View: 221|Reply: 9
|
[Tempatan]
Penunggu' 300 kg di Kajang berjaya dipindahkan
[Copy link]
|
|
'Penunggu' 300 kg di Kajang berjaya dipindahkan
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
Buaya tembaga seberat lebih 300 kilogram (kg) yang dipelihara sejak 46 tahun lalu di sebuah kediaman di Taman Country Heights, di sini, dipindahkan dengan selamat oleh Perhilitan Selangor. FOTO Ihsan PERHILITAN
Kajang: Seekor buaya tembaga (crocodylus porosus) seberat lebih 300 kilogram (kg) yang dipelihara sejak 46 tahun lalu di sebuah kediaman di Taman Country Heights, di sini, berjaya dipindahkan dengan selamat.
Operasi pemindahan itu dilaksanakan sepasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor dengan kerjasama Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), 13 April lalu.
Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, proses pemindahan dilakukan bermula jam 9.30 pagi selepas pemiliknya membuat penyerahan secara sukarela atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan haiwan dan menyokong usaha konservasi jangka panjang.
Menurutnya, pemindahan buaya itu dilaksanakan terus dari kolam yang berada dalam kawasan rumah pemilik.
"Buaya tembaga ini dianggarkan berukuran kira-kira empat meter panjang dan mempunyai berat melebihi 300 kg.
"Berdasarkan maklumat pemilik, buaya betina itu dibela sejak lebih 46 tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, proses pemindahan mengambil masa kira-kira satu jam untuk menangkap, mengikat dan mengangkat buaya ke atas kenderaan jabatan sebelum dibawa ke Paya Indah Wetlands untuk tujuan pemerhatian dan penyesuaian habitat.
"Cabaran utama pemindahan buaya itu ialah faktor saiz dan berat reptilia terbabit selain memastikan keselamatan semua anggota operasi.
"Proses perlu dijalankan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan kepada buaya dan risiko terhadap anggota operasi.
"Penggunaan peralatan khas serta kepakaran anggota dari Jabatan Perhilitan Selangor dan NWRC amat penting dalam memastikan kejayaan operasi ini," katanya.
Katanya, pemilik reptilia itu mempunyai permit khas sah daripada Jabatan Perhilitan dan penyerahan sukarela itu dibuat selepas berpandangan bahawa penempatan buaya di pusat konservasi adalah lebih sesuai untuk penjagaan dan kelangsungan hidup buaya itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ni baru betol2 T20... bela buaya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Menangis la buaya dok seekor seekor dlm hutan rindukan tuan dia. Silap silap tak nak makan lalu mati. |
|
|
|
|
|
|
|
paya indah wetland ni kwsn peliharaan ke atau kwsn hutan liar?
Btw yes ni betul2 t20...apa mkanan yh diberi tiap2 hari kat boyer ni sihat betul...kwsn rumah di amesti ada kandang buaya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat citer Lake Placid...  |
|
|
|
|
|
|
|
Lbh tua die dr most of the forummer kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 26-4-2025 09:17 AM
Lbh tua die dr most of the forummer kan?
iyerr...tua boye ni 2 thn dari iols
tak sangka betul ada ummah malaya betul2 syg boye dijadikan pet ingatkan kat negara luar je ada.
sihat elok membesar boye ni pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah taraf achik2 dah ye achik boye ni. Andartu ke???? Sian ko achik boye... Hidup senang lenang tuan bela sampai lupa keperluan lain. Harap lepas ni jumpa pasangan yg sesuai
Ehhh ni dialog ni kang dpt tahu ke dik miratah jenuh aiol dia bg salam |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-4-2025 01:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
DARSITA replied at 26-4-2025 05:32 AM
Menangis la buaya dok seekor seekor dlm hutan rindukan tuan dia. Silap silap tak nak makan lalu mat ...
Kesian kan....kena duduk rumah warga emas...kena pindah dari istana dia.
Tapi rasanya tuan dia ni dah uzur, risau buaya nya tak terjaga atau dibunuh kalau dia meninggal dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni bukan ke area rumah lisa surihani dgn abam yusry 
Giler bela buaya mcm pet.
Teringat ada satu family tu bela buaya jenis apa ntah kt rumah.
Kolam tu dh la berlumut bagai.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|