KAJANG – Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di daerah ini, di sini, hari ini.
Difahamkan, adik mangsa yang menyaksikan kejadian menyatakan bahawa abangnya mengalami masalah kesihatan mental dan masih menerima rawatan di hospital.
-Advertisement-
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam sekitar pukul 8.37 pagi.
Pemuda alami masalah mental jatuh tingkat 15 pangsapuri
“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada perbuatan berunsurkan jenayah berlaku ke atas mangsa yang merupakan penganggur.
“Pemeriksaan dari pihak KKM yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Kajang, Inspektor Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670. – KOSMO! ONLINE
|