View: 4154|Reply: 53
|
[Tempatan]
Saravanan mohon PMX arahkan semua agensi dan jabatan kerajaan supaya menghentikan penggunaan istilah kuil haram
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 21-4-2025 08:53 PM
Saravanan mohon PM hentikan penggunaan istilah kuil haram
Timbalan Presiden MIC M Saravanan memohon kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengarahkan semua agensi dan jabatan kerajaan supaya menghentikan penggunaan istilah kuil haram .
Rayuan bekas menteri itu dikemukakan susulan maklum balas daripada pihak pengurusan Hospital Taiping terhadap aduan berhubung sebuah tempat ibadat yang terletak di kawasannya.
Dalam jawapan rasmi bertajuk “Maklumbalas PCB 965228 - Aduan Kuil Haram”, Timbalan Pengarah Hospital Taiping Arni Nadhirah Abdul Hadi menyatakan bahawa tindakan lanjut sedang diambil mengikut tatacara yang sewajarnya.
Saravanan membantah sekeras-kerasnya bahasa yang digunakan, sambil menekankan bahawa banyak kuil ini telah wujud selama beberapa dekad - jauh sebelum penggubalan Kanun Tanah Negara pada tahun 1965.
ADS
Katanya, melabelkan rumah ibadat Hindu seperti itu sebagai "haram" amat menyinggung perasaan dan adalah tidak sensitif serta mengabaikan fakta sejarah dan budayanya.
“Majoriti kuil itu wujud sewaktu zaman penjajahan British dan Jepun,” katanya sambil memaklumkan surat itu dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pagi ini.
"Dari sejarahnya, golongan buruh (India) awal mendirikan rumah ibadat di mana mereka bekerja. Kerajaan seharusnya tidak mengabaikan fakta sejarah sebenar kuil-kuil Hindu yang ini mendapat kelulasan pihak penjajah dan pemerintah tempatan," katanya.
Saravanan berkata setelah berlakunya fragmentasi estet, tanggungjawab kawal selia kuil-kuil beralih kepada penduduk setempat.
Pemimpin MIC itu juga menegaskan bahawa walaupun kuil-kuil ini pada mulanya terletak di pinggiran bandar atau di kawasan pedalaman tetapi pada hari ini, urbanisasi telah menyebabkan kuil-kuil itu seolah-olah terletak di pekan.
"Melabelkan rumah ibadat sebagai 'kuil haram' amat menyinggung perasaan penganut agama Hindu," katanya.
Kewujudan kuil-kuil seumpama ini mendapat perhatian berikutan perpindahan kontroversi Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang berusia 130 tahun di Kuala Lumpur, untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah masjid.
Ketika itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kuil berkenaan telah dibina di atas tanah tanpa persetujuan kedua-dua pemilik terdahulu dan sekarang.
Perpindahan itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan beberapa warga maya mensasarkan status kesahihan kuil-kuil yang terdapat di negara ini.
Pada 27 Mac, Anwar berkata penyelesaian yang dicapai dalam isu berkaitan tapak Masjid Madani di Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur bukanlah bertujuan menunjukkan keangkuhan.
Sebaliknya, dia menegaskan penyelesaian itu dicapai atas usaha menteri serta pihak lain yang terlibat secara langsung.
"Kemenangan kita ini bukan kerana keangkuhan.
"Kemenangan ini kerana kita mampu menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam. Bukan keangkuhan,” katanya dalam ucapan di majlis pecah tanah masjid tersebut.
Link: https://m.malaysiakini.com/news/740913?fbcl...MuYcoVSbAhPj0ZA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haramjadah  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mula dahhhhh..tanjung keling tersenyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku... menunggu...apa 'JAWAPAN'@Respon drp Perdana Menteri Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa susah².... kita tukar jer kepada 'Binaan Haram' atau 'Binaan Tanpa Izin'.
Kalau dia bunyik jugak, maknanya dia nak tanah ler teww. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini isu kuil hindu dengan kerajaan, let's keep it that way.
Kalau ada sesiapa paderi ka, sami ka, nak enter frame sila bercakap atas personal capacity ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tulis ajo istana kayangan.. ape susah .. |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis lagi isu ni gamaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
pantang dilayan mula la besar kepala |
|
|
|
|
|
|
|
mula dah
register and audit la kalau berani |
|
|
|
|
|
|
|
kuil haram....dah mmg binaan haram |
|
|
|
|
|
|
|
buat kuil pakai pacak tak kira tanah org tanah kerajaan asal ada pokok besar letak patung lama2 jd kuil... kaki lima jalan pun boleh buat kuil kurus
semata2 nak cekik duit dari worshippers untung2 dpt tanah free
kuil = business
jadah benda haram nak jd halal?
beli la tanah dulu buat kuil atas tanah ada geran dan approval |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni jangan kita tokojot kalau timbul dokumen entah datang dari mana, menzahirkan binaan tepi tiang lampu itu telah wujud lama dan seusia dengan pemerintahan awal Parameswara. |
|
|
|
|
|
|
|
kapla hotak hotak laa macha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lah dah kenapa pulak?
Benda memang dah haram
Haram la sebutan dia
Jangan la nak pusing2
Accept the fact
Be responsible
Kalau malu sebelum buat fikir dulu
Dah tua pun bodh
|
|
|
|
|
|
|
|
Krik krikkk.. Ada lesen tak? Takde haram lah kan, asal nampak pokok je pacak, mula2 kecik je lama-lama besar.. Depan rumah ni ada satu, jalan depan sikit ada satu, depan lagi ada satu, berapa banyak daaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap je kau, nampak tanah depan rumah orang pastu tanam, lepas tu claim rumah tu kau punya sebab pokok mangga tu kau tanam, puik! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Minami2013 at 22-4-2025 03:05 AM
Kalau betul kuil tu dah wujud beratus tahun, buktikan lah. Bukan mcm tokong kecik tu ye utk dikira sebagai binaan ratus tahun. Meols paham je bila agama jadi bahan lawak sape tak marah. Tapi jgn buat drama kalau dah salah |
|
|
|
|
|
|
|
dh mmg ko main pacak je kt tanah org..haram je la nama nye |
|
|
|
|
|
|
| |
|