CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4964|Reply: 51

{Edisi Lafazkanlah} 4 laporan polis sepanjang 11 tahun berkahwin tak cukup lagi ke?

[Copy link]
Post time 23-4-2025 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 26-4-2025 12:35 AM

Kuala Lumpur: Pelakon Linda Hashim, 41, mendedahkan punca sebenar tindakannya meninggalkan rumah kelamin yang didiami bersama suaminya, Beego, 45, sejak Oktober lalu disebabkan keganasan rumah tangga dan beberapa faktor lain yang melukakan hatinya.


Linda berkata, sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin, dia sudah membuat empat laporan polis dan ada tiga laporan perubatan mengenai kecederaan dialami berhubung kes keganasan rumah tangga.

"Ada perkara yang berlaku kepada saya, tapi saya cuba diam. Namun, perkara itu sudah dimanipulasi dan jadi terbalik," katanya ketika ditemui sebaik selesai menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian pertama kali berlaku pada 2016 dan terakhir pada hari di mana dia keluar rumah enam bulan lalu.

"Saya mempunyai bukti yang memaparkan kesan keganasan dilakukan Beego terhadap saya, namun saya memilih untuk tidak menjaja perkara itu.

"Peguam saya pun dah tengok semua bukti-bukti ini. Apa yang berlaku memberi kesan terhadap mental saya dan anak-anak.

"Bukti itu ada, dia (Beego) nak ke? Sebenarnya bukan kes keganasan yang ingin saya tekankan. Tak mengapa, kita faham," katanya.

Selain bukti terbabit, Linda mendedahkan ada lagi perkara-perkara lain yang mengganggunya serta anak-anak.

"Banyak sebenarnya saya tak nak dedahkan. Cuma bila orang sudah tahu ni, saya hanya buka satu saja, yang lain kita tutup kerana tak mahu panjangkan cerita," katanya.

Menurutnya, dia cuba bertahan selagi termampu tetapi memberi amaran kepada Beego agar tidak memulakan sebarang provokasi sekiranya tidak mahu lebih banyak rahsianya dibongkarkan.

"Tapi kalau misalnya Beego mencungkil (mulakan provokasi), saya tidak teragak-agak untuk dedahkan semua.

"Saya dengar macam-macam daripada pihak sana yang memanipulasi atau 'play victim' (berlakon menjadi mangsa). Kalau ada hari saya dengar lagi semua ini, saya akan dedahkan semuanya sebab sudah bertahun saya memendam," katanya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin memaklumkan sudah mendengar segala keterangan anak guamnya dan memahami permintaannya untuk bercerai.

Menurutnya, mahkamah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pembentangan laporan JKP.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2025 10:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh.. nampak kat mana ye hari tu lebam lebam Linda ni lepaskan je la Beego.. hairan la orang yang suka pukul isteri or anak anak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian sheols. Lawa mcmni tp dpt suami yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2025 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Few cases gk yer.. linda n beego, edika n hidayah, cik nowa n pak setad, zahnita n asbennya (x ingat namanya).. tu blom lg gaduh² fam br n fam becah, fam abby (yg ni mcm byk cabang)...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2025 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawanye Linda ni....mcm x mkn usia....sama dgn isteri edika....selalunya dah single baru lawa....apapun smg dpermudahkan urusan mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2025 08:49 AM | Show all posts
"Bukti itu ada, dia (Beego) nak ke? Sebenarnya bukan kes keganasan yang ingin saya tekankan. Tak mengapa, kita faham," katanya.

kak, what do u mean taknak tekan kan kes DV. dia pukul tu kak. ko londehkan jer. iols bengang betol lah jantan yg kaki pukul ni. ko dah xleh subscribe gym ke or class muay thai utk lepaskan mrh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk still x dpt cerai lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 24-4-2025 08:49 AM
"Bukti itu ada, dia (Beego) nak ke? Sebenarnya bukan kes keganasan yang ingin saya tekankan. Tak men ...

Mungkin maksud linda ada kes yg lagi teruk dr dv tu. Cuma better beego ni lepaslah kot. Nampak dah tekad tu. Dr elok x tau cite, tetiba tahu kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Linda ni.
Tak berbunyik sangat awal2. Org pun x tahu.
Dia terus buat tindakan je.

Sekali dah last resort baru buat hebahan. Cam gini bagus. Buat bising seiring tindakan.
Tidak lah memekak sana sini salah kan sana salah kan sini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap skit je, aritu dah elok cerai tp gi rujuk balik
Laki jenis naik tgn ni tak mudah nak berubah
Semoga dipermudah Allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dejakerr replied at 24-4-2025 08:35 AM
Few cases gk yer.. linda n beego, edika n hidayah, cik nowa n pak setad, zahnita n asbennya (x ingat ...

Nekbantat dgn terungkecut tu draaammaaaa lebih.
Nekbantat dlm misi terungkecutAkuPunya. Seboleh² nak kat ustazah jahat anak tiri jahat.


#MTAP
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 26-4-2025 11:54 AM
Silap skit je, aritu dah elok cerai tp gi rujuk balik
Laki jenis naik tgn ni tak mudah nak berubah
S ...

Setuju,dah dpt lepas,rujuk balik. Memang beego tarik tali lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 26-4-2025 11:54 AM
Silap skit je, aritu dah elok cerai tp gi rujuk balik
Laki jenis naik tgn ni tak mudah nak berubah
S ...


kan
dh ikat perasaan sayam cintan tu, payah kadg nk lepas
kena tukar perasaan jd nyampah bru boleh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya Linda....Beego mmg bodohlah dhntak.suka suka bini tu cerai je jgn.aniaya.anak org

.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 04:24 PM | Show all posts
Moga dipermudahkan yee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tak nak pisah sbb bini lawa kan.. kejap je tu dpt pengganti..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Beego ni ke yg putus tunang dgn doktor ke sape ntah dlu. Eh tunang ke kawin? lupa lak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts


Nak masuk kali ke3 , Empphhh ptutla beego main tarik tali. Lafaz mmg takleh rujuk dah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm masuk kat fb berita ni abis ko kena kecam sebab mintak serai
X ciom baru syurga mintak serai, bukak aib rt
Pompuan plg byk dlm neraka
Kena pukol sbb selalu meminta
Gittew jejantz menghakimi
Sila pendam saja....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053038 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list