CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 4

Macam semut! 2.5 juta manusia banjiri konsert Lady Gaga di Brazil

[Copy link]
Post time 4-5-2025 08:15 PM | Show all posts |Read mode


TERUS melakar sejarah, penyanyi antarabangsa, Lady Gaga membuktikan dirinya sebagai ikon muzik global apabila mencatat rekod baharu sebagai artis wanita dengan mengadakan persembahan terbesar di dunia.


Lebih 2.5 juta peminat membanjiri Pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil bagi menyaksikan konsert percuma Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta yang berlangsung penuh gilang-gemilang pada sabtu (waktu tempatan).


Memetik laporan media Brazil, pelantun lagu Die With A Smile itu memulakan konsert sekitar pukul 10.10 malam waktu tempatan dengan lagu hits tahun 2011 berjudul Bloody Mary.


“Malam ini, kita mencipta sejarah. Terima kasih kerana mencipta sejarah bersama saya,” kata Gaga kepada lautan peminat yang menjerit teruja di ibu kota Brazil.


Konsert tersebut turut menyaksikan Gaga mempersembahkan lagu-lagu klasik seperti Poker Face dan Alejandro, sambil tampil dengan pelbagai busana, termasuk gaun berinspirasikan warna bendera Brazil yang mencuri tumpuan lensa kamera.


Sorakan kegembiraan bergema daripada ribuan peminat memenuhi kawasan pantai sambil menyanyi dan menari bersama-sama di kawasan pasir yang luas.


Dengan kejayaan luar biasa ini, Gaga bukan sahaja mengukir nama sebagai legenda pop moden, malah membuktikan kekuatan pengaruhnya di pentas global.


Sebelum ini, Dewan Bandaraya Rio menjangkakan sekitar 1.6 juta orang akan hadir, dan acara itu mampu menjana lebih 600 juta reais (sekitar £79.5 juta) kepada ekonomi tempatan.


Difahamkan, konsert seumpama ini akan dianjurkan setiap tahun pada bulan Mei sehingga 2028.


Gaga tiba di Rio pada awal pagi Selasa lalu, dan sejak itu seluruh bandar diselubungi fenomena ‘Gaga-mania’, menandakan kemunculan semula bintang pop itu di Brazil selepas kali terakhir tampil pada 2012. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 03:42 AM | Show all posts
bila nak datang mesia nyeh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:37 AM | Show all posts
hyie replied at 4-5-2025 07:42 PM
bila nak datang mesia nyeh?

tak dapat nyeh...
konsert 3 hari di singapore je nyeh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:38 AM | Show all posts
congrats lady gaga! banyak tu datang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 12:46 PM | Show all posts
ikonik! Gaga terus memecahkan halangan dan mentakrifkan semula apa yang dimaksudkan untuk menjadi seorang superstar global. 2.5 juta orang di pantai? Itu bukan sekadar konsert, itu fenomena budaya!
Crazy Cattle 3D
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.297187 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list