Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai seorang wanita meminta pertolongan orang ramai untuk mencari lelaki yang didakwa suaminya
Siapa sangka, rupa-rupanya wanita tersebut dikatakan telah mengganggu seorang tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan swasta dikenali sebagai Ahlan Academy lima tahun berturut-turut.
Menerusi sebuah video yang viral di laman X, lelaki yang menjadi mangsa obsesi wanita tersebut dilihat menghalaunya keluar dari perpustakaan selepas diganggu ketika sedang melakukan assignment.
"Kejadian pada 14 Januari 2025. Si perempuan yg ada masalah mental ni mengganggu aku di Library UIAM Gombak. Video ni menunjukkan yg aku sedang halau dia drpd library sbb dia mengganggu aku yg sedang buat assignment di library.
"Video ni dirakam oleh salah seorang pelajar yang menyaksikan kejadian ini. dia tiba2 muncul di library tu utk 'berbincang' kononnya. Padahal dah beribu kali aku ckp yg aku langsung tak berminat dgn si gila ni dan beribu kali aku ckp yg aku tak akan approve dia follow ig aku.
"Semua kegilaan ni bermula apabila aku remove dia drpd jadi follower ig aku. Knp aku remove? Sbb aku rasa sgt2 tak selesa setiap kali aku buat story ig, dia akan jadi yg terawal view story ig aku.
"Since dia dah kena removed sejak April 2020, sampai skrg dia meroyan, harrass aku selama 5 tahun. Skrg dah genap 5 tahun. Masuk Mei 2025 nnt otw jadi 6 tahun aku di-harrass. dia punya obsess dgn aku," katanya.
Bukan itu saja, wanita berkenaan sampai sanggup buat banyak akaun palsu untuk menghubungi si mangsa dan claim dia adalah suaminya
Menurut kenyataan rasmi oleh Ahlan Academy, tiada sebarang hubungan peribadi seperti berkahwin atau bercinta antara Cikgu Zulhilmi dan wanita itu yang dikenali sebagai Abidatul selain pernah berada dalam beberapa kelas yang sama ketika zaman pengajian universiti mereka.
Namun, Abidatul didakwa mula menyebarkan dakwaan tidak berasas yang mengatakan mereka pernah berkahwin.
"Nah, korang sendiri tengoklah betapa banyaknya si gila ni buat fake account kat TikTok, IG, Twitter. Ni baru sebahagian tau.
"Dia ni patut dpt rawatan mental. Sbb dulu dia harrass mangsa pertama dia. Skrg ni aku boleh dikatakan mangsa kedua lah. Lps ni kalau dia hidup lagi, dia akan harrass jantan yg seterusnya," katanya lagi. - SEISMIK
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 3-5-2025 09:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lelaki tu my wife punya cousin. Diorang dulu rakan sekelas kat UIAM, then lelaki nie jadi part time lecturer kat situ. Lepas dah tak sekelas, dia remove dari list IG, then pompuan tu start kacau. Report polis dah buat, mak budak laki nie pun dah call mintak tolong kat mak pompuan tu, pun tak jalan.
Post time 3-5-2025 10:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Laki tu pun dulu sekelas je, tak pernah bertegur sapa, maybe berselisih tapi tak pernah focus apa pun kat perempuan tu. Pompuan tu request to follow on IG, then accept je la. But red flag bila everytime dia post something, pompuan tu akan jadi the first viewer. So dia remove perempuan tu. Since then dia macam obses dengan laki tu. Dah siap guna lawyer untuk distancing tapi still tak jalan jugak.