|
Rita Rudaini tampil mengulas mengenai isu golongan lelaki yang curang dan kemudiannya berkahwin dengan wanita perampas atau lebih dikenali sebagai ‘penyondol’.
Menerusi Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar ini beranggapan mana-mana lelaki yang berkahwin dengan penyondol dianggap sebagai seorang yang tidak bijak.
Lelaki yang kahwin dengan penyondol ini tak ada yang bijak.
Kalau dia bijak, takkanlah dia pilih penyondol kan?
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Mami Jarum’ sempat berkongsi pengalamannya yang pernah menyaksikan beberapa pengakhiran kisah sadis perkahwinan di mahkamah syariah sebelum ini.
Dalam mahkamah itu, saya pernah tengok orang bergaduh rebut pinggan, gelas, tilam, kipas siling.
Sampaikan roti Gardenia dalam resit nafkah anak pun dipertikai. Keji kan?
Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan perkara itu meskipun ianya pahit untuk ditelan sesetengah pihak.
Sumber: OhBulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|