Nabil turut menceritakan kembali detik selepas menerima surat majikannya selepas isu melibatkan barisan penyampai 3 Pagi Era menjadi tular sebelum ini.
Sukar menerima keadaan ketika itu, dia bersama dua lagi rakan penyampai iaitu Radin dan Azad berpelukan menangis mengenangkan nasib mereka.
“Kami sama-sama buat dan sama-sama tanggung akibat. Selepas dapat surat, kami menangis di depan pejabat sebelum pulang ke rumah.
“Ketika itu kami hanya mengenangkan nasib sendiri sebab semua orang ada tanggungjawab masing-masing.
“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan ujian buat kami di bulan Ramadan. Walau apa yang berlaku, kami sentiasa ada buat satu sama lain,” jelasnya.
Awal Mac lalu barisan penyampai 3 Pagi Era berdepan kontroversi apabila mereka memuat naik video yang didakwa mempersendakan agama Hindu.
Susulan itu, pihak Astro Audio dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga mereka.
Trio ini kembali memulakan tugas pada 7 April lalu.
Nabil, Radin dan Azad direhatkan susulan kontroversi melanda mereka sebelum ini.
Mengambil iktibar dari apa yang berlaku mereka kini lebih berhati-hati dan berusaha menjadi medium terbaik memberi pengajaram kepada pendengar.
“Dalam satu majlis sebelum ini Perdana Menteri berpesan agar kami menjadi jambatan dalam perpaduan. Itu kami lakukan sekarang,” jelasnya.
Sumber: mStar