CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 863|Reply: 25

[Tempatan] Pekerja spa nekad gigit lidah remaja lelaki, selamatkan diri dari dirogol

[Copy link]
Post time 2-5-2025 09:15 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA – Seorang wanita nekad menggigit lidah remaja lelaki bagi menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di sebuah spa kecantikan di Batu Berendam di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan berhubung kejadian telah dibuat mangsa yang berusia 25 tahun pada pukul 11.53 pagi di Balai Polis Batu Berendam, semalam.


Katanya, susulan maklumat diterima, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diberkas di sebuah rumah pangsa di Taman Merdeka, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.


“Mengikut laporan dibuat, mangsa mendakwa telah didatangi suspek yang berpura-pura bertanya tentang pakej rawatan kononnya untuk teman wanitanya yang dalam perjalanan.


“Setelah masuk ke dalam spa, suspek tiba-tiba menutup mulut mangsa dengan tangan dan menariknya masuk ke bilik rawatan sebelum meraba serta menolaknya sehingga jatuh ke lantai,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Tambahnya, suspek kemudian cuba merogol mangsa tetapi wanita berkenaan bertindak menggigit lidah dan mencubit perut remaja itu dengan kuat.


“Mangsa kemudian menjerit membuatkan suspek terus melarikan diri.


“Dia menghubungi majikannya dan diminta untuk mengunci pintu premis, namun beberapa minit selepas itu suspek muncul sekali lagi dan cuba masuk ke dalam spa namun gagal,”ujarnya.


Christopher berkata, dalam tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah motosikal Honda EX5 dipercayai kenderaan curi yang digunakan suspek.


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 dan 393 Kanun Keseksaan atas cubaan merogol dan samun. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga...siap cuba nak masuk semula tu .umur 16thn...syukur mangsa selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
16 tahun sissy oiiiii…. Masih kanak2 lagi tu sissy… ineseng dan suci dan kain putih lagi tu sissy… heols pasti jadi begini disebabkan pernah jua dirugul sebelum2 ini sissy oiii… janganlah dihukum kanak2 itteww sissy…
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekkkkkkkk….!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko kenapa dik?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya dorang bercemolot dulu la ekk... kalau tak masakan dia mampo gigit lidah orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2025 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak bersimpati kepada kanak2 itteww yang telah digigit oleh perempuan dewasa itteww sissy…
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul budak tu.
Dia mesti dh lama perhatikan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo knpe nk simpati pada budak tu pulak dh knpe mcm terdesak sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang tak paham ayat sarkastik akak sissy… nama dia myeramie sissy… akak bersimpati pada heshe sissy…
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tringat kawan aku cerita, adik dia dalam perjalanan nak pergi sekolah jalan kaki.. sampai satu tempat sunyi ada budak sekolah dia jugak, cuba tarik nak rogol.. nasib kebetulan masa tu ada sorang pakcik lalu kawasan tu.. gile trauma
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 2-5-2025 10:23 PM
Maksudnya dorang bercemolot dulu la ekk... kalau tak masakan dia mampo gigit lidah orang.

....atau budak tu yg nk cuba cium dia(kt mulut la).
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah kuat semangat dia melawan even skill mencubit pun berguna
Kalau cepat sgt mengalah, abis la
Cuma kesian lps ni mesti trauma, silap2 brenti keje terus
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 08:16 AM | Show all posts
mcm2 bebudak zaman skrg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 2-5-2025 10:23 PM
Maksudnya dorang bercemolot dulu la ekk... kalau tak masakan dia mampo gigit lidah orang.

Pening juga....klau perogol x jelirkan lidah camne pekerja spa tu blh gigit lidah dia? Lain la klau dia gigit kote budak tu sbb dh meme terjulur
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 10:56 AM | Show all posts
Skuau replied at 3-5-2025 03:45 AM
....atau budak tu yg nk cuba cium dia(kt mulut la).

Teori aku, kepala mangsa digenggam kuat. Pelaku melakukan adegan french kiss tetapi mangsa tutup mulut.
Sekonyong lidah pelaku membasahi dan melewati bibir mangsa, mangsa terus gigit.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 10:57 AM | Show all posts
Firenzza replied at 3-5-2025 08:33 AM
Pening juga....klau perogol x jelirkan lidah camne pekerja spa tu blh gigit lidah dia? Lain la kla ...

post #16.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tukang urut indon kat spa cerite ade zantan melayu gelebeh perot gendut beli pakej buang bulu.  Semua bulu dia mintak buang ko..  Gampang betol.  Dia kata dia tembak gitu2 je kat celah kangkang tu tak kuase nak selak2.  Pakej lifetime rege RM20k+.  Bayar ansuran la.  Vavee bethol..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:07 PM | Show all posts
pooh~key replied at 2-5-2025 11:09 PM
Ada orang tak paham ayat sarkastik akak sissy… nama dia myeramie sissy… akak bersimpati pada heshe ...

Ha ha ha... aku faham sangat

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:10 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 3-5-2025 11:45 AM
Tukang urut indon kat spa cerite ade zantan melayu gelebeh perot gendut beli pakej buang bulu.  Semu ...

tembak dengan apa? ada juga eh lifetime fee macam tak masuk akal gunting rambut tempat yang sama prepaid untuk seumur hidup

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064047 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list