CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 6

Umie Aida Minta Maaf Tendang Muka Rosyam Nor

[Copy link]
Post time 4-5-2025 12:32 PM | Show all posts |Read mode


PELAKON Datin Seri Umie Aida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor Datuk Rosyam Nor pada Ahad.


Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, membuat permohonan maaf itu jika sepanjang mereka berlakon dalam drama ‘Keluarga Itu’ ada keterlaluan dan menyinggung perasaannya.


Jelas Umie, apa dilakukan terhadap Rosyam hanya semata-mata menjayakan watak sebagai Chempaka.


“Abang, Umie nak minta maaf sangat. Umie tahu abang yang suruh saya buat babak itu, tetapi memang berat untuk Umie buat.




“Saya nak minta maaf sangat-sangat terutamanya pada keluarga abang, anak-anak dan cucu-cucu abang.


“Saya minta maaf dengan apa yang saya buat. Saya tak pernah buat macam itu dekat orang lain,” katanya.


Umie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Ahad.


Difahamkan, Umie memohon maaf kerana terpaksa melakonkan babak menendang muka Rosyam kerana amarah akibat perbuatannya merogol anak kandung dalam drama tersebut.




Dalam pada itu, Umie memberitahu dia masih menyimpan rasa hormat terhadap Rosyam meskipun mereka sering bergurau.

“Gurau, gurau juga. Rasa hormat saya pada abang Rosyam tetap ada.

“Dia seorang pelakon hebat, abang yang penyayang dan mulut memang tak ada insurans,” ujarnya.

Sementara itu, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 58, memberitahu dia memahami peranan Umie sebagai pelakon dan sudah menganggap aktres berkenaan sebagai adik.

  

“Tak ada apa Umie, kerja. Abang pun tak pernah bagi seorang pelakon pun buat abang macam itu.

“Umie dah berlakon dengan abang sudah lama, Umie pun dah macam adik abang. Untuk melakonkan watak itu abang okay sahaja,” jelasnya.

Tambah Rosyam lagi, kali terakhir dia bergandingan bersama Umie menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Allahyarham Mamat Khalid dan berharap dapat mengubati peminat dengan kemunculan drama Keluarga Itu.

“Sudah lama saya tidak berlakon dengan Umie. Kali terakhir dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang.

  

“Kini saya bertemu semula Umie seorang sosok pasangan lakon saya yang paling hebat. Saya dapat berjumpa balik dengannya dalam drama Keluarga Itu.

“Semoga dapat mengubati mereka yang merindui keterampilan kami berdua, insya-Allah,” katanya.

Keluarga Itu menjadi fenomena apabila penulis skrip Erma Fatima dengan berani memaparkan isu sumbang mahram yang berlaku dalam drama tersebut.

Selain Umie dan Rosyam, drama dibintangi barisan pelakon Fattah Amin, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Izara Aishah dan Muaz Zabir sedang disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam di TV3. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 12:55 PM | Show all posts
Alah alah alah. Biase la taktik nk suh org tgk cerita
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah abes ke belum series ni..letihh.. aku wpun xmengikuti asek lalu lalang kat pesbuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa i tgk smlm x dpt tgk part kena tendang2 tu? Habis smpai umie buka pintu rumah. Tau2 harini viral part kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sedap nampak chemo tendang Iman tu..pueh hati lepuk belakang terajang muka
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:21 PM | Show all posts
alaa....kasi fly kick je.

lebih dramatic lah kalau acik dukun terkejut ..... terus kena heart attack, mulut senget kifarah kerana terlalu bodoh

lepas tu si apak terus lari keluar rumah, kat tengah jalan...kena langgar lori,  jadi kejung.
tapi masih tetap bila tengok perumpuan air lior leleh, hanya bibird dah lunyai kena gilis tayar lori.  

MasyaAllah! Allahhuakbar ...... habibi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama ni 30 episod, dah episod 28 or 29 dah kat tv3, kat tonton x tahu plak...siapa nak tengok, tengok jer lah...siapa tak nak tengok, sudehhhh...bitch be so kecoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050063 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list