CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

5 restoran tercantik di dunia

[Copy link]
Post time 4-5-2025 12:07 PM | Show all posts |Read mode


RESTORAN bukan hanya menjadi tempat menghidangkan makanan lazat untuk mengisi perut, tetapi juga menjadi lokasi untuk mencipta kenangan manis bersama keluarga, rakan-rakan mahupun insan tersayang.

Sehubungan itu, banyak restoran berlumba-lumba untuk menampilkan keunikan masing-masing bukan sahaja menyajikan makanan enak tetapi juga tampil dengan rekaan dan dekorasi indah.

Berikut CitaRasa kongsikan lima restoran tercantik di dunia menurut Forbes dan Yahoo Life.




1- Le Meurice Alain Ducasse, Paris, Perancis


RESTORAN bintang Michelin yang sering dilaporkan paling cantik di dunia ini terletak di dalam Hotel Meurice yang glamor di Paris. Bilik-biliknya diilhamkan oleh Salon de la Paix di Palace of Versailles, manakala hiasannya juga sangat mewah. Hidangan di restoran ini dicipta oleh cef popular Alain Ducasse yang terkenal dengan kemahiran teknikal dan masakan haute tradisional Perancis, bermakna menu itu sepadan dengan persekitarannya yang cukup indah serta sempurna.




2- Tomacado, Hong Kong


Restoran Tomacado direka bentuk untuk mencerminkan budaya dan suasana tempatan di beberapa lokasi tertentu. Tema bunga dipilih dengan teliti sebagai inspirasi untuk reka bentuk restoran itu.

Konsep restoran itu berkisar tentang ‘satu bandar, satu bunga, satu restoran dan satu tema’.

Orkid Hong Kong memberi inspirasi kepada kawasan taman indah yang telah menjadi salah satu tempat paling ‘Instagrammable’ di bandar raya itu. Restoran ini tersembunyi di sebalik paparan tingkap kedai bunga dan menawarkan hidangan gaya Barat yang menggabungkan unsur masakan Cina, Asia Tenggara dan Jepun.




3- Le Train Bleu, Paris, Perancis


PADA asalnya ia dibina untuk Exposition Universelle pada tahun 1900. Le Train Bleu di Paris masih merupakan salah satu tempat makan yang paling indah dan menawan di bandar ini.

Terletak di stesen kereta api Gare de Lyon, restoran mewah itu merupakan kegemaran Coco Chanel dan Brigitte Bardot. Antara keindahan yang menjadi signatur di restoran ini ialah bingkai dan ukiran berlapis emas, mural berskala besar serta candelier besar semuanya menambahkan lagi suasana yang mewah.




4- Circolo Popolare, London, United Kingdom


CIRCOLO Popolare ialah tempat yang popular di London yang mempunyai hiasan dalaman sempurna dan hidangan pasta seperti sutera. Pengunjung akan berasa seperti berada di teres yang disimbah pancaran matahari di Itali dan bukannya di Fitzrovia. Lagipun, ia direka untuk mencipta semula ‘suasana hangat perkahwinan’ Sicilian.

Antara keistimewaan di situ ialah hidangan di atas pinggan yang dicat terang, pasta yang dihidangkan di tepi meja selepas dipintal dalam roda besar parmesan cair selain pokok wisteria dan oren yang dipenuhi cahaya dongeng menutupi siling.




5- Sirocco, Bangkok, Thailand


SIROCCO dianggap sebagai restoran terbaik dan tertinggi yang mungkin boleh mengundang vertigo. Terletak di tingkat 63, ia menyajikan keindahan pemandangan bandar yang luas. Restoran yang memenangi anugerah ini bukan sahaja terkenal dengan masakannya yang lazat, tetapi juga pemandangan panoramiknya.

Persembahan pancaragam jazz secara langsung menambah pengalaman makan malam diterangi cahaya bulan yang menghimpunkan aroma dan rasa Mediterranean. - KOSMO! ONLINE





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.075859 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list