku tak suka kucing tapi aku bagi juga makan tau, siap belikan lagi. Mungkin sebab itu kucing suka aku. Bencinya.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-5-2025 06:16 PM
OK tq. akan ku ingat kata2 ini.
fyi, walau pun aku tak suka kucing tapi aku bagi juga makan tau, s ...

hahaha baguslah byk pahala dpt walaupun bg mkn kucing shj.. tahniahhh iols bangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054203 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list