CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26|Reply: 0

Pemakanan sihat untuk ibu hamil

[Copy link]
Post time 29-4-2025 11:44 AM | Show all posts |Read mode


MENJAGA pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian sememangnya penting sepanjang hidup malah, ia lebih perlu diberikan lebih perhatian ketika individu itu mengandung.


Ini kerana pemakanan yang seimbang boleh membantu bayi dalam kandungan untuk membesar dengan sihat, berkembang elok, dan dapat berat badan yang sepatutnya.


Ibu hamil memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian sebelum hamil.


Secara amnya, makanan untuk ibu mengandung perlu mempunyai makanan yang tinggi kandungan kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D dan asid folik.




Memetik laman web UNICEF Parenting, pemakanan yang sihat untuk ibu hamil bermaksud, makan pelbagai jenis makanan berkhasiat dari setiap kumpulan makanan.


Bagi memastikan ibu hamil dan bayi yang dikandungnya sihat, berikut beberapa panduan serta pengambilan makanan yang tidak boleh diabaikan ibu hamil.


Buah-buahan


Buah segar, sejuk beku atau yang dikeringkan semua baik untuk ibu hamil. Apabila makan, cuba pastikan separuh pinggan penuh dengan buah dan sayur.




Sayur-sayuran


Boleh makan sayur mentah, dalam tin, sejuk beku atau kering. Untuk salad, pilih sayur berdaun hijau gelap kerana lagi berkhasiat. Sama seperti buah, cuba pastikan separuh pinggan ada sayur dan buah.


Bijirin


Ketika makan, cuba pastikan separuh daripada bijirin yang kita ambil adalah bijirin penuh (whole grain). Ini bijirin yang tidak diproses sepenuhnya. Contohnya macam oat, barli, quinoa, beras perang, dan bulgur.


Protein


Penting untuk ambil pelbagai jenis protein setiap hari. Daging, ayam, telur, kekacang, kacang pis, dan biji-bijian semuanya sumber protein yang bagus.




Tenusu


Jika ambil produk tenusu, pastikan yang dipasteur. Susu, keju dan yogurt asli antara pilihan yang baik.


Minyak dan lemak


Cuba kurangkan lemak yang pejal, contohnya lemak daripada haiwan seperti lemak itik. Lemak yang lebih sihat boleh didapati daripada makanan macam ikan berlemak, avokado, dan kacang. Minyak yang sihat biasanya datang daripada tumbuhan, termasuk minyak zaitun dan minyak canola. - AGENSI


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059251 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list