CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 4

Aqo Imran pun dah mengaku salah, Razman Razmi malas nak panjang cerita

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:36 PM | Show all posts |Read mode


Bersyukur kes dipukul jurugambar sudah selesai, pereka fesyen Razman dan Razmi berharap insiden tersebut memberikan pengajaran kepada semua pihak.

Menurut Razman, 53, mereka enggan lagi memanjangkan isu itu tambahan pula jurugambar berkenaan iaitu Aqo Imran sudah membuat pengakuan bersalah di mahkamah.

"Alhamdulillah kami bersyukur kes yang berlaku sebelum ini sudah selesai. Dia (Aqo) pun dah mengaku bersalah di mahkamah dan sudah  membayar denda.

"Jadi kami tak mahu panjangkan cerita, saya rasa ambil yang jernih dan jadikan pengajaran," kata Razman kepada mStar.

Razman memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada majlis Jalinan kasih Aidilfitri Perjati 2025 bertempat di Dewan D' Tasik Sri rampai, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Razman memberitahu kejadian yang berlaku sebelum ini disebabkan salah faham di antara mereka bertiga.

"Apa yang jadi sebelum ini saya anggap sebagai salah faham sebab ia berlaku secara spontan.

"Mungkin waktu itu dia ada masalah yang kita sendiri tak tahu sehingga dia bertindak sedemikian.

"Saya juga tak nak doakan perkara buruk buat dia dan saya percaya dengan rezeki yang Allah sudah tentukan," jelasnya.

Razman bagaimanapun berharap Aqo menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dan tidak melakukan perkara sama terhadap orang lain pada masa hadapan.

"Benda dah berlaku biarkan berlaku, saya doakan yang terbaik untuk dia.

"Harap dia ingat, kalau dia buat macam kami ini kepada orang lain, mungkin orang itu tak boleh lupa sehingga akhir hayat," ujarnya.

Dalam satu  temubual dengan mStar, Aqo berkata dia mengaku bersalah terhadap kekasarannya yang dilakukan terhadap Razman dan Razmi. Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor.

Malah Aqo juga sudah membayar denda yang dikenakan atas pengakuan bersalah itu.

Pada 8 Januari lalu, Razman dan Razmi diserang oleh Aqo sehingga mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul menggunakan kamera milik jurugambar berkenaan.

Menurut laporan, Aqo atau nama sebenarnya Muhammad Imran Khairil bertindak di luar kawalan kerana isu wang RM20,000 berkaitan penjualan kereta yang dibuat Razman dan Razmi kononnya belum dijelaskan sepenuhnya.

Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 05:48 PM | Show all posts
Lantak ko la fondan.
Ganja tetap team Ako.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik..hari tu siap suruh byr pampasan 500k kan? Pondan Botox terlebih mmg kuat propa eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 03:44 AM | Show all posts
Muke tu dah macam kene sengat tebuan apehal?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyal laaa thumbnail nya ponnnn.
Tunjuk sambil sengih nak ketawa menghala pada si pondan berwajah belon helium itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054060 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list