CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 5

[Tempatan] Rangka lelaki dipercayai hilang Julai lalu ditemukan di belakang rumah

[Copy link]
Post time 4-5-2025 08:18 AM | Show all posts |Read mode


Bera: Polis menerima aduan berkaitan penemuan tulang disyaki rangka manusia di belakang sebuah rumah di Felda Bukit Mendi, dekat sini, jam 11.50 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pengadu menemukan rangka dan tengkorak ketika melakukan pembersihan semak dan meracun rumput di kawasan itu kira-kira jam 4 petang semalam.


Katanya, pengadu yang berusia 36 tahun pada mulanya ragu-ragu sama ada rangka yang ditemukan itu adalah patung atau manusia sebelum menceritakan kepada rakannya.


"Akhirnya dia membuat keputusan melaporkan kepada polis sebelum anggota ke tempat kejadian.


"Hasil siasatan awal mendapati rangka manusia yang ditemui itu berada kira-kira 100 meter dari belakang rumah yang juga tanah rizab Felda dan kawasan berpaya," katanya.


Beliau berkata, rangka dan tengkorak itu dijumpai di kawasan semak samun dan polis turut menemukan baju, seluar dan jaket dalam keadaan berselerakan.


"Siasatan masih lagi diteruskan dan rangka itu diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Bera untuk pengenalan identiti mangsa.


"Polis sebelum ini pernah menerima satu laporan pada Julai 2024 berkaitan orang hilang (OH) di Felda Bukit Mendi," katanya.


Katanya, individu yang dilaporkan hilang itu seorang lelaki berusia 48 tahun.


"Setakat ini keluarga terdekat sudah dihubungi dan mengesahkan pakaian yang ditemui dipakai mangsa ketika dilaporkan hilang," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam main hide and seek sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 09:43 AM | Show all posts
Tajuk mislead.
aku igt jumpe blkg rumah mangsa sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang dibuat masuk dalam semak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan lazim, takde bau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 4-5-2025 09:43 AM
Tajuk mislead.
aku igt jumpe blkg rumah mangsa sendiri

Bukan eh? Aku baca balik artikel, still tak jelas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041583 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list