View: 1074|Reply: 14
|
“Dia Bercakap Dalam Telefon Dengan Lelaki Lain Sampai Pagi” - Edika Yusof
[Copy link]
|
|
Pelakon Edika Yusof berkata dia pernah memarahi isterinya sebelum ini namun menafikan dakwaan Nor Hidayah kononnya pernah dikasari.
Memetik Utusan Online, Edika berkata dia memberi isterinya kebebasan, malah antara mereka tiada rahsia dan apa saja yang dimahukan oleh Hidayah dia akan berikan.
Sementara itu, Edika mendakwa dia turut menyedari isterinya ada bercakap dalam telefon dengan lelaki lain sehingga pagi.
“Kadang adalah saya marah, tetapi tidaklah mendera dan sebagainya. Saya marah pun hanya untuk mendidik dia. Bahkan, antara kami tak ada rahsia, isteri saya pun boleh akses telefon bimbit saya, saya beri dia kebebasan, boleh keluar rumah dan kalau ada masalah, boleh mengadu kepada adik-beradiknya.
“Memang saya dengar dia ada bercakap dalam telefon dengan lelaki lain sampai pagi. Kalau saya nak cerita, banyak tetapi dia tetap mahu bercerai. Sebagai lelaki yang menyayangi dia, saya beri apa yang dimahukan,” katanya.
Dalam pada itu, Edika berkata dia bersetuju untuk menceraikan isterinya untuk kebaikan kedua pihak meskipun masih sayangkan Hidayah.
“Bila anda sayangkan seseorang, kemudian lepaskan dia, itu tidak bermakna anda tewas. Dalam perceraian ini tiada siapa menang sebab ini bukan pertandingan. Ini pengadilan, sebab mahkamah pun sudah nasihat demi kebaikan bersama.
“Pada saya, ia satu kebaikan, saya pun lega, sebab sebelum ini setiap hari risau sebab isteri desak untuk bercerai. Saya fokus sahajalah kerja saya dan teruskan kehidupan, tidak ada masalah. Saya ini lelaki, apa yang berlaku saya ‘telan’, hanya mampu mohon maaf dan luahkan pada tuhan sahaja,” katanya.
SUMBER: Utusan Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ucetat terung kecut boleh ikut jejak langkah OKG... bagi je la apa dia nak. Now nak cerai, ceraikan aje la |
|
|
|
|
|
|
|
Perhhh.. scary betul kan, kalau jenis bangsa darah dkk ni.. mesti style gini cara dorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zezo replied at 25-4-2025 08:09 PM
Perhhh.. scary betul kan, kalau jenis bangsa darah dkk ni.. mesti style gini cara dorg..
Darah dkk tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
ayu213 replied at 26-4-2025 07:00 PM
Darah dkk tu apa?
Dkk kalau tak silap darah keturunan kellyNg.
Kalau salah mintak mahap ya |
|
|
|
|
|
|
|
Mula dah adengan londeh melondeh, cerai aja la, dah tak payah nak tekak kan benang basah memasing. Lepas. Erai cari la hidup memasing, jangan bising2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
maaf kalau komen ni kasar tapi ada ke lelaki yg nak wife dia dalam keadaan wife dia macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
izzah_mia replied at 26-4-2025 09:45 PM
maaf kalau komen ni kasar tapi ada ke lelaki yg nak wife dia dalam keadaan wife dia macam tu?
Edika dulu pnh ckp bapak dia kawin 3 n dia dari mak bini yg ke-2. Dia dh tgk susah senang hidup kurang kasih sayang sbb tu dia bermati2an cuba pertahankan rumah tangga.
Meols mungkin xtau keadaan sebenar dorg laki bini tp meols ada jer dgn dari org2 sekeliling meols yg mana si pompuan ni, 10 keinginan dia dituruti, 1 xdapat, terus mengamuk mcm dh xda langsung kebaikan lakinya. Dan ada jgk jenis yang terbiasa dituruti kemahuannya sampai lupa nk berterima kasih dan xanggap pertolongan orang tu sbg courtesy tp lebih kpd dorg ni feeling2 entitled utk semua pertolongan tu.
Tp meols mungkin xtau cerita sebenar dari bininya tp utk seorang suami yg boleh bertahan 19 tahun dan uruskan kehidupan kamu yg lumpuh tu tanpa kawin lain tu adalah sesuatu yang wow ya? |
|
|
|
|
|
|
|
jangan2 dengan scammer..macam makcik aku terpedaya dengan lovescam..tengahmalam kena call..cakap omputih...konfom dengan scammer |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 26-4-2025 10:14 PM
izzah_mia replied at 26-4-2025 09:45 PM
maaf kalau komen ni kasar tapi ada ke lelaki yg nak wife dia dalam keadaan wife dia macam tu?
Ada chuols. At least yg ni xleh jalan. Xde nak buat oerangai gila moyan. Masih waras.
Ada somi yg kekal jaga wife gila. Seblom tu okay je. Tp tiba2 jd x betul. Wife dia jadi tak betul masa ank2 sekolah rendah. Siap merayau2 jln sorg2 naik bas. Masa ni pcik ni bekerja jd kdg2 tu terlepas keluar umah. Sampai la somi ni tua n meninggal. Xde serai2 pon.
Ada lgi sorg..wife ni tiba2 dimentia. Somi dia tetap bwk pi bfast mcm sebelum wife dia dimentia. Yg dimentia ni dia diam mcm patung je.
Pcik2 ni keje profesional dan tinggal 1 taman dgn meols. |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia ada say hi ke kat jejaka hensem dalam medsoc? |
|
|
|
|
|
|
|
takde mana nye henshem pon acik e nyehhhh
feeling boleh la |
|
|
|
|
|
|
|
camtu je punah reputasi suami terpaling idolat
Ujung2 sama je cam yg lelain tetap juga akhirnya akan berserai dan ada drama londeh melondeh
Bukan ke biniknya ckp sblm ni nk setel diam2 je
Nih laa kesannya bila penceraian ni diketahui media dan org awam
Maka hadap jelaa tahun 2025 ni dgn drama rentua berserai berai
Tak cukup tahun lepas bersusun retis turun naik mahkamah tahun ni pun sama tp kali ni geng2 veteran plak.
Jd tk kira la muda ke tua takde sapa yg sempurna dan terpaling mithali, terpaling green forest bagai
Semuanya manusia biasa yg tetap juga akan diuji.
Suami2 yg selalu dibanding2kan pokcik edika mesti senyum sinisss je sambil forward artikel pasal kes cerai ni kat bini memasing
|
|
|
|
|
|
|
| |
|