View: 800|Reply: 22
|
[Tempatan]
Malaysia sambut baik Kosovo buka kedutaan di Kuala Lumpur
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-5-2025 12:59 PM
Presiden Kosovo akhiri lawatan rasmi empat hari ke MalaysiaBernama
04/05/2025 06:15 MYT

Osmani tiba pada Khamis sekali gus menandakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan pada 4 April 2021. - Gambar/ Bernama
SEPANG: Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu berlepas ke Brunei hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala.
Turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Osmani dan delegasinya ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Osmani tiba pada Khamis sekali gus menandakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan pada 4 April 2021.
Pada Jumaat, Osmani diberi sambutan rasmi, diikuti mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kemuncak lawatan itu ialah penyampaian anugerah awam tertinggi Kosovo, Order of Independence kepada Anwar.
Anugerah itu pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan Kosovo kepada individu yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong kemerdekaan negara berkenaan.
Kerajaan Kosovo juga menyampaikan anugerah itu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengiktiraf sumbangan Allahyarham semasa detik penting dalam sejarah negara berkenaan.
Dalam sidang media bersama pada Jumaat, Anwar berkata Malaysia kekal komited untuk menjalinkan kerjasama dengan Kosovo melangkaui hubungan diplomatik konvensional, merangkumi bidang perdagangan, pelaburan serta kerjasama lebih meluas antara kedua-dua negara.
Sementara itu, Osmani berkata Kosovo bersedia untuk memperkukuh hubungan diplomatik, ekonomi dan keselamatan dengan Malaysia yang diterjemahkan menerusi pembukaan kedutaan di Kuala Lumpur.
Osmani turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Malaysia dan menyifatkan hubungan kedua-dua negara tidak sekadar dibina melalui diplomasi tetapi juga berdasarkan nilai kebersamaan seperti perpaduan, martabat dan kepelbagaian.
Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Okt 2008 sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.
Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.
Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (USD6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (USD5.5 juta) serta import RM2.63 juta (USD550,000).
Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/presiden-kosovo-akhiri-lawatan-rasmi-empat-hari-ke-malaysia-519299
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada 3 pemimpin tertinggi negara luar datang in recent weeks. Cuma hypenya sahaja yang berbeza. Tiber teringat PM Malaysia yang kena menunggu chop passport di Dubai satu masa dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
off topic jap...pnh smp Kosovo many years ago, friendly ppl, good food and cheap...ppuan cantik2 kat Kosovo...ada statue Bill Clinton situ...bus ada conductor, remind me of KL zaman 80's dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kecoh kat fb, atok nye usaha,pak non dpt pingat..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
'Kerajaan Kosovo juga menyampaikan anugerah itu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengiktiraf sumbangan Allahyarham semasa detik penting dalam sejarah negara berkenaan.'
Memang tak nak bagi le tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kosovo, albania, bosnia.. negara2 balkan org2 die hensem2 and lawa2 (in general la)
|
|
|
|
|
|
|
|
rupa presiden kosovo nih ada iras2 armenian sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 5-5-2025 08:45 PM
Negara2 Balkan macam Bosnia dan Kosovo ni antara cita cita tempat aku nak pergi melancong selepas Baitullah di Mekah dan Baitul Maqdis di Palestin.....tapi Baitul Maqdis tu kena hold dulu sebab aku teringin nak backpack ke sana...tapi macam tak aman...so mungkin tunggu Imam Mahadi baru aku backpack sambil merangkak ke sana.
Kalau negara Indonesia , Filipina, Kemboja, India, Laos, Vietnam, China, Korea Selatan aku tak selera nak pergi. Walupun leluhur aku dari Kepulauan Riau, Sulawesi dan Kalimantan....cukup respect leluhur di Jugra dan Kota Tinggi saja.
Done Karangan Cita-Cita Saya |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden Kosovo lawat Makam Pahlawan, ziarah kubur Tun Abdullah
BERNAMA - Mei 3, 2025 @ 2:50pm

Vjosa (tiga, kiri) menziarahi kubur Perdana Menteri kelima Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan hari ini sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi empat harinya ke Malaysia yang bermula Khamis lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani, hari ini melawat Makam Pahlawan untuk memberi penghormatan kepada bekas perdana menteri dan pemimpin negara yang disemadikan di sini, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi empat harinya ke Malaysia yang bermula Khamis lalu.
Dalam lawatan ke makam yang terletak di dalam perkarangan Masjid Negara itu, Osmani turut menziarahi kubur Perdana Menteri kelima Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang meninggal dunia pada 14 April lalu.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebagai menteri pengiring.
Turut mengiringi Osmani ialah anak Allahyarham Tun Abdullah, Tan Sri Kamaluddin Abdullah dan anak perempuannya, Nori Abdullah.
Lawatan ini mencerminkan penghargaan Kosovo terhadap sokongan padu Malaysia, khususnya di bawah kepimpinan Allahyarham, semasa negara itu mengharungi pembinaan negara, dan ia mengetengahkan nilai keamanan bersama, perpaduan dan saling menghormati antara kedua-dua negara.
Semalam Osmani menganugerahkan Order of Independence yang merupakan penghormatan tertinggi Kosovo kepada Tun Abdullah secara anumerta, sebagai mengiktiraf dedikasinya terhadap keamanan dan kebebasan di Kosovo serta sokongan padu Allahyarham terhadap kemerdekaan dan usaha pembinaan negara berkenaan.
Anugerah itu diterima oleh menantu Tun Abdullah yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Terdahulu Osmani turut melawat Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam Malaysia, yang menyerlahkan kepentingan aspek budaya dalam penglibatan Kosovo dengan Malaysia.
Semasa lawatan muzium, beliau meneroka pameran bertajuk "Samudera Berbicara: Pembentukan Dunia Melayu Islam" yang menonjolkan penyebaran ajaran Islam merentasi maritim Asia Tenggara dan kesan budaya serta tamadunnya ke atas Kepulauan Melayu.
Masjid Negara kekal sebagai simbol utama identiti agama dan kebangsaan Malaysia, manakala Muzium Kesenian Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1998, adalah muzium terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Program kebudayaan tersebut menyerlahkan sebahagian daripada agenda meluas Presiden Kosovo itu untuk mengukuhkan hubungan dua hala, termasuk pembukaan rasmi Kedutaan Kosovo di Kuala Lumpur dan perbincangan peringkat tinggi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Dalam sidang media bersama semalam, kedua-dua negara bersetuju untuk memperdalam kerjasama dalam bidang utama seperti perdagangan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan, di samping meningkatkan hubungan rakyat melalui pertukaran pelajar dan perkongsian universiti.
Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Okt 2008, menjadi antara negara Asia yang awal berbuat demikian. Hubungan diplomatik telah terjalin secara rasmi pada 18 Mac 2011. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry kosovo ni kt mana? belah balkan sana ke... |
|
|
|
|
|
|
|
agreed...adik meols terlepas nak bergambar dgn awek cun kerja reception hotel kat Mostar...haha...tu lah nak tunggu lagi esok, dah esok awek tu tak kerja...haha...
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 5-5-2025 08:41 PM
Negara2 Balkan macam Bosnia dan Kosovo ni antara cita cita tempat aku nak pergi melancong selepas Ba ...
Baitul maqdis tak aman? Kalau tengok news rtm ja memang ko tak leh connect macam mana palestine boleh ada liga bola, tel aviv boleh ada LGBT parade kan. Orang Malaysia tak lepas nak pergi sebab pasport tak laku, itu sahaja sebabnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Make sense la if ada nama mahathir and tun abdullah... Dahulu kosovo di bawah anutonomous serbia and later jadi yugoslavia sekarang hanya jadi negara di balkan saja.. 2008 kosovo dapat independent dari serbia era tun abdullah.. Era mahathir kena ethnic cleansing 90s .... Serbs and albanian ada long history.. Termasuk agama conflict...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 5-5-2025 05:12 PM
dani-rox replied at 5-5-2025 04:33 AM
rupa presiden kosovo nih ada iras2 armenian sebegitu
Saudagher armenian... Albanian.. Albanian ini majority muslim di balkan... Dahulu jangan salah panggil depa ini sebab hating each other..seperti panggil iranian itu ereb... Sekarang ini ok lah sebab sudah independent bukan jajahan kuasa.. Ethnic and agama.. Tetapi albanian muslim ini lebih liberal version dari malaysian muslim.. |
|
|
|
|
|
|
|
ardent91 replied at 5-5-2025 10:59 AM
kosovo, albania, bosnia.. negara2 balkan org2 die hensem2 and lawa2 (in general la)
Bucket list ni.. europe cukup la gi utk kerja tepi balkan ni nak gi cuti2 kenal culture |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-5-2025 08:31 AM
Baitul maqdis tak aman? Kalau tengok news rtm ja memang ko tak leh connect macam mana palestine bo ...
Aku faham je...Geografi Israel tu....cuma aku tak suka pressure time healing.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga one day tercapai cita2 cuols...meols pun sama belum pnh smp baitul muqaddis lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
for Msian passport holder, hanya Serbia jer negara Balkan yg perlu visa, yg lain tak perlu. Lagi satu, meols masa pergi tu, around prolly 8-9 years ago, dari Serbia bole terus masuk Kosovo, tapi dari Kosovo nak masuk Serbia tak bole, kena side track gi negara lain dulu baru bole masuk Serbia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|